Memiliki Blog Dot Com Adalah Satu Peluang

Maaf la tak tunjuk nilai, faham-faham la pendapatan sampingan jeSaya tertarik dengan post rohaizad dot com yang mana menjelaskan serba sedikit tentang pendapatan sampingan dan pasif daripada aktiviti menulis blog. Terus terang saya katakan bahawa sedikit sebanyak tujuan saya menulis blog ialah untuk menambah pendapatan. Apabila kita sebut “menambah” dan “sampingan” bagi saya kita tidak seharusnya menaruh harapan setinggi everest. Cukuplah setakat Gunung Kinabalu..hee. Maksud saya kita tidak boleh 100%  yakin dan mengharap sangat terhadap apa yang ditarget akan tercapai 100% atau berlipat kali ganda. Ha! macam mana tu?

Menambah biasanya untuk memperbanyakkan yang sedia ada dan sampingan itu seolah-olah jika ada amatlah baik untuk kita. Senang cerita kalau dapat syukur, ok la tu dan jika tak dapat bukan rezeki kita la tu. Kita cuba berusaha lagi tanpa berputus asa dan tanpa menggelapkan bekalan utama kita. BUKAN berusaha sehingga membelanjakan dan menghabiskan wang  makan minum kita. Duit untuk keperluan kita JANGAN digadaikan untuk tujuan BISNES. Sebab tu kata orang “duit makan orang tak campur dengan duit bisnes” .  Sama juga dengan bisnes kita, yang mana perlu kita mempraktikkan konsep “entity berasingan”. Ehm..Masuk prinsip akaun sikit. Barang kedai kita tidak boleh diguna pakai tanpa kita membayarnya. Tak boleh nak lari dah, jalan kaki je..

Itu merupakan Antara Punca Lingkup. Akibatnya kita akan menagih untuk meraih wang ringgit (sebab kita dah keliru daripada tujuan asal tadi “tambah pendapatan” atau “sampingan”).  Lebih-lebih lagi untuk jangka masa yang pendek. Baru dua, tiga bulan menulis blog, “copywriting” pun berserabai..Dah la pakai blog free, kaya giler “founder” dia. Walaubagaimanapun saya faham blog free tu la yang ajar saya kenal blog 🙂 .  Jadi di sini, kita menulis blog untuk tambah pendapatan atau sambilan maknanya kita seharusnya “spare” hanya modal untuk sambilan. Kalau tak dapat apa pun kita tidak seharusnya letak tangan di atas dahi. Tipu lah jika tak dapat apa-apa. Sekurang-kurangnya dapat lah pengalaman.

No Money! No Talk bak kata oreng puteh tak ada modal, tak cukup modal tak payah buat bisnes.. Tak payah buat blog. Alah buat blog sendiri saja lah..Buat Blog Dot Com, baca panduan-panduan yang ada dalam pakej di bawah ni, saya hanya belajar dengan membaca pakej kit di bawah ni dapat gak sen kat atas tu: Klik di bawah jika anda mahukan satu peluang kerana bagi saya Memiliki Blog Dot Com Adalah Satu Peluang. Spend la masa sikit, cari ilmu..insyaAllah tiada ruginya;

Jika selepas baca tak tahu juga sila tanya saya jangan malu jangan segan

Sememangnya banyak persepsi tentang blogger. Rasanya tidak perlu diulas. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Berani kerana benar takut kerana salah. Anda lah yang bakal menggegarkan dunia e-commerce, mencetuskan idea seterusnya memartabatkan insan “blogger” dalam perkongsian maklumat secara online di samping menjana pendapatan dengan penuh tekad dan kesabaran.

p/s: Ni belum masuk “full time” blogger lagi 🙂 . Menunjuk-nunjuk atau tidak terpulang kepada penilaian pembaca. Yang penting harapan saya agar mesej berjaya disampaikan. Dunia penulisan sememangnya merupakan satu peluang. Selepas anda menulis blog dengan sabar, mungkin selepas usia blog anda mencecah umur tujuh bulan, setahun insyaAllah anda akan tahu jawapan sebenar apa itu menjana wang sambilan menerusi blog. Anda akan tahu beza pada blog dot com dengan blog percuma kerana Memiliki Blog Dot Com Adalah Satu Peluang. peluang mungkin hanya sekali kerana masa tidak menunggu kita bahkan ia akan terus berlalu.

So, kalau belum lagi ambil peluang ni, daftar segera dengan pilih mana-mana atau ambil semua kerana memang syarikat-syarikat ni benar-benar membayar kita 🙂 setelah menepati apa yang mereka mahukan. Jom kita sama-sama buat

Sebelum ni saya pun tidak percaya tetapi hakikatnya benar dapat duit

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator