Ketam Sungai

Posted on 18th October 2009 by Mohd Khairudin   Online   (2)

Teringat sewaktu kecil-kecil dahulu, masa berada di kampung bila tengok banyak ketam sungai. Lama dah tak makan ketam sungai, rasa teringin sangat sebab dah lupa keenakan dan kemanisan isi dia. Berbeza dengan ketam laut yang lebih mudah untuk diperoleh di pasar-pasar. Tapi kali ni di pasar malam terjumpa sorang penjual ketam nipah ni apa lagi tanya berapa harga. Harga yang kecil sikit saiz dia RM10.00 sekilo manakala yang besar pula RM20.00 hinggit sekilo. Memandangkan sudah lama tak menjamah isi ketam nipah(ketam sungai ni, maka beli lah 2 ekor ketam besar dengan harga RM10 ringgit. Selepas beli macam mana nak masak ni? Telefon pula mak di kampung..Akhirnya sepakat untuk…rebus pun sodap. Kata mak; ” Mahal teh lek sano, lek sini sepuloh rial ado la dale 3,4 ekor”. Nak makan tak kira sangat sebab dah lama tak jumpa.

  (read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Renungan
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark

Usaha Berterusan Utamakan “Priority” Dalam Bisnes

Posted on 15th October 2009 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Pelbagai cabaran dalam kita memperkenalkan peluang perniagaan kepada mana-mana individu. Tambahan, pada masa kini selepas pindaan akta berkaitan bisnes telah berubah daripada kos yang agak tinggi kepada semakin rendah. Sememangnya ini lah yang diharapkan oleh pelopor-pelopor bisnes. Hari demi hari umpama cendawan tumbuh selepas hujan akan kewujudan peluang perniagaan atau syarikat-syarikat khususnya berkonsepkan Multi-Level Marketing(MLM). Justeru persaingan sengit pastinya berlangsung di antara syarikat baru dan juga syarikat-syarikat yang lama. Pelbagai idea dicungkil dan digarap agar dapat mencuri mata hati si pendengar atau dengan kata lain “prospek”. Dianjakkan lagi oleh kenyataan-kenyataan kontroversi oleh Otai-otai bisnes antarabangsa seperti Donald Trump dan Bill Gates, Malaysia pula seperti Dr. Irfan Khairi, Azizi Ali, Tan Sri Syed Bukhari, dll. Anjakan paradigma yang cukup menghairahkan kepada mereka yang baru menceburi bidang bisnes.
(read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Renungan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

Jus Yang Menepati Citarasa

Posted on 9th October 2009 by Mohd Khairudin   Online   (0)

09102009

Hari ni nak kongsi tentang produk kesihatan berupa Jus. Jus ni terdiri daripada campuran sumber-sumber yang amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Diantaranya seperti kurma, kismis, Habbatus sauda, zaitun, madu, strawberi dan sebagainya. Kalau nak tau semua beli la se :-) . Tak kan tak pernah dengar “Jus Tok Guru”. Apabila merasa Jus ni, katanya sukatan untuk dewasa dalam 2 sudu teh..Tapi rasanya saya dah terlebih hehe. Dari segi pandangan mata kasarnya tak tertelan dibuatnya tapi selepas masuk ke dalam mulut satu sudu cepat pulak dia masuk sebab dia ala-ala macam jelly. Emm.. dengan perisa strawbery dan rasanya yang lembut halus dapat mengembalikan tenaga yang hampir layu. Isk.. Sungguh! Tak tipu.. hanya selepas beberapa minit sahaja boleh rasa kelainannya. Selepas merasa jus ni mata rasa makin cerah, rasa lebih aktif walaupun tak cukup tidur.. Cuba lah sendiri. Tak kan tak tahu mana nak cari, iklan dah merata siap masuk tv lagi. sini http://www.tokguru.net . Kismis Tok Guru pun bagus juga terutamanya untuk minda, pendek kata semuanya bagus..Sambil membeli sambil beramal.  Sememangnya Jus Tok Guru menepati citarasa saya. Bukan saja saya, sekejap saja saya letak atas meja maka ada la semut ntah dari mana datang ke tempat yang saya letakkan jus tadi walhal saya dah alihkan ke dalam peti sejuk. Dengan kuasa Allah betapa kuatnya aura Jus Tok Guru..Syukur di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita kerana dapat menikmati hasil yang enak seperti ini. Jus ni memang sesuai sebagai makanan untuk otak dan juga otot :-) serta boleh dibuat baja. Bukan baja tumbuhan, ingat tumbuhan saja ke perlukan baja otak pun perlukan baja. Sama-sama kita renung dengan apa yang ada pada diri kita yang mesti dihargai.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: -1 (from 1 vote)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Kongsi Produk,Maklumat,Renungan
Senarai keywords: , , ,
Share/Bookmark