SepakTakraw dan Kaki Bangku Bukan Untuk Selamanya
Adakah anda berminat untuk bermain sukan? Bersukan merupakan aktiviti riadah. Riadah penting untuk kesihatan mental dan fizikal kita. Sukan SepakTakraw adalah sukan yang sudah tidak asing di Malaysia. Terdapat percanggahan tentang asal usul sebenar sukan ini. Samada Malaysia atau Thailand saya pun tidak pasti. Walau apapun sepakraga telah bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Buka buku sejarah sekejap hehe. Saya mula timbul minat untuk bermain sepaktakraw sejak dibangku sekolah setelah melihat orang-orang dewasa di kampung dan kawan-kawan senior di sekolah. Pada masa tu timbang bola takraw nak cukupkan lima pun jenuh. Setiap kali tengok orang main, apa yang bermain dalam fikiran saya “Kalau lah aku boleh bermain macam diorang kan bagus”(harap maaf bukan dialek asal).
Saya masih ingat lagi masa dulu, panas-panas terik lagi sudah sampai ke gelanggang. Nak buat macam mana bila orang dewasa datang tak ada “chance” lagi untuk main. Main pulak bukan pakai kasut, berkaki ayam lepas tu rasa bengkak-bengkak kaki. Selepas itu baru pakai kasut, kasut sekolah pulak tu..tak sampai seminggu bertukar warna kasut. Sebenarnya istilah “Kaki Bangku” hanya merujuk kepada mereka yang tidak mahu mencuba untuk bermain bola.. Pandai pandai je aku nih! Bukannya apa lebih kurang juga dengan Membaca Menulis dan Mengira..Senang cerita belajar. Pada masa awal persekolahan kita dididik membaca A,B,C… Diberi pensel untuk menulis, menggunakan lidi dan anak batu untuk belajar mengira. Bagaimana pula untuk bermain takraw? Atau bermain sukan yang lain. Adakah pendidikan dan pembelajaran kita di sekolah rendah atau menengah ada silibus takraw atau sukan-sukan yang lain? Masuk “U” baru ada, itu pun mesti berebut bagi mendapat tempat
. Minat? Galakan daripada kedua ibubapa? Sokongan para guru? Atau menjadi “bidang terjun” sebab cikgu tak tahu nak pilih siapa untuk wakil sekolah. Maknanya di sini setiap perjalanan hidup kita, apa yang kita lakukan, minat kita, nasib kita akan memperlihatkan kebolahan dan kemampuan kita. Sebagai contoh ramai yang tidak minat bermain takraw, bolasepak dsb. tetapi disebabkan kursus di Universiti mewajibkan Ko-Kurikulum maka pelajar tiada pilihan.
Akhirnya boleh juga bermain bolasepak,takraw dsb. Sebab itu tidak mustahil kaki bangku jadi kaki bola. Jadi Kaki Bangku bukan untuk selamanya jika ada usaha untuk turut serta bermain bola dan bersukan. Untuk beriadah kita tidak perlu menjadi ahli sukan yang professional. Berbalik kepada sukan sepaktakraw, saya mengambil masa bertahun untuk berani melompat dengan mengangkat kaki kiri terlebih dahulu bagi merejam bola takraw kemudian berpijak menggunakan kaki kanan(merejam guna kaki kanan||Bukan Kidal). Bila lawan kalah jugak kui! Kui! Maklumlah bukan pro. Itupun selepas berlatih menguatkan fizikal seperti tekan tubi, mendagu, jogging dll. Kemudian menggantung bola dan mengikat tali pada pokok.
p/s: Sekadar berkongsi dan jangan sesekali mencuba jika anda tidak cukup latihan, tidak yakin, tidak berani(bukan bererti penakut) dan tidak mahu mengambil risiko(ingat orang yang tersayang). Sila dapatkan bimbingan daripada professional dan professional juga tidak semestinya bebas daripada bahaya. Bersukan juga memerlukan masa untuk latihan, keserasian dan kebolehan untuk memberi saingan kepada pihak lawan. Hari ini kita mula, kita tidak boleh paksa diri untuk pandai hari ini atau esok.
Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris?
Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!Senarai keywords: bersukan, kaki bangku, main sepaktakraw, riadah













