Hati-hati Bila Basuh Enjin Kereta

Malam ni saja nak berkongsi dengan rakan-rakan dan pelawat tentang cuci kereta. Aku ni jenis yang malas sikit bab cuci kereta. Nak tak nak kena cuci juga. Kalau tak cuci sendiri, upah orang yang cuci. Tapi yang tak best nya bila suruh orang cuci ni kereta plak jadi mangsa. Kalau tercalar atau rosak sebab kita sendiri boleh la diterima tapi kesan tak puas hati bila orang lain penyebabnya susah sikit. Sekali basuh kereta luar dalam dah RM10.00. Tambah basuh enjin tambah lagi RM4.00 ringgit. Ntah kain macam mana dah berapa lama tak tukar ntah sampai tercalar balar Tinted dibuatnya. Silap aku jugak tak nak basuh sendiri. Ntahla mana nak kaut masa nak basuh kereta ni.

Pada suatu hari nak dijadikan cerita yang benar-benar terjadi kepadaku, aku bawalah kereta Toyota yang aku duk pakai ke kedai cuci kereta. Ntah macam mana terlintas pulak dalam kepala ni pasal enjin yang dah lama tak berbasuh. Sebelum ni pernah aku basuh kereta kia picanto di sini dengan basuh enjin sekali, tip top masa tu..Bersih!. Berbalik kepada Toyota jenis SEG plak. “Basuh enjin sekali ya bang”. Dia basuh style professional la, relax je aku duk lepak tunggu kereta habis basuh. Selepas sejam lebih hampir dua jam maka selesai lah proses pembersihan kereta luar, dalam dan bahagian enjinnya. Selepas selesai membayar, lalu aku pun bawalah kereta tersebut meluncur di atas jalan raya. Sampai di kawasan rumah aku pun parking la. Pada esok paginya ce’ ye’ ye’..ce’ ye’ ye’ ye’… ce’ ye’.. ce’ ye’. Hmm.. Pasang dah! Pada mulanya ingatkan bateri, check tengok okay! Check Alternator..Lampu bateri tak nyala(bercahaya).. Ok!

So, tunda la jawab dia, guna lori..Nasib baik ada member nak tolong kalau tak terbang dalam RM200 kos tunda. Ikut kawan punya plan bawa lah kereta ke bengkel kawan dia..Maka tinggal lah beberapa hari. Ni dah macam MLM plak. Setelah beberapa hari pergi lah ke bengkel tersebut tanya, ingatkan dah settle rupa-rupanya tak tahu lagi rosak apa. Bengkel Melayu tak mahu la kecoh-kecoh, bukannya apa setidak-tidaknya telefon la bagitau. Ni tidak! Dia buat senyap kita je yang pergi.. Masa kita sampai tu jugak baru dia nak telefon member, nak check komputer lah. Katanya tak dapat dikesan. Emm patutla rupanya bengkel buat body kereta. Ahh! Kena dah aku.

Selepas itu dia kata nanti kawan dia mari tengok, mula-mula cuba tukar satu part(Distributor kalau tak silap), harga pun boleh tahan, pun tak jadi jugak.. Dia kata nanti kawan dia mai tengok, last! Last panggil pomen lain katanya “Komputer Box”. Emm! Kalau tak habis Seribu tak sah.. Maka kena tunggu order plak, sambung lagi dua tiga hari. Jadi fikir-fikir la sendiri bila nak basuh enjin kereta. Bila air masuk menerusi Distributor maka berlaku short circuit kemudian effect pada Computer Box so say bye bye pada RM1000 lebih. Tapi kalau dah rasa terror tu basuh je lah cuma berhati-hati. Serik tu tak ada la sangat cuma kalau nak buat lain kali better kita basuh sendiri dan tutup dulu distributor dengan plastic yang kalis air.

p/s: Pengajaran di sini ada dua. Pertama: Pastikan air tak masuk bahagian penting dalam enjin jika basuh enjin. Kedua: Pastikan kereta dihantar pada bengkel yang betul dan kepada mereka yang benar-benar dapat memberi komitmen

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 3.3/10 (7 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: +1 (from 1 vote)
Hati-hati Bila Basuh Enjin Kereta3.3107
Related Posts with Thumbnails

6 Comments »

  1. bang,kalo nak safety,tolong cabut kepala bateri tu dulu..

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    Comment by analyzer — August 22, 2010 @ 10:08 am

  2. @analyzer, satu maklumbalas yang ringkas. Terima Kasih

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    Comment by Mohd Khairudin — August 23, 2010 @ 7:06 am

  3. sebelum nak basuh enjin pasti kan distributor ditutup dengan plastik

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    Comment by asroy adnan — October 28, 2011 @ 3:29 pm

  4. @asroy adnan, maklumat yang berguna :-).Terima Kasih

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    Comment by Mohd Khairudin — October 29, 2011 @ 11:50 am

  5. distributor pe benda nya..kat mana letak nya..

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    Comment by mamie — May 24, 2013 @ 11:34 pm

  6. @mamie, Hujung Cable yang bersambung ke Palam Pencucuh akan ke Distributor :-)

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 3.0/5 (1 vote cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    Comment by Mohd Khairudin — June 1, 2013 @ 11:47 am

Leave a comment