Minum Petang

Posted on 25th January 2010 by Mohd Khairudin in Maklumat,Rumah - Tags: ,

Hari ni saya nak berkongsi tentang kerja dan makan, jika pasal minum seharusnya 12 gelas sehari sekurang-kurangnya. Setiap kali saya tidak sarapan atau sarapan sikit atau lewat sarapan..Makan tengahari terus, sampai saja waktu petang badan rasa sangat penat. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan persekitaran kerja dan jenis kerja yang kita lakukan setiap hari. Penat bekerja dalam “air cond” tidak sama dengan “udara semulajadi”, ini hanya pendapat saya sahaja. Sebagai contoh kita main sukan waktu malam seperti badminton, sepaktakraw, berbasikal dan sebagainya..Kita rasa tenaga kita lain betul tak? Betul la tu. Lebih kurang apabila kerja dalam suasana “air cond” selama 8 jam lepas tu keluar dari tempat kerja memang dapat kita bezakan peralihan suhu yang meletihkan. Begitu juga jika kita bekerja dalam kilang dengan bahangnya bercampur panas sejuk, ada air cond tak ada air cond memang meletihkan badan. Mari kita renung teori kerja:

KERJA = DAYA x JARAK YANG DILALUI

W = F x d (Nm)

Ha betul la tu dengan teori Fizik. Jika kerja kita memerlukan tenaga fizikal yang kuat tanpa perlu memerah otak, maka letih yang kita dapat. Bagaimana pula dengan penat berfikir dalam membuat kerja. Penat berfikir ni sememangnya sangat penting. Kita berfikir untuk mencari ilmu, untuk membuat sesuatu yang bermanfaat, merancang strategi contohnya untuk menambat hati pelajar supaya lebih berminat untuk belajar, buat bisnes, memuaskan pelanggan, dll.

Hakikatnya kita perlu makan, sesetengah orang kata kita mesti ambil sarapan banyak agar kita tidak letih. Jadi makan lah sarapan pagi kita agar kita bertenaga dalam melakukan pekerjaan sementara menunggu waktu makan tengahari 🙂 . Sebenarnya berapa kali sepatutnya kita makan untuk satu hari?

Sarapan Pagi 1x

Minum Pagi 1x

Makan Tengahari 1x

Minum Petang 1x

Makan Malam 1x

Minum Malam 1x

Ehmm 6 kali rupanya. Ini macam pergi kursus je hehe. Bagi yang “kurang rajin” masak tu emm biskut tawar cecah dengan air teh jadi le untuk minum. Kebetulan pula orang rumah masak donut dengan cucur udang ni memang kena benar la untuk minum petang. Sebut tentang donut ni, bukan senang rupanya nak bagi tepung tu betul betul naik. Ia mesti diletakkan ditempat yang tertutup. Hanya sekadar untuk menulis blog. Ops! Nak tau tak dulu orang rumah sebelah siap order donut tu.

p/s: kena dengan teh panas petang-petang oooiiii 🙂 . Helo-helo le kalau nak belajar buat hee..Kuah tu asalnya untuk cecah Yong Tau Foo

  

4 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator