Buat “Banner” Animasi

Posted on 31st October 2009 by Mohd Khairudin in Rujukan - Tags:

Pada pagi yang berbahagia ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk membuat banner animasi dengan menggunakan adobe photoshop. Saya tidak pernah membeli sebarang nota tentang adobe photoshop. Saya hanya cuba sendiri kata orang “try and error”. Semoga perkongsian ini cukup berguna bagi mereka yang ingin tahu 🙂 .

Adobe photoshop ni sebenarnya bermain dengan layer. Apa yang perlu kita buat hanya perlu menyusun layer. Yang paling penting bagi saya ialah kreativiti masing-masing dan idea yang dicetuskan semasa penyusunan layer. Pengolahan warna juga penting dalam “design”. Saya bukan pandai sangat bab-bab seni melukis tapi ya lah tidak salah untuk mencuba.

Apa yang perlu dibuat untuk membuat banner animasi mudah untuk membuat iklan di internet atau lebih dikenali sebagai “animated banner” ?

Pertama sekali buka perisian adobe photoshop. Kita cuba buat banner 125×125 ok. Jadi kena “adjust” image size kepada 125×125. Ambil pada menu window untuk keluarkan “animation” seperti gambar di bawah;

animate1

Selepas itu godek-godek kata orang 🙂 tukar-tukar layer, masukkan teks, add layer style dll..jangan lupa set kan masa berapa second yang kita mahu seperti di bawah;

animate2

Akhir sekali hanya “save for web” dalam .gif. Itu saja yang saya boleh kongsi setakat yang saya tahu 🙂 . Akhirnya dapatlah banner seperti di bawah ini;

OneMalaysia

 

p/s; Cakap panjang berjela pun susah juga kalau tak berminat nak belajar. Apa yang penting mesti kita cuba-cuba insyaAllah pasti boleh, Malaysia Boleh!

  

11 Comments »

  1. Salam,

    Betul tu,belum cuba belum tahu kan.Kalau boleh buat banner sendiri apa salahnya cuba buat sendiri.Saya pun belajar guna Photoshop ni.Tapi tak komersialkan lg je.Belum boleh komit utk tu lagi. Tp,dalam tak nk tu,ada jugak org mintak tlg buatkan.hehe.

    Comment by Nozi — November 1, 2009 @ 11:36 am

  2. Bukannya apa, selain menjimatkan kos, buat sendiri ni lebih puas ati :-). Terima Kasih atas komen yang diberi

    Comment by Khairudin — November 1, 2009 @ 4:21 pm

  3. wah..perkongsian yg bagus ni bro..hehe cuma kurang jelas je cara penerangan die..klu boleh lebih detail lagi pasti lebih mudah di fahami..huhu

    Comment by Mr. Cuz — December 3, 2009 @ 6:58 pm

  4. bukan apa saya lihat sudah banyak tutorial photoshop, lagipun kalau detail-detail sangat perlu lebih “space” nak letak gambar dan ambil masa sikit. InsyaAllah ada masa nanti saya cuba detailkan. terima kasih Mr. Cuz

    Comment by Khairudin — December 4, 2009 @ 4:01 pm

  5. Alamak, nak wat banner camnih pun x lepas.
    Sungguh buta ps. Huhuhu!!!

    Comment by Eriyza — January 17, 2010 @ 10:55 am

  6. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan.Kemahiran yang dipelajari dan pengalaman yang dilalui merupakan antara aset bagi diri. Ia bergantung kepada minat, perasaan ingin tahu dan usaha ke arah apa yang kita inginkan selagi termampu. Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog ini 🙂

    Comment by Khairudin — January 17, 2010 @ 3:40 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator