Selamat Tahun Baru

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Pejam celik-pejam celik kita dah meninggalkan tahun 2009 dan kini kita akan mulakan azam baru untuk Tahun 2010. Semoga pada hari ini akan lebih baik daripada semalam. Memandangkan sekarang saya tengah menjalani praktikal di sebuah kilang, maka bertambah lah rasa segan…(kata orang utara 🙂 )  untuk update blog. Walaubagaimanapun sempena awal tahun baru ni saya ingin menjemput kawan-kawan dan para pelawat yang memiliki laman dan blog sendiri untuk meletakkan laman dalam directory yang saya sediakan. Pada mulanya saya ingin mengenakan sedikit bayaran untuk sapa-sapa yang ingin meletakkan laman atau blog. Tapi memandangkan PR blog saya pun cipuut je, saya bagi free je lah buat masa ni. Pada masa akan datang kalau saya charge pun hanya untuk menampung kos bayar sewa tapak dengan domain je. Kalau ada rezeki baru fikir tentang duit kopi .

Lagipun kawan-kawan.. Bukan saya kisah sangat, lain lah kalau sumber pendapatan utama saya semua ni. Hanya Hobi yang mungkin boleh dikomersialkan pada suatu masa nanti. Selepas pencen la kot hehe.. Apa-apa pun kerja-kerja seperti membangun laman web dan menulis blog sebenarnya mempunyai masa depan terutamanya untuk jangka masa panjang. Kena betul caranya la. Banyak-banyak sabar. Sekarang ni banyak kompeni dan individu yang membuat iklan secara online. Walaupun begitu terpulang kepada kemampuan masing-masing. Mungkin terpaksa bekerja keras sedikit bagi yang bermula dari sifar. Bagi yang sudah mempunyai asas mungkin tiada masalah sangat.

Apa-apa lah, Kadang-kadang boleh jadi bersungguh-sungguh juga hobi saya ni. Cuma kena sedar di mana “Priority” perlu diletakkan. Tanggungjawab tetap diutamakan. Well, untuk sepanjang tahun 2009 yang lepas bercampur dengan malas tambah masa main pun main-main kira ok la daripada tak dapat apa bila bekerja online di rumah ni; Seperti yang saya katakan menulis blog atau bisnes berasaskan laman web boleh menjamin pendapatan tetapi bergantung kepada tindakan dan penilaian kita. Nak tak nak saja. Percaya atau tidak, di internet What you see is what you get.. 🙂 .
Berbalik dengan directory yang saya ceritakan. Sebenarnya bukannya gempaq pun, setakat untuk sebagai network blog atau link exchange tu ok la. Kawan-kawan boleh la lawat. Ops jangan lupa upload imej .gif bersaiz 400×320 px. Hantar laman. Setakat ini saja untuk kali ini.

p/s: Saya tak gemar untuk memaparkan nilai. Samada banyak atau sikit anda boleh lihat nilai yang akan anda sendiri terima jika anda melibatkan diri dengan kerja-kerja bisnes based website dan online ni.

p.p/s: Perlukan bimbingan yang lebih details 🙂 . Daftar lah dulu dengan link affiliate saya hee..

Link 1 | Link 2| Link 3 | Link 4 | Link 5 | Link 6 | Link 7 ..nanti saya updatekan link ke laman yang benar-benar membayar saya dan anda pun boleh. Buat Blog Dot Com anda sendiri sekarang! 

  

5,277 Comments »

  1. terima kasih banyak saya ucapkan buat mohd khairudin kerana memberi kebenaran untuk meletakkan laman web secara percuma,mungkin sekiranya anda berminat atau siapa-siapa berminat denagn laman web ini saya persilakan untuk melihat sendiri apa yang terkandung didalamnya..sebenarnya saya masih baru dan belum begitu tahu bagaimana untuk membuat laman web sendiri..diharap laman web ini dapat memberi manfaat kepada kita semua…terima kasih sekali lagi sya ucapkan… 😀

    Comment by farel13 — March 20, 2010 @ 2:10 pm

  2. sama-sama tapi jangan kerap sangat nanti effect blog ni 🙂 . Buat masa ni saya dah ada bisnes part time sendiri. Bab laman web ni belajar-belajar dalam internet je saya pun bukan tahu sangat 😉

    Comment by Mohd Khairudin — March 20, 2010 @ 9:10 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator