Belajar HTML I

Posted on 19th November 2009 by Mohd Khairudin in Pendidikan,Rujukan,Tutorial - Tags: ,

Semalam saya telah membuat entri berkenaan dengan HTML. Pada hari ini saya nak sambung lagi tentang belajar html. Baiklah bagaimana kita boleh wujudkan fail ie dan fx. Terdapat lebih daripada satu kaedah yang boleh digunakan 🙂 . Langkah yang paling mudah ialah buka notepad notepad kemudian cuba kita tulis ” saya sedang belajar membuat laman web menggunakan bahasa html” dengan saiz bebas dan huruf tebal serta kita letakkan ia di tengah seperti berikut;

indexhtmlSelepas selesai taip apa yang kita mahu kemudian kita mesti save as dalam nama fail samada .html atau .htm. Maka dapatlah fail seperti di bawah bergantung kepada browse yang kita pakai(jika IE maka rupa IE lah, jika Firefox rupa Firefox lah 🙂 ) ;  

Lihat sekarang ia jadi html failDan jika kita double klik atau open fail ni pada browse kita akan lihat;

Contoh Laman Web Menggunakan HTML

Soal kenapa mesti index(index.html atau index.htm) saya pun tak berapa faham hee 🙂 . Yang saya tahu jika kita ada satu folder cthnya belajar_html dan di dalamnya ada fail html index.html. Atau kita upload kan ke server, biasanya dalam folder public_html. Jika kita buka fail belajar_html maka akan secara automatik memaparkan fail index.html. Semoga berjumpa lagi pada tutorial seterusnya 🙂

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator