Dah Lah SPAM Curi Maklumat Lagi

Posted on 16th November 2009 by Mohd Khairudin in Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan - Tags: , , , ,

Pada pagi ini semasa saya check email macam biasa la email SPAM yang perlu kita bersihkan. Saya sekali lagi terima SPAM yang berunsur phishing. Saya percaya sudah ramai yang pastinya kenal yang mana phishing dan yang mana laman web yang sebenar. Salah satu cara untuk kita kenal ialah selain nama domain(cth: Maybank ialah www.maybank2u.com.my) dengan melihat http dia ada s di depan p sewaktu login atau https://www.maybank2u.com.my. Safety certificate(ssl certificate). Namun bagi yang masih baru khususnya dalam perbankan internet walaupun sudah dimaklumkan oleh pihak bank supaya “clear cache”, berhati-hati dengan phishing, berhati-hati dengan SPAM dll. Jika email yang mereka terima menyamar sebagai pihak bank yang mengatakan “Distributed Denial of Service !” of course pelanggan fikir akaun mereka ada masalah, perlu dibaiki atau dikemaskini. Sedangkan yang menghantar merupakan mereka yang tidak kenal erti yang mana hak dan yang mana bukan hak, pentingkan diri, nak kaut duit orang dengan senang, ingin menyamun wang mereka.

Kesian kepada mereka yang telah terkena, termasuklah pihak bank sendiri. Secara tidak langsung boleh menakutkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian. “Tak apa bank banyak duit” . Kalau duit penyamun-penyamun tu tak apa tapi masalahnya itu duit hasil titik peluh orang, banyak kegunaan selain bela anak bini. Soalnya bagaimana untuk membanteras Jenayah Siber seumpama ini? Saya tertanya-tanya adakah mereka yang membuat kerja-kerja ini rakyat negara kita atau bangsa asing? tinggg mentol keluar. “Ahh! Pedulikan diorang bukan duit aku yang hilang” . Haa inilah antara masalah yang kita semua hadapi. Macamana nak pakat detect , lupus dan hapuskan penggodam yang cuba untuk mencuri data rahsia kita.

Saya cukup bangga dengan mereka yang bijak dalam sistem-sistem komputer, boleh menggodam komputer, hacker, dll. Tapi boleh membantu kepada pembangunan negara dan bengsa kita. Ni tidak, nak pakai software mahal sebab mat salleh yang buat, windows 7 tu harga lebih 500. Bila lah bangsa kita boleh hasilkan software-software yang mendapat permintaan untuk seluruh dunia, sekurang-kurangnya di Asia Tenggara pun cukup la. Bukan mengkritik atau mengata tetapi sebagai pembakar semangat saya sendiri sebelum anda semua. Walaupun begitu tidak kita nafikan bahawa negara kita kian melangkah ke depan dalam era ICT ni. Hanya usaha mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan berkaitannya perlu diperluaskan agar tidak di tipu dan dimomok oleh mereka yang tidak bertanggungjawab membuat phishing, spam dan jenayah iternet yang lain. Akhir kata berhati-hati dan berwaspada sebelum membuat keputusan, sila selidik terlebih dahulu, mungkin bagi kita 100% betul tapi hakikatnya kita DITIPU HIDUP-HIDUP. Gunakan internet secara BERHEMAH .

 INI BUKAN MAIN-MAIN, SUDAH RAMAI ORANG LESAP DUIT GAJI, DUIT SIMPANAN DARIPADA AKTIVITI SEPERTI BERIKUT: PERHATIAN! Hanya beberapa klik sahaja duit kita boleh lesap

EMAIL SPAM YANG SAYA TERIMA TERBARU BERISIKAN PHISHING

phishing0

Selepas saya Klik pada maybank2u hmm.. Sebijik keluar rupa laman maybank2u. Ini BUKAN daripada pihak bank. Lihat Domain dia pada kotak atas browse:

phishing

Jadi, berhati-hatilah kerana sekiranya kita masukkan username dan password lepastu klik login, maka data rahsia kita akan masuk ke database penyamun-penyamun ni. Sia-sia duit simpanan ke, bonus ke, gaji ke dll. Semoga entri kali ini dapat dijadikan sebagai perhatian untuk kita semua. Semoga segala urusan kita terutamanya dalam perbankan online selamat dan terjamin.

  

1,160 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator