Tak Sia-sia Pakai Kad Debit

Posted on 29th April 2009 by Mohd Khairudin   Online   (2)

mega_bonusSebenarnya tak banyak idea ni nak tulis pada blog kali ni, tapi bila terfikir tentang bonus yang saya terima dua tiga hari ni rasanya tak salah untuk saya kongsi sedikit di sini. Tak sia-sia pakai kad debit Public Bank ni, tak sangka pula dapat bonus mega ni. Mungkin ada lagi yang menawarkan bonus yang lebih besar dan mungkin bergantung kepada kekerapan penggunaan kad. Walaubagaimana sekali pun syukur Alhamdulillah, boleh la buat isi minyak masa pergi ziarah isteri dan anak-anak di kampung. Ai bila berjauhan daripada isteri dan anak-anak ni segala benda rasa tak kena je ni.. study pun kelam kabut, ntah lulus tidak ntah. Adoi kacau dibuatnya. Berbalik dengan Mega Bonus tadi, kira ok la tu RM42.28. Sapa nak bagi, maybe masa Raya je kot orang bagi, tu pun masa kecik-kecik dulu..Tak pun masa dapat masuk “U”. Yu laut eh! Universiti la. Huh kalau sekarang ni berpeluh dulu la nak dapat fulus, lebih-lebih lagi keadaan ekonomi yang orang kata tak menentu. Tapi orang-orang yang memang otai busines tu, letak kat bukit,gunung mana pun boleh je dia otai cari duit tak kira le gawat ke tak. Kemahiran ada, nasib pun ada juga la kot..tapi usaha deme la yang membuatkan deme berjaya tu. Ada yang cakap tak buat apa pun, tak sentuh pun, orang malas macam saya… banyak lagi kat laman jual produk dan “service”. Fuh! Menderuuuuuuuuu.. Rasa nak beli je produk diorang..Rasa nak hire je perkhidmatan diorang. Betulke macam tu ?..Tapi yang jelasnya terdapat unsur tokok tambah :-) untuk mengelirukan para pembaca/prospek/pelawat. Nasihat untuk penggemar membeli produk. Tanya dulu diri kita agak-agaknya boleh ke aku buat macam dia? Saja je bagitau keputusan masing-masing. Eh tak ada idea pun boleh tahan juga penulisan blog hari ni. Kira ok la setakat ni..jumpa di lain kali..

p/s: Berhati-hati dan berjaga-jaga dengan penularan wabak Selesema khinzir kerana ia boleh berjangkit menerusi haiwan dengan haiwan, haiwan dengan manusia dan manusia dengan manusia (sumber daripada news yang saya dengar baru-baru ini)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Kongsi Produk,Maklumat
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

Perangkap Had Laju

Posted on 25th April 2009 by Mohd Khairudin   Online   (2)

speed trapsaya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini dengan rakan-rakan semua supaya berhati-hati di jalan raya kerana selain untuk keselamatan nyawa anda, anda juga terdedah dengan aktiviti “speed trap” atau Perangkap Had Laju. Pihak berkuasa sekarang ini sudah tidak lagi kelihatan dengan jelas di kawasan-kawasan seperti jambatan, bawah “Fly over”, di tepi-tepi kedai bersama kamera mereka tetapi mereka kini telah menggunakan kereta, jeep sebagai port untuk merakam pergerakan anda di atas jalan. kesimpulannya pandu lah kenderaan anda mengikut had laju yang telah ditetapkan. Ehmm.. orang yang duk belakang tu..seat belakang bila nak pakai ?

p/s: negatif: tak rock la naik slow-slow, ngantuk la naik slow-slow, jalan sikit punya besar pun naik 90 ke?…kumpul surat saman le jawap dia.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

Salam Perkenalan

Posted on 24th April 2009 by Mohd Khairudin   Online   (4)

Mulai saat ini saya tidak lagi menggunakan domain kayablogger.com kerana saya telah mempunyai nama domain atas nama saya sendiri. Saya memang mengidamkan nama domain atas nama sendiri dan tidak sangka domain ini masih tiada siapa yang punya. Baru sekarang saya faham bahawa setiap nama domain yang didaftarkan tidak boleh dilupuskan sehingga berakhirnya tempoh tamat yang telah ditetapkan semasa proses pembelian. Ini adalah kerana nama domain didaftarkan untuk seluruh dunia. Jadi ini lah sebagai perkongsian pertama yang boleh saya sampaikan untuk blog terbaru saya ni. Mungkin selepas ini saya akan masukkan balik isi-isi yang penting yang mana terdapat dalam kayablogger.com. Jadi kepada mereka yang ingin memiliki Blog atas nama sendiri, periksa lebih awal kerana mungkin nama yang anda idamkan sudah dimiliki oleh orang lain. Oh, ya! hampir saya lupa, sebelum ini saya ada juga hajat nak guna nama domain www.khairul.com tapi bila saya minta quotation daripada syarikat yang memiliki nama domain ni, kira saja nak tahu berapa. mak ai harga dia mencecah RM10000.00. fuh! Jadi ni lah serba sedikit tentang nama domain dan Salam Perkenalan daripada Blog MohdKhairudin Dot Com. Hari ini hari Jumaat kira ok la tu untuk melancarkan Blog ni :-)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Pengenalan
Senarai keywords: , , , ,
Share/Bookmark