Infrastruktur Komunikasi Yang Canggih

Posted on 11th November 2009 by Mohd Khairudin in Maklumat,Renungan,Teknologi - Tags: , , ,

PUTRAJAYA 10 Nov-Inovasi Ekonomi: Menyediakan Laluan Untuk KemakmuranPerkembangan Sains dan teknologi yang pesat membangun khususnya dalam bidang komunikasi teknologi maklumat(ICT) telah melonjakkan negara-negara yang mengaplikasikan penggunaan komponen teknologi utama ini. “Negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, Switzerland, Sweden, Kanada dan Australia mendominasi senarai negara-negara yang terkaya di dunia bukan secara kebetulan”. “Negara yang telah memiliki kemajuan teknologi akan meneruskan kegemilangan mereka manakala mereka yang gagal mencipta inovasi dalam ekonomi akan ketinggalan,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perluasan Jalur Lebar yang menelan belanja 11.4 billion itu adalah merupakan infrastruktur komunikasi nasional yang canggih bagi menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan dengan gentian optik. Para pelanggan Internet akan dapat menikmati kelajuan antara 10 megabit sesaat kepada satu gigabit. Wow! ini sudah cukup bagus untuk kerja-kerja online ūüôā . Semoga¬†kemudahan ini tidak disalah gunakan demi menyahut cabaran ke arah hasrat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selaras dengan itu pastinya terdapat banyak peluang pekerjaan khususnya dalam bidang perkhidmatan. Perkhidmatan pemasaran produk atau membuat “review”¬†pastinya semakin mendapat tempat di hati para penggemar blog dan¬†pengasas perniagaan itu sendiri. Kini bukan lagi mustahil bahawa menulis blog merupakan suatu cabang untuk mencari rezeki. Selain itu aktiviti perniagaan internet pastinya semakin berleluasa dengan adanya infrastruktur komunikasi yang canggih.

Semoga selepas ini tiada lagi rungutan daripada para peniaga dan usahawan yang sepenuhnya bergantung kepada urusan transaksi online atau usahawan e-commerce yang merungut ekoran daripada kelembapan jaringan komunikasi yang kini semakin canggih. Walaupun begitu “back up plan” perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini untuk kemudian hari. Ini adalah kerana sebelum ini terdapat banyak kali berlakunya gangguan terhadap kabel dasar laut yang mengakibatkan talian internet amat perlahan dan¬†merumitkan¬†segala urusan dalam dan¬†luar negara. Dalam kepesatan pembangunan ekonomi, kita juga harus sedar bahawa pelbagai peristiwa yang tidak diduga boleh¬†mengancam diri kita dan ahli keluarga kita. Keghairahan dalam meraih suatu pencapaian kadang-kadang membuatkan kita lupa¬† dan di sinilah kelemahan kita.¬†Walau apa pun kita boleh, siapa-siapa pun boleh, 1Malaysia…Malaysia Boleh!¬†¬†

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator