Hari ni izinkan saya berbahasa aku. Entri ni aku cadang nak masukkan minggu lepas tapi tak berkesempatan, jadi aku masukkan hari ni walaupun aku ada hal, saja gatal nak menaip. Nak berkongsi kepuasan menikmati popcorn 🙂 . Teringat masa pergi tengok wayang makan bertih jagung. Alah.. “PoP Corn” la tu dalam bahasa oreng puteh nya. So aku mintak orang umah masakkan. Bukan senang juga nak buat popcorn ni dalam ati aku tapi bila orang umah masak rasa kejap je siap. Tu ha! Sedap je si Asyraaf mengunyah sambil tengok kartun kegemaran dia. Dia kata “pet!” . Pet abah! Nak Pet! Itulah yang selalu dia mintak asal je tengok TV. Pada mulanya pening jugak kepala aku memikirkannya. Apa ke bendanya “pet” ni? Kan tersilap bagi kan naya dibuatnya. Almaklumlah baru belajar bercakap.
Selidik-punya selidik emm you all teka la sendiri.. Berbalik kepada Popcorn tadi ingatkan kita guna jagung yang selalu duk makan tu, rupa-rupanya tak. Apa ntah nama jagung tu? “jagung huma” rasanya. Cara buat dia senang je rupanya basuh jagung tu masukkan dalam kuali yang telah panas dan pastikan jangan hangit. Selepas itu baru salut dengan gula. Eh! Kalau nak tahu lebih lanjut nanti lah cerita. “Ralik” dibuatnya sambil makan sambil tengok “pet” yang Asyraaf cakap tu. Agak-agaknya apa tu yang sedang ditengok haha! Emm word count dah dua ratus lebih..Sapa nak bagi jawapan cepat? nak bagi hadiah ni..
p/s: Masak sendiri puas ati..nak manis atau kurang manis 🙂 . Bukan aku yang masak, kena tanya pengulas kat galery tu
salam,,buat popcorn nie x perlu mentega ke?? 😀
@Nurul, ha! ha! ada kot sikit sebab bukan saya yang buat hehe..