Ditulis Pada 31st October 2009
Oleh Mohd Khairudin
Pada pagi yang berbahagia ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk membuat banner animasi dengan menggunakan adobe photoshop. Saya tidak pernah membeli sebarang nota tentang adobe photoshop. Saya hanya cuba sendiri kata orang “try and error”. Semoga perkongsian ini cukup berguna bagi mereka yang ingin tahu
.
Adobe photoshop ni sebenarnya bermain dengan layer. Apa yang perlu kita buat hanya perlu menyusun layer. Yang paling penting bagi saya ialah kreativiti masing-masing dan idea yang dicetuskan semasa penyusunan layer. Pengolahan warna juga penting dalam “design”. Saya bukan pandai sangat bab-bab seni melukis tapi ya lah tidak salah untuk mencuba.
Apa yang perlu dibuat untuk membuat banner animasi mudah untuk membuat iklan di internet atau lebih dikenali sebagai “animated banner” ?
Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Tags: buat banner animasi Dicoretkan dalam Rujukan
Ditulis Pada 30th October 2009
Oleh Mohd Khairudin

Semoga kita semua dapat jadikan sebagai garis panduan atau renungan dalam usaha menyambung generasi kita. Kegagalan juga merupakan pengajaran yang amat berguna agar dapat mengawal diri supaya kelak kita dapat mengatasi kesilapan yang sering terjadi, dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Sememangnya kita tidak boleh lari daripada kesilapan namun muhasabah diri sekurang-kurangnya mampu mendidik diri untuk mengatasi kesilapan khususnya dalam mendidik anak seperti kesilapan;
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Tags: mendidik anak Dicoretkan dalam Renungan, Rujukan
Ditulis Pada 29th October 2009
Oleh Mohd Khairudin
Pastinya ramai yang sentiasa menerima dan memberi “wang” dalam kehidupan seharian. Segala urusan jual beli pasti melibatkan wang. Tajuk post untuk kali ni adalah ilham daripada duit yang diterima berkali-kali setelah menerima duit baki apa bila membuat belian. Macam mana tu? Dah tak boleh nak elak dah dalam kesibukan setiap hari kadang-kadang terlupa nak lihat duit baki yang diterima. Terima saja terus masuk poket. Itu lah yang silapnya, balik rumah baru perasan duit ada “soletape”…putus dua rupanya. Jika dulu duit RM5 belum dibuat daripada bahan plastic boleh la soletape, kira ok lagi, ada yang nak terima tapi buat masa ni..Kalau si penerima perasan confirm reject.. Kata orang Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Tags: RM5 plastik, Wang RM5 Dicoretkan dalam Renungan
Ditulis Pada 27th October 2009
Oleh Mohd Khairudin
Internet berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Inter dan net yang mana Inter merujuk kepada international dan Net pula merujuk kepada Networking. Maka Internet ialah “International Networking”, merupakan dua komputer atau lebih yang saling berhubungan membentuk jaringan komputer hingga meliputi jutaan komputer di seluruh dunia yang saling berinteraksi dan bertukar maklumat. Internet merupakan sebuah pusat sumber yang amat besar di mana terdapat banyak maklumat atau data seperti teks, grafik, audio mahupun animasi dan sebagainya dalam bentuk media elektronik. Pengguna melawat pusat sumber tersebut walau di mana sahaja. Dengan wujudnya pelbagai software, script, enjin carian, program-program dapat mengukuhkan lagi jaringan dan merealisasikan penggunaan internet di seluruh dunia.
Internet adalah suatu kemudahan yang bukan sahaja sangat berguna tetapi sangat efektif dan efisen untuk melakukan pertukaran maklumat samada dekat atau jauh. Kini internet telahpun menjadi sumber pendapatan bagi ramai pihak tidak kira samada syarikat mahupun individu. Oleh sebab kuasa internet adalah sangat pantas, maka ia semestinya dapat membantu dalam meningkatkan perkhidmatan dan jualan samada individu ataupun syarikat. Pada awalnya internet adalah suatu jaringan komputer yang dibentuk di Amerika Syarikat pada awal tahun 60 an, pada waktu itu mereka membuat demonstrasi hardware dengan software komputer menerusi sistem UNIX boleh melakukan komunikasi dalam jarak yang tidak terhad melalui talian telefon. Pada saat ini pengguna internet tersebar di seluruh dunia dengan jumlahnya mencecah lebih daripada 260 juta orang. Pada tahun lepas dikatakan pengguna dari China mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu 221 juta. Pengguna Malaysia dan jirannya sahaja melebihi 10 juta menggunakan internet. Jadi bisnes global yang benar-benar boleh dipercayai dan sah perlu di selidik agar sekurang-kurangnya secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai kerja sambilan(atau sepenuh masa) dalam melayari internet.
Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Tags: bisnes modal murah, GDI, Global Domain International, modal rm35 Dicoretkan dalam Info, Perkongsian Produk, Rujukan
Ditulis Pada 26th October 2009
Oleh Mohd Khairudin
eBay merupakan gedung jualan dan belian yang sangat besar di internet. Setiap hari penduduk dari serata dunia mengaut keuntungan yang sangat lumayan. Kuasa beli di eBay sangat besar berbanding laman-laman yang lain kerana ia telah dikenali ramai. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh para pengusaha ebay. Yang paling best nya mereka yang tiada produk sendiri pun boleh berniaga dengan eBay. Apa yang mereka buat? Bagaimana?
Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Tags: berniaga di eBay, eBay Dicoretkan dalam Info, Rujukan
Ditulis Pada 26th October 2009
Oleh Mohd Khairudin
Apakah Paypal?
-PayPal merupakan sebuah sistem berupa pemproses dalam urusan penghantaran dan penerimaan wang di atas talian. Wang akan ditukarkan dalam bentuk elektronik atau dengan kata lain wang digital. Sesetengah orang memanggilnya wang paypal atau paypal. Dalam urusan jual beli PayPal boleh bertindak sebagai “GateWay” untuk menerima wang(semasa menjual barang) atau menghantar wang(semasa membeli barang).
Bagaimanakah untuk memulakan akaun PayPal?
Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Tags: paypal Dicoretkan dalam Info, Rujukan