Usaha Berterusan Utamakan “Priority” Dalam Bisnes
Pelbagai cabaran dalam kita memperkenalkan peluang perniagaan kepada mana-mana individu. Tambahan, pada masa kini selepas pindaan akta berkaitan bisnes telah berubah daripada kos yang agak tinggi kepada semakin rendah. Sememangnya ini lah yang diharapkan oleh pelopor-pelopor bisnes. Hari demi hari umpama cendawan tumbuh selepas hujan akan kewujudan peluang perniagaan atau syarikat-syarikat khususnya berkonsepkan Multi-Level Marketing(MLM). Justeru persaingan sengit pastinya berlangsung di antara syarikat baru dan juga syarikat-syarikat yang lama. Pelbagai idea dicungkil dan digarap agar dapat mencuri mata hati si pendengar atau dengan kata lain “prospek”. Dianjakkan lagi oleh kenyataan-kenyataan kontroversi oleh Otai-otai bisnes antarabangsa seperti Donald Trump dan Bill Gates, Malaysia pula seperti Dr. Irfan Khairi, Azizi Ali, Tan Sri Syed Bukhari, dll. Anjakan paradigma yang cukup menghairahkan kepada mereka yang baru menceburi bidang bisnes.
Contohnya kenyataan Donuld Trump; ” Jika saya diberi peluang memulakan bisnes saya akan memilih bisnes network(MLM)”. Secara tidak langsung menyemarakkan semangat para penggemar MLM, lebih-lebih lagi mereka yang masih baru. Selain itu, tidak kurang juga kenyataan Bill Gates tentang kuasa internet menambahkan lagi para peniaga secara online.
Bagi yang “Corporate” dan Syarikat yang telah lebih 10 tahun bertapak berbangga dengan kejayaan mereka. Ia menjadi buah mulut yang di bawa ke hulu dan ke hilir, menjual nama untuk meraih lebih besar keuntungan atau pendapatan syarikat. Menjadi inspirasi dan keyakinan untuk meneruskan bisnes. Manakala mereka yang berstatus Konglomerat yang mana kuasanya seolah sebuah empayar yang amat teguh dan tidak gentar dengan syarikat-syarikat Corporat yang mampu memanipulasi pasaran melebihi 10 tahun. Inikan pula syarikat-syarikat kecil yang baru tumbuh. Walaubagaimanapun individu boleh membuat penilaian sendiri berdasarkan pengalaman masa lampau, bukti yang jelas dan nyata, pengiktirafan daripada badan-badan berkaitan, kaji selidik tentang latar belakang, polisi, sumbangan dan pencapaian. Jika kita fikir secara logik, dalam setiap tingkah laku kita, rezeki,nasib mengubah diri kita. Contohnya; ” Nasib baik aku masuk awal, Alhamdulillah rezeki, kini aku telah jutawan”. Percayalah ada pro dan kontra, ada sebab dan musababnya kenapa kita… walaupun bertungkus lumus mencuba tapi masih tidak mencapai apa yang kita nampak pada orang lain. Sesungguhnya perniagaan inginkan keuntungan. Untung yang paling banyak itulah yang menjadi pilihan utama tapi tiada guna jika keuntungan yang besar tetapi untuk jangkamasa seketika. Tiada guna jaringan jika keuntungan tidak dinikmati bersama-sama..dikaut oleh si pengelola, janji tinggal janji..Wang dilaburkan berlonggok-longgok, untung sedikit ruginya banyak, malah hangus semua modal. Biarlah keuntungan yang diperoleh berterusan di samping hubungan persahabatan terjalin erat. Sama-sama membantu dalam bisnes bukan membuat spekulasi tanpa usul periksa.
Kesannya, bukan sekadar rugi wang ringgit, malah rugi tenaga dan masa, hilang peluang untuk mencuba sesuatu yang lebih baik. SPAM merata-rata dan menimbun(aktiviti penghantaran email guna software), Phishing sana-sini, sms sampah menimbun, aktiviti penyamaran, haker, virus, tak tidur malam dsb. Walau apa pun yang berlaku peredaran masa terus berlalu, kemajuan sains dan teknologi, dunia tanpa sempadan terus di war war kan tanpa sekatan, maju atau mundur bangsa(individu) bergantung kepada bangsa(individu) itu sendiri. Semua ada hikmah untuk diri kita dan kita kena redha dengan segala yang terjadi setelah melalui doa, usaha, ikhtiar dan juga tawakkal. Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya, gagal berkali-kali bukan bererti hilang segala-galanya.. Usaha Berterusan Utamakan “priority” dalam bisnes…Jangan digadai segalanya. Kredibiliti diri jangan dicemari oleh rasukan wang ringgit yang melalaikan gerak-geri dalam melayari bahtera hidup.
p/s: bisnes dan syarikat sekarang banyak, persaingan banyak. Setiap hari email saya penuh dengan SPAM. Pastinya anda pun sama.
*tinta pena untuk bermuhasabah
Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris?
Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!Senarai keywords: cabaran, priority, usaha berterusan













