Macam Mana Nak Buat Blog?

Sudah lama tidak menulis rasanya. Kebetulan sahabat-sahabat bertanya macam mana nak buat blog jadi saya ingin berkongsi setakat yang saya tahu. Selepas bertahun berkecimpung dalam arena blogging ni pertama sekali ingin saya tekankan bahawa blog bukan jalan pintas untuk memperoleh wang terutamanya dalam masa yang singkat. Blog bukan seperti program Duduk Diam Dapat Duit, Bukan skim cepat kaya dan segala mak nenek yang berkaitan dengan ” buat sahaja terus zzuuuppp! dapat duit. Hanya mereka yang tinggi “level” kesabaran sahaja mampu bertahan sebagai blogger. Cee Wah! ..

Tidak dinafikan bahawa sekarang telah ramai yang berjaya memperoleh wang hanya dengan menjadi Blogger. Bukan seratus dua malah beribu-ribu dan “Five Figures” pun sudah ada, tapi di Malaysia saya tidak pasti. Pada mulanya mereka hanya sekadar suka-suka dan minat semata-mata. Lama-kelamaan pelawat dan kawan-kawan secara online bertambah ramai atau senang cerita kita panggil trafik. Kalau di jalan raya trafik yang sesak sungguh menyeksakan tapi di internet trafik lah yang diburu oleh pengusaha-pengusaha blog. Apa tidaknya jika pelawat yang datang hanya membuat Klik atau Klik! Klik! 🙂 pada certain..certain link sahaja penulis blog sudah “earn” duit. Maka bermula lah saat “menyelam sambil minum air” di mana hanya di saat ingin mencari kepuasan menulis sahaja sudah cukup untuk menerima bayaran contohnya Google Adsense.

Pada entri kali ini saya juga tidak ada banyak masa untuk menggoreng ayat, bagi mengelakkan daripada lari daripada tajuk asal sebenarnya terdapat banyak jenis blog. Saya golongkan kepada dua sahaja iaitu blog percuma dan blog berbayar. Blog percuma kita boleh mendaftar dan menulis blog secara percuma seperti Blogger, typepad, blog dan pada laman seperti ning, friendster, myspace dsb. Blog percuma ni seperti blogger, ia ada menawarkan kita mengusahakan adsense , tapi ada orang kata kita akan berkongsi keuntungan, macam mana tu? Ha Buat blog free dulu dengan buka akaun dengan blogger sini . Kemudian langkah seterusnya daftar akaun Google Adsense sini. Yang tak bestnya blog percuma ni satunya di belakang nama domain kita ada .blogspot.com dan sudah ramai yang mendaftar maka wujudlah nama domain seperti adanz77.blogspot.com..pokok-kayu.blogspot.com. Nama domain hanya boleh dibuat satu sahaja contoh www.mohdkhairudin.com hanya dimiliki oleh saya hehe.

Ok seterusnya blog berbayar iaitu blog atas nama domain kita sendiri dan kita sendiri yang membuat “customize” samada nak guna wordpress, jomla, buat sendiri,tempah itu suka hati kita lah sebab kita yang bayar kos server iaitu kita beli Domain dan Hosting. Harga Nama Domain kebanyakannya RM40, 30 mungkin ada yang memberi tawaran secara percuma untuk bulan pertama dan Hosting lebih kurang RM80. Maka dalam setahun hanya lebih kurang RM120.00. Untuk satu nama domain dan hosting. Ia juga bernilai mengikut pakej yang kita pilih. Selepas membeli nama domain dan hosting baru boleh menjadi penulis blog. Satu pesanan di mana pun kita berada kita tidak boleh lari daripada undang-undang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tawakkal sahajalah jika tidak mampu menanggung akibatnya. Cuba bayangkan dalam masa sehari trafik blog anda melebihi seribu pelawat, maka jumlah klik yang terdapat pada blog anda pastinya akan meningkat selagi anda pandai menguruskan isi yang terkandng dalam blog anda. Sekarang rata-rata individu dan syarikat-syarikat tempatan atau antarabangsa menggunapakai satu lagi kaedah pemasaran iaitu dengan meletakkan di laman web dan blog…ala yang orang duk sebut viral..viral tu lebih kurang la kot. Dapatkan panduan membuat blog di sini

Kini sudah terdapat banyak syarikat yang memberi perkhidmatan membuat pengiklanan untuk individu-individu dan syarikat-syarikat seperti yang saya sebutkan tadi. Kebetulan pula syarikat yang memberi perkhidmatan membuat pengiklanan tadi membayar upah kepada blogger yang boleh membuat “review” diorang panggil. Di sini juga merupakan salah satu cabang bagaimana Blogger boleh membuat duit di internet. Tidak perlu saya jelaskan lebih details kerana saya pun bukannya pakar, bukan profesor huhu..tetapi sekadar berkongsi setakat yang saya tahu dan saya bukan cakap kosong.

Awas! Kesan daripada terlampau mengharapkan “DUIT” daripada penulisan Blog akan menyebabkan anda kecewa dan blog anda akan “Bungkus”, fikir untuk berkongsi, minat, hobi dan satu lagi jangan sampai “over” nanti wartawan tak ada kerja 🙂 . 

Aktiviti penulisan blog tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia

  

5 Comments »

  1. âž¡ hai??

    Comment by era — March 14, 2010 @ 11:14 pm

  2. 😉 hellooo

    Comment by Mohd Khairudin — March 15, 2010 @ 11:02 am

  3. hy semua silakan lawat ke http://simurl.com/sezlet 😉

    Comment by farel — March 20, 2010 @ 2:19 pm

  4. Kalau ya pun beri lah sedikit ulasan dulu. Apa-apa pun terima kasih kerana datang sini. Sudah lama saya sedar tentang kewujudan AleaCorp ni. Terima Kasih

    Comment by Mohd Khairudin — March 20, 2010 @ 6:19 pm

  5. Sesiapa yang ada blog dengan pendapatan dengan google adsense.aku ada benda nak bagitahu koarang,korang emailkan blog korang kat edapat@gmail.com. hantarkan alamat website dan email korang kat mereka, tak sampai 24jam.Google adsense anda akan meningkat.kerana website korang dah submit ke location US dan UK.
    Tapi benda ni free seminggu je,lepas tu korang kena bayar RM50 Sebulan.dapat visitor 2.5 juta sebulan.Anggaran dapat US 250-500.sebulan kalo duit malaysia dah dekat RM2000.00.
    Apapu try dulu seminggu…

    Comment by aizam — July 16, 2010 @ 8:56 am

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator