Pampers Menjadi Keperluan Si Kecil

Posted on 20th February 2010 by Mohd Khairudin in Keluarga,Renungan,Rumah - Tags: , , , , , ,

Rasanya cukuplah seketika aku belajar menulis bahasa orang puteh tu. Kalau nak praktikkan dengan cara bercakap sikit je dapat sekejap lagi keluar la ” Mat Salleh celup”, “bau budu..” dan sebagainya.  Hari ni aku nak menulis dalam Bahasa Melayu. Hari ni hujung minggu, anak-anak tidak dihantar ke rumah pengasuh..Asyraf dan Khairil berada di rumah. Pengasuh boleh rehat sikit. Hari ni mama dengan abah anggap suara kamu berdua seumpama muzik yang dapat memberi sumber inspirasi. Sementara korang berdua main kejar-kejar dalam rumah dengan kenderaan masing-masing abah nak buka internet sekejap. Jangan sampai tercedera sudah. Sebab malang tidak berbau. Haru biru dan riuh rendah dalam rumah ni dibuatnya.

  kome posing le abah amik gambo…kata mama. Abah kata duk molek lah.

Dalam pihak berkuasa sedang buat Ops Sikap pun abah tengok Utusan hari ni angka kemalangan mencecah 897. Hati-hati bila bermain tu. Gelak dan hilau tawa diorang dicampur dengan pekikan dan lolongan sehingga serak tekak. Harap-harap jiran-jiran di kiri kanan atas bawah faham la ya. Hari ni nak bercakap tentang Lampin Pakai Buang atau lebih mudah kita panggil “pampers”. Jika pada masa 20,30 tahun yang lepas pampers memang tak banyak dan tak ada lagi. Sekarang ni pampers menjadi keperluan si kecil. Masa dulu orang pakai kain lampin yang jenis kapas sahaja. Jadi bagi mereka yang menjaga si kecil(bayi dan kanak-kanak) nak tanya pampers apa yang biasa korang beli? Mami Poko? Drypers? Comfort? Pet pet? Fitti? Kalau kami mesti cari yang ada Discount 🙂 paling tinggi. Selagi boleh save kita save. Hanya kekadang saja mungkin sebab terlambat tukar pampers akan menyebabkan si kecil melecet dan kemerahan. 

Kepada yang bakal berumahtangga dan baru melangsungkan perkahwinan jangan lupa masukkan sekali budget untuk pampers sebab dalam masa sehari si kecil memerlukan lebih kurang 6-8 helai pampers.

Abang membawa adiknya untuk bersiar tapi ntah bila boleh bergerak jauh tu sebab adik dah hampir sama saiz dengan abang. Dengan tali merah(pada tangan Asyraaf) tu abah dia gunakan untuk tarik. Nak naik benda tu je abah yang jadi mangsa. Sekarang ni ke mana la perginya handset abah, dalam tu ada gambar Asyraaf sedang tarik pampers di The Store. Cadang nak letak sini tapi call dengan handset mama not available pulak. Pasang dah handset abah padahal tengah caj tadi. Ini gara-gara dia nak dengar lagu Aspalela( abah nak La! La! La!) yang ada dalam handset abah tak pun Upin Ipin, ha sama la kome berdua. Cepat-cepat le besor bercakap tu bagi lepas.

Hmm.. Begitu lah lebih kurang bila melayan kerenah anak-anak. Tak ada sunyi jadinya(masa duk umah pengasuh).

p/s: Kepada yang duk ber”couple” bagai nak rak tu kawin! kawin! la cepat, usah duk enjoy lebih-lebih..yang lelaki tu ada banyak tapi perempuan satu je.  Kalau tak mampu jangan nak gatal-gatal kuar ngan anak dara atau janda orang. Peluang pekerjaan sekarang banyak samada makan gaji, sendiri, online, offline janji jangan cerewet sangat. ops! Ter”lazer” lak. Jangan ambil ati pulak. Kepada yang belum sampai seru tu banyak-banyak berdoa dan bersabar. Jodoh tiada siapa yang tahu. Fikir-fikirkanlah

* Eh! Lupa. orang dewasa atau tua pun pakai pampers juga tak semestinya si kecil.

 

 

  

6,057 Comments »

  1. Salam penuh ceria,

    Saya nak komen bernas sangat tak juga.Tetapi penggunaan Pampers kepada anak-anak merupakan cara yang paling efektif.Pakai dan buang.Jimat masa dan tenaga.
    Cuma kalau penggunaan berlebihan pasti ada pembaziran terutama jika anak-anak menghadapi masalah cirit birit.
    Dalam masa yang sama juga ada masalah pencemaran alam.Material utama pamper adalah plastik yang bukan mesra alam. 😯

    Comment by Blogger75 — February 25, 2010 @ 6:18 pm

  2. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk memberi ulasan. Ya! saya setuju dengan saudara. Pernah satu ketika saya terpijak satu kawasan berumput yang elok tapi sebaik sahaja terpijak ingatkan tanah tapi pampers yang dah lama, apa lagi terburai la keluar isinya yang sudah lama. Nak buat macam mana dah ini jalan yang efektif, jimat masa dan tenaga berbanding guna kain lampin 🙂

    Comment by Mohd Khairudin — February 25, 2010 @ 6:31 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator