Berakhirnya Penantian Selama 20 Tahun
Tahniah diucapkan kepada skuad Bolasepak Kebangsaan kerana berjaya merangkul pingat emas di Sukan Sea. Skuad Kebangsaan berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan kiraan 1-0. Rembatan dari luar kotak penalti mengelirukan penjaga gol Vietnam apabila bola terkena salah seorang pemain lawan. Penjaga Gawang Vietnam tidak berjaya menangkap bola tersebut lalu menerjah jaring.
Kemenangan tipis 1-0 ini memberikan makna yang amat bernilai buat seluruh warga kita Malaysia khususnya para peminat Bolasepak. Ini adalah kerana selepas tahun 1989 kilauan emas dalam arena bolasepak di sukan sea buat Skuad Negara kita tidak pernah menjadi kenyataan sehinggalah berakhirnya Penantian Selama 20 Tahun pada awal malam tadi. Semoga kemenangan ini akan menjadi titik tolak untuk lebih mara di masa akan datang.
p/s: Nak komen lebih-lebih tak pandai. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada skuad negara. “bila agaknya boleh lihat negara kita mara untuk kesebelasan utama Piala Dunia”. Saya percaya selepas ini lebih ramai yang akan turun ke padang dan tidak kurang juga yang membeli jersey Malaysia
terutamanya yang berwarna biru.
Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris?
Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!Senarai keywords: bola sepak, juara sukan sea acara bolasepak 2009, sukan sea














Nampak ramai yang berpuas hati dengan kejayaan Malaysia kali ni. Saya tak de la ikut sangat pasal bola ni, tapi semua orang tengok kali ni, saya pun tengok jgk la…:D
[Reply]
Comment by Fatin Pauzi — December 19, 2009 @ 5:26 pm
emm genap 40 pingat emas. Kalau tak 39 je
untuk Sukan SEA. Melebihi target asal 30 hingga 35 pingat. Nampaknya macam tu lah sebab lama benar tak rasa dapat pingat emas dalam acara ni di Sukan SEA. Sebagai salah seorang peminat sukan ni saya cukup bangga. Boleh nampak warga kita meraikan kejayaan. Jadi sama lah kita terus tengok perkembangan di masa akan datang. Terima Kasih Fatin kerana sudi memberi komen
[Reply]
Comment by Khairudin — December 20, 2009 @ 1:27 am