Kuasa Internet

Posted on 23rd November 2009 by Mohd Khairudin in Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan - Tags: , , ,

Entri pada hari ini saya ingin sentuh tentang kuasa internet. Apakah kuasa yang ada pada internet? Kenapa internet berkuasa? Ya! Kerana internet pada masa kini sudah menjadi keperluan bagi sebilangan besar pengguna. Contohnya mereka yang menjalankan bisnes internet dan mereka yang mengaplikasikan internet untuk segala urusan yang mereka lakukan. Nak baca paper(berita), buka komputer dan internet. Nak sampaikan mesej, dokumen.. buka komputer dan internet, tulis email kemudian hantar. Berniaga di Ebay, Lelong, Mudah, bergiat sebagai affiliate, banking dll. Semuanya internet.

Inilah arus globalisasi dunia tanpa sempadan. “Borderless world”, kini kearah wayarless world 🙂 . Iya lah streamyx pakai wayarless, tetikus pun dah pakai wayarless. Baiklah “Kuasa” Internet ia pastinya melibatkan sesuatu yang “bertenaga”, “kuat”, “pantas”, “hebat” dan sukar untuk ditafsirkan dengan jelas kerana ia melibatkan pendapat masing-masing. Ada mereka yang berjaya dan bersependapat bahawa internet lebih membawa kepada kebaikan dan mustahil tiada yang berpendapat sebaliknya.

Salah satu contoh yang boleh dikaitkan dengan “Kuasa Internet” selain Internet Explorer, Mozilla Firefox, WWW. ialah “Search Engine” dan “Search Engine Optimization(SEO)”. Kalau sebutan melayunya kalau tak silap enjin carian. Kaedah SEO inilah yang memberi impak yang cukup tinggi dalam peningkatan mutu, keuntungan berlipat ganda untuk produktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana individu atau syarikat. Walaupun begitu ia tetap ada negatifnya. Contohnya jika tersebar maklumat palsu. SEO ni kerja dia meng”index” laman-laman tertentu yang menjadi kegemaran ramai. Apa ke bendanya ni? 🙂 . Enjin carian seperti Yahoo, AltaVista, MSN dan banyak lagi. Yang paling top mesti lah google. Setiap orang akan mencari sesuatu dengan menaip pada enjin carian seperti google dan keluar pelbagai sumber maklumat yang tak terpilih banyaknya. Apabila banyak enjin carian akan menyusun mengikut carian yang mudah. Dia panggil apa ntah? “Spider Crawl” bagi menjangkau laman yang “famous” dan “SEO friendly”.

Kuasa Internet menjadi “real” dengan ditambah oleh tugas yang dilaksanakan oleh SEO. Sebab itu orang ramai sekarang berebut address laman web. Pilih yang ni, dah ada orang, pilih yang tu dah ada orang, pilih yang nun terpaksa tunggu tamat tempoh dia dan macam-macam. Nama Domain jika khas untuk kegunaan komersil mesti lah senang dibaca, senang diingat, tiada kekeliruan, biasanya berkait rapat dengan produk atau services. Jika nak mudah faham Site Ranking juga mempunyai pertalian yang erat dengan SEO. Kadang-kadang saya pun tak faham juga dengan SEO ni, saja menulis ni kalau-kalau maklumat yang saya tulis ni silap tegur-tegur la ya.

Dengan Kuasa Internet, bayangkan anda mempunyai suatu produk yang “highly demand” dah tak ada kat tempat lain. Memang orang duk usha lama dah, tiba-tiba tub! Anda lancarkan produk anda menerusi internet..Bak kata orang macam Pisang Goreng Panas diindex oleh search engine kat tangga atas sekali pulak tu. Sebab itu mereka yang kebetulan je tu hehe dengar-dengar sampai dapat 100K, 150K tambah pula dengan iklan Pay Per Click(PPC), PayPerSale(PPS), “keywords” kata kunci-kata kunci yang “confirm” dicari oleh masyarakat. Mana tak kaya diorang tu. Ha! itu la yang membuatkan Bill Gates kata tentang kuasa internet tu.

Contoh je ni, mungkin lepas ni tak naik-naik dah ni laman saya kalau orang tak sudi melawat ; Saya pergi kat Google di www.google.com kemudian saya taip mohd khairudin, terkezut bila search enjin google letak laman saya. Terdetik “Padahal Ramai Orang Nama Mohd Khairudin” . Sebab tu saya tak faham sangat dengan SEO. Syukur.., 

seo

p/s: Sekarang boleh ex. ngan member “ko pergi kat Google ko taip nama aku dan tekan enter kalau susah sangat nak cari aku tapi nama aku satu D je” hee 🙂  . Melawak je

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator