Selenggara Penapis Air

Posted on 5th August 2009 by Mohd Khairudin in Kongsi Produk,Rujukan - Tags: , , ,

Penapis Untuk Air Hidup dan BertenagaHari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang menyelenggara penapis air. Kebetulan saya menerima voucher promosi daripada syarikat bagi menukar penapis air. Penapis air yang berkualiti dan tahan lama bukannya senang untuk dibuat, perlu melalui banyak peringkat sebelum ia dapat dipasarkan sebab itu lah kebanyakan harga penapis air yang berkualiti melebihi RM1000.00. Orang atau Syarikat yang “produce” benda ni sudah pastinya lebih tahu dengan lebih lanjut. Saya hanya lah pengguna namun saya juga tahu lah sikit-sikit tentang “manufacturing”. Oklah jika diikutkan harga penapis air yang saya gunakan ni hanya sejumlah RM1500.00 atau 1600.00 saya pun dah lupa tapi lebih kurang macam tu lah. Tapi sekarang mungkin disebabkan kesan ekonomi global, kos dan permintaan maka harga meningkat kepada RM1800.00.

Walaupun begitu selepas setahun saya menggunakan penapis air tersebut, bagi saya pelaburan yang saya buat berbaloi kerana saya sekeluarga serta sahabat amat puas menikmati air hidup yang dirawat dengan 7 penapis termasuk satu penapis yang mengandungi rawatan menggunakan batu “tourmaline”. Batu tersebut berupaya menghasilkan air yang mengandungi cas yang sangat diperlukan untuk badan, sebab itu air tersebut juga merupakan air yang dapat memberikan tenaga pada badan. Terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa air yang terawal sekali daripada tapisan penapis ini berupaya untuk merawat pesakit buah pinggang..mungkin pada tahap belum kronik lagi kot(yang ni saya tak pasti sebab tak boleh buat demo :-).. mintak jauh). Selain menikmati air hidup yang bersih, saya juga dapat rasakan sistem pelembut resin yang terdapat pada salah satu penapis memang betul dapat menghasilkan air yang bermolekul lembut(kecil) dan manis(bukan manis gula) khususnya pada awal penggunaannya.Oleh sebab itu, selepas menerima tawaran untuk menukar 3 penapis yang tamat tempoh hanya dengan harga RM250.00(voucher promosi) daripada RM300 lebih pada asalnya, saya terus menukar penapis-penapis tersebut.

7 penapis Penapis 2, 3 dan 6 perlu ditukar selepas 1 tahun setengah. Penapis 1 dan 7 guna sampai rosak(retak,pecah…). Penapis 4 dan 5 pula selepas 3 dan 5 tahun. Sapa nak pakai hubungi saya pun boleh, saya bagi bonus 🙂  atau Join Team Kami. Jadi selenggara lah penapis air kerana air yang kita pakai seharian kini sudah tidak selamat lagi tanpa menggunakan penapis yang benar-benar berkualiti. Cari lah penapis air yang sesuai untuk kesihatan dan keselamatan serta kesejahteraan anda dan keluarga anda.

p/s: tanpa menggunakan elektrik

  

3 Comments »

  1. Interesting and informative. But will you write about this one more?

    Comment by Peter — August 6, 2009 @ 10:52 am

  2. I really like your blog and i respect your work. I’ll be a frequent visitor.

    Comment by Clemento — August 8, 2009 @ 4:23 am

  3. Thanks for visit my site, you may advertise here as long as you do the legal biz

    Comment by Khairudin — August 9, 2009 @ 9:36 am

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator