Duit Sampingan Tulis Blog

Hari ni aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Sebelum ni ramai juga orang kata menulis blog ni boleh buat duit. Ada orang tak percaya sebab tak tahu. Tak mahu belajar selok belok isi form. Ada yang tak reti benda-benda macam ni. Ada yang tak berminat menulis blog tapi bila nampak duit betul-betul dapat…aiks bertukar nak juga menulis blog. Tulis punya tulis selang beberapa minggu akhirnya kecewa sebab tak dapat duit langsung. Mula lah blog tu ghaib 🙂 . Aku pun tak tahu la akan riwayat blog aku ni. Hanya nasihat aku jika nak menulis blog, anggap blog tu macam diary atau note kita dan jangan mengharap dapat duit sebab bukan nya mudah kita nak dapat duit, sapa nak bagi duit percuma pada kita? Bunyi orang cerita pum pang! pum pang! macam mudah je tapi hakikatnya pahit.

Setakat yang aku tahu sepanjang research aku sendiri, tidak mustahil untuk dapat duit terutamanya apabila kita ada blog sendiri. Peluang untuk mendapat bayaran amat tipis jika kita menggunakan blog-blog percuma. Itu pun nasib kalau ada orang nak klik google adsense, bidvertiser, adbrite, dll(PPC program) atau ada orang klik dan beli barang di Nuffnang. Blog berbayar pula terpaksa bayar nama domain dan webhosting . Bagi yang bergaji setiap bulan tiada masalah tetapi bagi mereka yang baru nak mula bisnes internet sepenuh masa memang getir. Lain lah jika sudah memiliki produk yang “niche”. Eh aku cuma nak bercakap tentang blogging. Walau apa pun bagi yang baru nak mula tidak salah pun hanya nak menulis blog di blog-blog free tu cuma bak kata orang alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang menulis blog tak kan tak nak masyuk langsung. Senang cerita bertukar lah ke blog anda sendiri. Mana lah tahu hasil penulisan anda amat berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pada masa tu boleh la sambil menyelam minum air(letak ruang iklan untuk di sewa). Iklan untuk disewa pada blog saya ni emm memang tak laku lah, Alexa ranking pun teruk. Adoii I need more trafficcc!

Semua itu tidak penting. Yang penting Ilmu. Ilmu untuk menulis..Ilmu untuk mendidik menerusi penulisan. Lagipun bayar sewa blog setahun sekali. Duit sampingan tulis blog ni kalau dikumpul bukan mustahil untuk menampung kos sewa hosting. Cuma kadang-kadang membuang masa kerja menulis blog nih, tak tahu apa yang nak ditulis, adakah orang yang sudi membaca blog aku nih? Readers pun ada 4 jer tuh. Lantak pi lah. Aku memang suka buat benda yang lain sikit. Jika kita perhatikan betul-betul sekarang ini sudah banyak syarikat pengiklanan menerusi internet yang boleh kita cuba nasib kita untuk bekerja sebagai agen pengiklanan mereka. Cuma kita perlu tahu membezakan yang mana ok dan yang mana tak ok (legal atau tak, haram atau halal bagi Muslim).

Sebenarnya kekadang bukan susah sangat untuk membuat Duit Sampingan Tulis Blog ni. Hanya tahu sedikit Bahasa Inggeris dan buat blog dalam Bahasa Inggeris(boleh belajar dengan baca kamus je ni). Blog Bahasa Melayu tidak banyak peluang melainkan kita berjaya menarik ramai pelawat untuk membaca isi blog kita, baru lah laku macam Nuffnang tu 🙂 . Cuma apabila masa agak terhad, perasaan malas untuk membaca dan menyelidik membuatkan jadi susah. Walaubagaimanapun still ada hasil walau seposen. Internet bukan hanya tempat untuk kita cari maklumat, cari kenalan, chatting, yahoo messengger, skype, Facebook… Malah lebih daripada itu untuk di explore. Jika kita rasa tidak selamat kita boleh merujuk kepada badan-badan seperti Suruhanjaya Security, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Bank Negara atau PDRM terus. Bagi diriku aku lebih suka buat “try and error” dan ambil risiko selagi ia percuma dan selamat pada pemerhatian aku sendiri. Aku percaya di internet

walaupun jauh di mata, jauh di sisi namun ramai yang jujur dalam berurusniaga

Paypal

Backlinks

LinkAdage

Text Link Ads

Sponsoredreviews

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator