Pagi ni nak makan apa ya? Nasi Lemak.. Roti Canai.. Makan ringan ke? Berat terus? Inilah antara persoalan bermain di minda setiap pagi apabila nak memulakan tugas seharian. Sarapan pagi penting untuk menambah kecergasan pada badan nak buat kerja. Jika makan nasi lemak kena sambal bilis pedas sedap juga pagi-pagi, roti canai pun kena kuah pedas pun best. Tapi kadang-kadang perut rasa tak selesa. Kesian juga pada perut ni setiap hari makan macam-macam. Hakikatnnya memang macam tu kerja perut untuk proses makanan yang kita makan.

Post pagi ni ada benda penting ingin saya kongsikan tentang perut ni, soal perut ni penting dalam penjagaan kesihatan. Kebetulan suatu hari ada rakan saya bercerita bagaimana untuk kita pastikan kita ni benar-benar sihat ke tidak. Sahabat saya kata senang saja nak tahu kita sihat ke tidak(maklumat ni katanya daripada doktor). Sahabat saya bertanya kepada saya. ” Berapa kali awak makan nasi sehari?” Saya kata tiga kali. Dia tanya lagi, “berapa kali awak masuk toilet sehari?”. Hehe..Saya jawab tak cukup tiga kali. “Emm maknanya sistem tak berapa betul tu, orang yang betul-betul sihat makan tiga kali b…k tiga kali laa”. Saya tanya habis yang makan tiga empat kali berulang alik buka tutup peti tu macam mana? “Ntah la tuntutan nafsu agaknya”. Lepastu kalau yang seminggu sekali b…k tu macam mana? “emm yang tu yang kita risau”.  

Organic Vegetable Powder

Akhirnya sahabat memberi cadangan supaya mereka yang sistem dah agak tak stabil tu sekurang-kurangnya mengambil organik(bukan baja organik) bagi mengelakkan penyakit seperti kanser, buasir dll. Maka saya pun turut mengamalkan organik sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu sebelum sarapan pagi. Bukannya apa untuk membersihkan usus 🙂 . Maka bisnes MLM saya pun makin utuh selagi syarikat tu tak bungkus, setiap minggu makan lebih 20 jenis sayur-sayuran 🙂 . Bisnes tu bisnes juga tapi produk bisnes tu biar benar-benar bermanfaat untuk diri kita sekeluarga. Ada yang buat bisnes tapi sepatah haram tak tau tentang produk hee.

p/s: seelok eloknya 30 minit sebelum makan. Kalau tak campur dengan jus, meremang bulu roma den

14 visitors online now
1 guests, 13 bots, 0 members
Max visitors today: 18 at 03:16 am UTC
This month: 35 at 07-03-2020 10:57 am UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC