Powered by Max Banner Ads 

Memalukan atau membanggakan, Pujian atau Makian


Insiden Piala MalaysiaPagi ini saya keluar sarapan dengan makan roti canai, selepas itu singgah di kedai majalah untuk membeli akhbar hari ni. Tajuk yang menarik minat saya tentang insiden yang berlaku semasa Piala Malaysia yang terkini. Rasa tak tahu nak letak muka di mana bila lihat gelagat penyokong Kelantan yang sanggup membakar dan merosakkan peralatan yang ada di Staduim Nasional. Sebut saja penyokong Kelantan memang ramai orang tahu peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku. Trak Polis sendiri pun diorang berani bakar sebelum ni. Bukan berniat untuk menaikkan kemarahan sesiapa tetapi untuk sama-sama renung adakah semua ini boleh dibanggakan? Adakah boleh merasa gah dengan keberanian dan kehebatan yang ada sehingga porak-peranda, haru-biru jadinya.

“Dia ingat dia saja ke boleh buat, orang lain pun boleh buat”, cuma hidup ini banyak perkara yang perlu diambil kira. Jangan hanya nak puaskan hati, puaskan diri sendiri sahaja” silap-silap “Menang jadi arang, kalah jadi abu” juga. Memang kita tidak tahu punca sebenar mengapa perkara begini boleh berlaku tapi setiap perkara saya percaya boleh diselesaikan secara aman. Bagi saya ia MEMALUKAN bukan MEMBANGGAKAN. Kita seharusnya tidak menaruh harapan terlalu tinggi bahawa skuad harapan kita pastinya menang. Lagipun kita sedia maklum dan perlu akur akan adat permainan menang atau kalah. kita seharusnya terima dengan hati yang terbuka. Tidak salah untuk kita menangis bak kata “Pak Nil”. Tapi jangan pula sampai menyusahkan dan merugikan orang lain. 

Adakah kita sentiasa mengikuti perkembangan Pasukan Harapan kita? Rasanya banyak yang boleh dibanggakan dengan prestasi permainan Skuad Kijang akhir-akhir ini walaupun tewas untuk Piala Malaysia. Kalah! Bukan kalah selama-lamanya, masih ada peluang. Jika kita review balik sebelum ini kelantan berada di Liga Perdana. Liga Super lebih mencabar dan di sini memperlihatkan bahawa Kelantan sangat cemerlang. Di padang BUKAN kita yang bermain, para pemain sentiasa bertukar dan semua itu memerlukan pengalaman dan keserasian. Semasa perlawanan akhir juga mungkin disebabkan ketiadaan pemain-pemain salah seorang pemain yang dapat membimbing rakan pemain yang lain seperti Kapten Kelantan sendiri.

Bukan nak mengata tapi memang hakikat, dalam permainan pun pernah saya sendiri alami apabila pasukan saya sudah mendahului pasukan bolasepak dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni “negeri kelahiran saya ni”. Siap sedia lah kaki, mereka sukar untuk nampak bola dah. Sampai ke tahap tu “erti kemenangan bagi mereka”. memang semua nak menang tapi biarlah menang dengan cara yang bermaruah. Tunjukkan semangat kesukanan dan jangan biarkan insiden-insiden yang tidak baik itu menjadi kebiasaan, remeh dan budaya bagi kita semua. Walau apa pun ucapan tahniah kepada Skuad Kijang kerana berjaya mencapai ke tahap yang cukup tinggi dalam arena bolasepak tanahair. Tidak lupa Tahniah buat skuad Negeri Sembilan kerana berjaya merangkul Kejuaraan Piala Malaysia. 

*”angkle” pernah injurt main bolasepak.. :-)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark         Jika Tidak Berhasil, Hubungi Saya

Tags: , , ,   Dicoretkan dalam Renungan, Sukan

Sila Berikan Ulasan Bernas Anda

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: