Apakah Paypal?
-PayPal merupakan sebuah sistem berupa pemproses dalam urusan penghantaran dan penerimaan wang di atas talian. Wang akan ditukarkan dalam bentuk elektronik atau dengan kata lain wang digital. Sesetengah orang memanggilnya wang paypal atau paypal. Dalam urusan jual beli PayPal boleh bertindak sebagai “GateWay” untuk menerima wang(semasa menjual barang) atau menghantar wang(semasa membeli barang).
Bagaimanakah untuk memulakan akaun PayPal?
-senang sahaja iaitu dengan mendaftar secara percuma di laman rasminya(sign up).
Adakah sebarang kos untuk memulakan akaun PayPal?
-Tidak kerana ia adalah percuma
Adakah dikenakan caj setiap bulan?
-Tidak sekiranya tiada berlaku urusniaga. Caj akan dikenakan apabila berlaku urusniaga dimana selepas keuntungan atau penerimaan wang atas hasil jualan mengikut kadar percent yang telah ditetapkan(sila rujuk laman rasmi).
Bagaimanakah transaksi dijalankan?
-Transaksi dijalankan secara atas talian(online such alike maybank2u.com.my, bankislam.com.my…)
Apakah PayPal id?
-Paypal id ialah address email(cth:khai@trust4me.com) yang digunakan untuk urusan penerimaan dan penghantaran wang
Bagaimanakah Untuk menghasilkan Pendapatan daripada PayPal?
-Pertama referral program, kedua urusan jual beli dan untuk maklumat lanjut sila daftar akaun PayPal terlebih dahulu di sini dan selepas itu emailkan pertanyaan kepada saya.
Saya tiada kad kredit. Adakah saya boleh menggunakan PayPal?
-Segala urusan jual beli melibatkan kad debit/kredit untuk dihubungkan dengan PayPal. Jika anda tidak dapat memiliki kad kredit anda boleh memohon kad debit VISA di mana-mana bank yang menawarkan kad tersebut
Segala maklumat berdasarkan pengalaman semata-mata sekiranya terdapat maklumat yang silap sila kongsikan dengan memberi komen. Diharap maklumat yang diberikan berguna untuk semua. Terima Kasih
Saya amat berterima kasih diatas info yg saudara postkan ini kerana info seperti ini jarang ditemui dan kebetulan saya sememangnya berminat untuk membuka akaun PayPal… pertanyaan adakah debit kad maybank boleh digunakan pakai seperti yang debit kad yang saudara maksudkan?
tq
@asraf, sama-sama, terus terang pada pandangan peribadi saya bahawa saudara telah membuat pilihan yang bijak kerana PayPal sangat berguna untuk urusan secara online pada masa kini, malah urusan pengeluaran wang sudah boleh dibuat secara terus ke Bank-bank tempatan(syarat akaun telah verified), lagipun daftar free. Jawapan saya setakat yang saya tahu..ya! kerana sudah ramai sahabat-sahabat yang menggunakan kad debit Maybank untuk berurusniaga dengan PayPal dan ia berhasil π . Saya guna kad Debit Public Bank..mana-mana pun boleh asal ada visa @ Mastercard. Terima Kasih Asraf
terima kasih atas info tu dan kalau boleh mintak penjelasan bagaimana verified trough maybank debit card.
TQ
@Asr4F, proses verify kad debit/kredit dengan Paypal ialah dengan daftar maklumat kad pada akaun Paypal(semua kad samada Maybank, Public,dll.). Caranya dengan Login akaun Paypal, pada bahagian Profile masuk/klik Add/Edit Credit Card. Proses ini akan dicaj oleh Paypal lebih kurang $1.95 dan Paypal akan kembalikan duit ni selepas verified. Selepas kita mengisi semua maklumat yang diperlukan pada form yang Paypal sediakan, Paypal akan berikan kita Paypal Code yang perlu kita isikan untuk proses verify tersebut. Paypal Code boleh didapati dengan cara menunggu statement(cara ni lambat) atau dengan menelefon dan tanya customer services kad kita sebaik selepas kita register kan kad pada laman web Paypal. Hanya satu pesanan selepas verified pastikan TIDAK mudah register@beli guna akaun Paypal(email & password) melebihi nilai Paypal yang kita ada kerana kita semua tahu bahawa Paypal akan secara automatik menyedut duit dalam kad :-). Walaubagaimanapun Paypal tidak akan sewenang-wenangnya akan menyedut duit kita kecuali kita yang belanja sesuka ati :-). TQ Asr4f
Terimakasih…
Accnt PayPal sy verify atas khidmat nasihat saudara.. terima kasih byk…
@Asr4F, sama-sama :wink:. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat di sini.
pandang pertama
saya bukanlah seorang bloger yang tegar hanya “kadang-kadang” (tanpa update) tetapi gemar melayari blog orang lain.. tidak dinafikan ramai di luar sana (blogger) yang turut sama bermurah hati berkongsikan bermacam maklumat tapi apa yang saya nampak dengan jelas bezanya dengan saudara ialah komitmen pada pembaca anda…
diharap anda berjaya di dalam apa jua yang anda usahakan disamping menambah isu-isu semasa
@Asr4F,yang penting kita dahulukan apa yang kita rasa penting..Bagi saya menulis blog ni jika kita ada kelapangan..berbeza dengan blogger sepenuh masa :-). Terima kasih atas komen yang cukup untuk menambah motivasi dan semangat untuk saya terus menulis blog. InsyaAllah saya akan cuba menambah apa yang patut cuma buat masa ni busy sikit dengan Final Year Project..study π .
semoga FYP anda cemerlang…
@Asr4F, risau sebenarnya ni..Terima Kasih π
sye dah try verified card seperti yg diajar..tp still tak berjaya..error nye seperti ini “We were unable to verify this credit card. Please check if the information you entered is correct. Please also make sure your credit card billing address matches your PayPal street address.”..harap dapat beri sedikit tunjuk ajar..tq
@andi, bunyinya macam alamat yang diisi tidak match tu..cuba check betul-betul. try tengok alamat statement card credit dengan alamat dalam akaun paypal.