Budak Praktikal Kali Kedua

Posted on 6th March 2010 by Mohd Khairudin in Maklumat,Pendidikan,Renungan,Rujukan - Tags: , ,

Entri ni adalah sambungan daripada Cabaran Sebagai Budak Praktikal. Semasa menjalani praktikal sememangnya kita tidak boleh lari daripada bertentang mata dan bersua muka dengan staf-staf yang lain. Samada super senior, senior mahupun junior kita mesti menegur mereka..cuba buangkan sikap meninggi diri ❓  eh! ada ke ❗  Kena rendah diri lah. “Bukan kena bayar pun kalau angkat tangan”..Haa yang ni biasanya bila berdepan dengan “pak guard” dan “mak guard” ( Pegawai Keselamatan). Senyum mesti selalu walaupun tugasan berlonggok atau boring sebab tak tahu nak buat apa. Kali kedua aku menjalani Latihan Mengajar di salah sebuah Politeknik di Utara Semenanjung. Pada masa ni aku hanya menumpang rakan-rakan. Nasib baik kawan-kawan yang praktikal bersamaku satu kepala, boleh bekerjasama dan baik hati. Kami menyewa sebuah rumah yang bersebelahan dengan pekerja warga Indon. Bapa kawanku(bapa angkatku) memberi komitmen dalam mencari rumah sewa. Alhamdulillah tidak jauh daripada tempat di mana kami berlima menjalani Latihan Mengajar.

Maka bermula lah kerja sebagai pensyarah kononnya, sebelum ini sikit sikit diorang panggil “cikgu!” Tetapi keadaan telah berubah menjadi “Encik!”. Aku berasa senang menerima perubahan ini. Aku bertemu semula dengan senior sewaktu aku bergelar Fasilitator sewaktu di Kolej Universiti dahulu. Sewaktu kami manjayakan Kursus Asas Fasilitator, KMK, dll. Pensyarah senior di Politeknik menerima kami seadanya. Hanya segelintir daripada mereka yang mungkin masih janggal dengan kami. Biasa lah kat mana-mana pun akan wujud keadaan sebegini. Walau di mana pun kita pergi akan ada orang yang memandang kita samada positif atau sebaliknya. Apa yang penting kita fokuskan kepada Visi dan Misi kita..Ceh! Poyo! Huhu..

Pada masa ni, pensyarah yang datang observe bukan calang-calang orang, so setiap malam kami tidak lupa untuk update “buku praktikal yang dikhaskan kepada kami” (macam report la)..Ingat senang ke nak jadi cikgu? Sewaktu dalam kelas aku ni style ala ala “ambivert” skit. Malu-malu ada kira macam senyap dan kekadang aku boleh jadi aktif seperti sewaktu bersukan. Kebetulan sambutan hari politeknik diadakan maka semua staf termasuk geng praktikal termasuk aku telah menyertai Larian Hari Politeknik. Oleh sebab masa ni aku ada sahut satu cabaran yang aku sendiri create maka aku cuba test kemampuan aku. Aku ketinggalan beberapa second di belakang pelari pertama. Maka aku menerima hamper. Bestnyer masa tu. 

Pejam celik pejam celik maka genaplah 3 purnama aku di Politeknik tersebut. Maka berakhirlah praktikal ku kali kedua. Entri ini aku tujukan khas buat aku sendiri supaya aku tidak lupa diri dan dapat mengenang kembali segala susah senang yang aku lalui serta sesiapa sahaja yang bakal menjalani Praktikal. Susah atau senang kita perlu teruskan untuk bekalan di masa hadapan. Bersambung ke episod yang terakhir di mana sewaktu aku menulis entri ini aku sedang menjalaninya.

  

1,025 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator