Peperiksaan Akhir

Posted on 3rd November 2009 by Mohd Khairudin in Pendidikan,Renungan - Tags: , ,

15 minit sebelum tamatSetiap orang akan menduduki ujian atau peperiksaan. Tidak kira secara formal atau tidak formal. Jika kita bercakap tentang akademik. Alik-alik bertemu lagi dengan peperiksaan akhir sehingga lah kita berhenti atau tamat belajar dan masuk ke alam pekerjaan, itupun kalau tak nak sambung belajar. Jika kita tanya diri kita. Kalau diikutkan ini kali yang ke berapa ya menduduki peperiksaan? Masing-masing mempunyai jawapan sendiri. Usaha, nasib, rezeki masing-masing. Cuma kadang-kadang bergantung kepada kita samada pandai atau tidak untuk menghargai peluang yang ada. Peluang kadang-kadang tidak datang selalu atau berulang kali. Contohnya; Boleh ke kita masuk darjah satu balik? Huh! Dah baligh pun 🙂 . Itu lah dulu cakap mak ayah tak nak dengar..hee . Walaubagaimanapun ada yang susah sampai tak boleh pergi belajar secara formal. kesian..nasib dia.  

Berbalik kepada soalan tadi. Saya sejak dari sekolah rendah sehingga ke Universiti. Darjah 1 sampai darjah 6, ada 6 final exam. Tingkat 1 hingga 5 ada 5 final exam. Seterusnya Kolej Universiti ada 6 final exam baru diploma..huhu. Kini lepas sudah 2 yang nak lepas harap-harap tidak tertiarap ada 3 lagi kot termasuk bulan ni. Fuh! “Calculate2” ada berapa sebelum ada  6+5+6+5 = 22 final exam sebelum dapat “degree”. Ini kata orang tua(orang kampung) belum habis belajar lagi tapi mengaji tinggi. Ia lah sebab bertingkat-tingkat bangunan tempat kita belajar. Satu lagi kalau istilah “habis belajar” untuk yang standard sekarang ni dapat penilaian hasad dengki(phd)..saja melawak..Doktor Falsafah. Itu pun bagi yang berjaya melepaskan diri dari Degree ke Master. Aii..Larat ke tu, yang duk ada sekarang pun risau. Inikan pula Ijazah Kedua dan phd..Tengok lah kalau ada rezeki. Senang cerita kalau penyakit “M” berjaya diatasi 🙂 .

Walaubagaimanapun pencapaian akademik sebenarnya tidak menjanjikan kesenangan bagi saya tapi ia penting untuk kehidupan kita. Kesenangan bergantung kepada individu itu sendiri dan percaya lah ” Tuhan tidak mengubah seseorang individu melainkan dia sendiri yang mengubah dirinya”. Ramai di luar sana yang hanya setakat boleh membaca, menulis dan mengira. Sememangnya inilah antara asas dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh; Kita nak pergi Singapore kita tak sekolah, tak tahu membaca..Kita boleh sampai ke sana dengan bantuan orang lain. Maknanya perjalanan kita akan lebih sukar. Benarlah kata orang ” Senang Dulu Susah Kemudian, Susah Dulu Senang Kemudian”. Susah tak senang2 ada ke?  Bergantung kepada kita untuk memilih. Memanglah rezeki masing-masing tapi kita kena berusaha ke arah itu. Kita yang kena ubah nasib kita. Pencapaian akademik ni umpama tiket bas, pilih nak VIP, Special Coach, Ekonomi. Di lapangan kerja pula kalau nak hidup macam biasa boleh tapi kalau nak senang, kaya raya “sorry”, itu atas usaha..Maybe ada la nasib sikit kot 🙂 .

Saya terima maklumat di bawah ni daripada scorea.aridztech.com ; Mungkin berguna kepada semua

10 petua menghadapi peperiksaan untuk anak- anak

Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia
mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari
selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak
memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami
sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting
yang berkaitan.

Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu
menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar
dalam setiap peperiksaan.

Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran
secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda
kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat
membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu
subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan
tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek
yang lemah.

Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke
mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di
waktu terluang.

Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat
cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi
memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh
menghasilkan otak yang cerdas.

Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein
kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat
ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan
menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan
rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan
ketika menjawab soalan kelak.

Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada
berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu
memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon
bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon
keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

http://www.scorea.aridztech.com

 

p/s: Sekadar pembakar semangat diri dan berkongsi

******************************************************

Cikgu suruh tulis karangan tentang arnab, dia pergi tulis tentang amster..Lari tajuk       

  

3 Comments »

  1. Mohd Khairudin Dot Com…

    Setiap orang akan menduduki ujian atau peperiksaan. Tidak kira secara formal atau tidak formal. Jika kita bercakap tentang akademik. Alik-alik bertemu lagi dengan peperiksaan akhir sehingga lah kita berhenti atau tamat belajar dan masuk ke alam pekerja…

    Trackback by negaraku.net — November 4, 2009 @ 1:34 am

  2. good luck bro!

    Comment by luthtextile — November 4, 2009 @ 11:45 am

  3. Terima Kasih. Ya sama-sama kita buru kejayaan. Selagi nyawa dikandung badan proses pembelajaran tetap berlaku. 🙂 (macam power je bunyi, ntahla sekarang ni cam ketagih blog la plak). Terima kasih atas komen yang diberi

    Comment by Khairudin — November 4, 2009 @ 12:20 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator