Kali Ketiga Selaku Budak Praktikal

Posted on 12th March 2010 by Mohd Khairudin in Pendidikan,Renungan,Rujukan - Tags:

Aku kelam kabut setiap pagi, tidur rasa tak puas..bangun je rasa cam nak tidur lagi, terkadang tu ada juga terbabas sampai efect touch kad lebih 7.30 pg. Kadang-kadang anak-anak ku mahu mereka di “dukung” semasa berjalan keluar dari rumah(ini menambahkan lagi masa persediaan.. apa boleh buat). Ingat abah ni ahli bina badan ke. Selepas settle baru aku bertolak ke tempat aku praktikal. Bab tekan pedal minyak tu tak yah cerita bila dah terlewat kira ala Formula one..level tak pernah sampai pun boleh sampai.  Setiap pagi bila radio muzik memutarkan lagu 1 Malaysia tu emm kalau belum duk atas jalan tu kira lewat lah aku.

Apa yang best tempat ketiga aku praktikal, ni kira paling best la Hari Jumaat boleh balik pukul 11.30 pg. Susah nak dapat kilang international yang macam ni. Bila fikir-fikir balik rasa macam masuk sekolah balik. Masa dulu bunyi loceng pukul 7.40 pg masuk 🙂 .  

Bekerja di Privert sektor cukup berbeza jika dibandingkan dengan Government sektor. Apa-apa pun ni lah kali pertama aku merasa dapat elaun masa praktikal huhu. No wonder aku rasa lebih bersemangat bila nak buat kerja. Supervisor aku macam chipsmore kejap ada kejap tak ada kat tempat duduk dia sebab selalu keluar ke Production Area dan uruskan apa-apa issue atau projek yang diamanahkan untuk beliau. Biasa la Engineer..Di sini aku dapat menyelami..Tugas sebagai Operator, Engineer. 

Aku respect cara diorang bekerja semangat “TeamWork” yang ditunjukkan, yang mereka create dll.. Discussion dan communication yang straight to the point. No wonder Bonus diorang lebat. Walau apa pun semua ini aku tahu bukan senang. Ia memerlukan bukan hanya pointer dan segulung ijazah tetapi memerlukan kemahiran, pengalaman dan softskills yang bermutu serta mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi.  Kali Ketiga Selaku Budak Praktikal ni sememangnya banyak benda yang sepatutnya aku dapat, aku sedarinya dan ia tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata. Sesungguhnya masa 6 bulan menjalani praktikal akan bukan sahaja menambahkan lagi koleksi praktikal yang telah aku jalani, pengalaman yang aku lalui tetapi lebih dari itu.  Apa-apa pun dah nama praktikal jadi kena lah buat report huhu. Selain aku berpeluang test BI aku yang berterabur dengan mat salleh..mat salleh di sini boleh kira setiap hari lah aku memandang rupa besi boleh terbang nih>>>

     

kerja apa? Kerja kilang je..

Walau di mana kita berada hidup kita umpama roda, kadang kita di atas, kekadang kita di bawah. Usah berlagak pandai kerana kepandaian itu datangnya daripada ilmu. Saya masih ingat kata-kata perangsang daripada Pensyarah yang mendidik saya apabila kita berada di tempat orang, pergi belajar di tempat orang kita ni

” Dah Lah Bodoh Sombong Lagi”

Sama-sama renungkan untuk kebaikan bersama. Sekian sebuah Cerpen tentang Budak Praktikal. Apa yang baik datangnya daripada Allah, yang terkurang itu daripada kelemahan diri saya sendiri. 🙂 .

p/s: Entri ini merupakan sambungan daripada Cabaran Sebagai Budak Praktikal dan Budak Praktikal Kali Kedua . Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman yang mungkin boleh dijadikan sebagai ikhtibar, panduan, motivasi, tauladan, sempadan dll. untuk diri sendiri khususnya dan kengkawan serta pelawat yang sudi hadir walau seketika. 

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator