Powered by Max Banner Ads 

eLearning & Data Management System

Entri kali ni khas untuk mereka yang telah menggunakan dan mungkin selepas ini akan ada yang ingin menggunakan laman yang simple yang pada mulanya saya pun tak tahu nak beri nama apa. Fikir punya fikir dari akar umbi tujuan kenapa saya buat laman ni maka.. Ting! Keluar mentol. Daripada tak ada nama maka letaklah nama ” eLearning & Data Management System. Sekarang ada lah tambah-tambah sikit untuk support yuran tahunan seperti google adsense dan iklan-iklan lain itupun kalau laku. :-) . Walaubagaimanapun ia berada pada blog sendiri so it doesn’t matter at all.

Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)

Tags: , ,   Dicoretkan dalam Info, Pendidikan, Rujukan, eLearning and Data Management

Minum Petang

Hari ni saya nak berkongsi tentang kerja dan makan, jika pasal minum seharusnya 12 gelas sehari sekurang-kurangnya. Setiap kali saya tidak sarapan atau sarapan sikit atau lewat sarapan..Makan tengahari terus, sampai saja waktu petang badan rasa sangat penat. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan persekitaran kerja dan jenis kerja yang kita lakukan setiap hari. Penat bekerja dalam “air cond” tidak sama dengan “udara semulajadi”, ini hanya pendapat saya sahaja. Sebagai contoh kita main sukan waktu malam seperti badminton, sepaktakraw, berbasikal dan sebagainya..Kita rasa tenaga kita lain betul tak? Betul la tu. Lebih kurang apabila kerja dalam suasana “air cond” selama 8 jam lepas tu keluar dari tempat kerja memang dapat kita bezakan peralihan suhu yang meletihkan. Begitu juga jika kita bekerja dalam kilang dengan bahangnya bercampur panas sejuk, ada air cond tak ada air cond memang meletihkan badan. Mari kita renung teori kerja:

KERJA = DAYA x JARAK YANG DILALUI

W = F x d (Nm)

Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)

Tags: ,   Dicoretkan dalam Info, Rumah

Burung Apa? Burung Murai.. Burung Apa? Burung Layang-Layang

Entri ini hanya sekadar menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa. Adik kakak mari-mari kita sama-sama cuci mata melihat seekor burung yang entah dari mana terlepas masuk ke rumah ambo nih. ” Abah bird!”..”Abah bird!” Ingatkan nak masuk toilet rupa-rupanya ada seekor burung dalam rumah. Anak saya bagitau ada burung masuk rumah. Lama juga kami memburu burung ni dalam rumah untuk diselamatkan. Lama juga makhluk ni nak mengalah dan akhirnya berjaya memegang dan menggosok bulunya.

Inilah dia burung yang menjadi kegilaan segelintir kaki bisnes, yang mempunyai bangunan tinggi dan bangunan lama. Modus operandi mereka seperti biasa menggunakan tape untuk memanggil dan memikat burung-burung ini. No wonder ada yang sanggup membuat bangunan semata-mata untuk bisnes sarang burung. Bunyi hiruk pikuk, riuh rendah sudah tidak dihiraukan lagi asalkan masyuk. Walaupun begitu rasanya tak boleh challenge dengan sarang burung yang ada dalam gua. Mai Secawan agaknya berapa kosnya ya untuk satu sarang burung ni.

Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)

Tags: , ,   Dicoretkan dalam Info, Renungan, Rumah

Selamat Tahun Baru

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Pejam celik-pejam celik kita dah meninggalkan tahun 2009 dan kini kita akan mulakan azam baru untuk Tahun 2010. Semoga pada hari ini akan lebih baik daripada semalam. Memandangkan sekarang saya tengah menjalani praktikal di sebuah kilang, maka bertambah lah rasa segan…(kata orang utara :-) )  untuk update blog. Walaubagaimanapun sempena awal tahun baru ni saya ingin menjemput kawan-kawan dan para pelawat yang memiliki laman dan blog sendiri untuk meletakkan laman dalam directory yang saya sediakan. Pada mulanya saya ingin mengenakan sedikit bayaran untuk sapa-sapa yang ingin meletakkan laman atau blog. Tapi memandangkan PR blog saya pun cipuut je, saya bagi free je lah buat masa ni. Pada masa akan datang kalau saya charge pun hanya untuk menampung kos bayar sewa tapak dengan domain je. Kalau ada rezeki baru fikir tentang duit kopi .

Lagipun kawan-kawan.. Bukan saya kisah sangat, lain lah kalau sumber pendapatan utama saya semua ni. Hanya Hobi yang mungkin boleh dikomersialkan pada suatu masa nanti. Selepas pencen la kot hehe.. Apa-apa pun kerja-kerja seperti membangun laman web dan menulis blog sebenarnya mempunyai masa depan terutamanya untuk jangka masa panjang. Kena betul caranya la. Banyak-banyak sabar. Sekarang ni banyak kompeni dan individu yang membuat iklan secara online. Walaupun begitu terpulang kepada kemampuan masing-masing. Mungkin terpaksa bekerja keras sedikit bagi yang bermula dari sifar. Bagi yang sudah mempunyai asas mungkin tiada masalah sangat.

Sila Klik Sini Untuk Baca Entri Seterusnya »

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , ,   Dicoretkan dalam Info, Menjana Wang, Renungan, Rujukan