Cabaran Sebagai Budak Praktikal

Selepas bangkit dari tidur, bergegas ke bilik air, solat … Dalam pada masa tu sekiranya terdengar tangisan anak yang kebasahan maka ter”delay” persiapan aku ke tempat kerja. Jika dikenang kembali masa aku praktikal pertama kali di Sek. Men. Teknik .. Aku pergi bersama kawanku dengan meminjam motor ayah. Pada ketika itu kami diberi kebenaran menghuni asrama yang sudah lama dan ramai pihak mendakwa kononnya asrama tersebut berhantu. Walaupun aku ni bukan jenis pemburu hantu tapi terpaksa memberanikan diri untuk mendiami asrama tersebut 😯 .

By hook or by crook aku kena lalui juga untuk complete kan “Latihan Mangajar” selama 3 purnama itu. Cabaran mencapai di tahap optimum tatkala hadirnya pensyarah penilai. Pada masa itu tak keruan dibuatnya akibat perasaan risau yang membuak-buak. Aku tidak akan lupa kenangan yang terpahat dalam diriku seperti dimarahi oleh guru disiplin(warden sekolah) kerana keluar merayap pada waktu malam. Selepas disergah kami memaklumkan yang kami adalah guru pelatih. Biasa la orang bujang keluar cari makan(pada masa tu kami pergi beli nasi lemak).

Selain itu kami meronda untuk memerhati pelajar membuat “prep”(istilah yang diguna untuk persediaan, study, buat kerja rumah…di sek tersebut). Pelbagai ragam pelajar kami temui..ada yang duk gunting rambut, ada yang tak pakai baju dll.). Jika pihak sekolah mengadakan sesuatu event pastinya kami perlu bersedia untuk itu seperti Kem Motivasi Pelajar. Kami memikul tanggungjawab mengiringi dan menjaga keselamatan para pelajar. Begitu lah sedikit sebanyak tentang pertama kali mengharungi cabaran sebagai budak praktikal.

Bersambung ke episod Budak Praktikal Kali Kedua…

  

1 Comment »

  1. […] ni adalah sambungan daripada Cabaran Sebagai Budak Praktikal. Semasa menjalani praktikal sememangnya kita tidak boleh lari daripada bertentang mata dan bersua […]

    Pingback by Mohd Khairudin Dot Com » Blog Archive » Budak Praktikal Kali Kedua — March 6, 2010 @ 1:57 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator