Harum Manis

Posted on 28th May 2009 by Mohd Khairudin in Maklumat - Tags: , ,

Alhamdulillah, Fuh! Puas hati.. Nikmatnya rasa buah mempelam Harum Manis. Hi2, bukan nak menunjuk-nunjuk cuma nak tunjuk bagaimana buah mempelam Harum Manis dan Isinya bagi mereka yang tidak tahu. Bukan itu saja nak cerita sikit rasa buah ni, bagi mereka yang tidak berapa tahu, kalau nak tahu mempelam Harum Manis ni memang tidak asing lagi kalau bertandang ke Negeri Perlis, lebih-lebih lagi ke Pauh.. Ha! Banyak la Buah Pauh. Gerai-gerai menjual buah berderet di tepi jalan cuma sediakan sekitar RM8 hingga RM12 sekilo. Harga tidak tentu bergantung kepada musim dan kuantiti agaknya. Walaubagaimanapun bagi saya memang berbaloi walaupun bayar RM10 untuk dua biji buah mempelam Harum manis, tapi hati-hati takut kalau-kalau ada buah yang lihat dari luar elok tapi di dalam ada penghuni, saya pernah terkena hanya se cipuut sahaja boleh di makan.

Berbaloi saya kata sebab mmmmmm.. Isinya sungguh Harum dan Manis, terus terang saya katakan isinya manis lembut, cukup lembut lebih lembut lagi daripada isi mempelam padi yang masak. Tak percaya ke? Cuba beli dan rasa..

Harum Manis

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator