AirCond Kereta Rosak
Akhir-ahir ni kereta asyik buat hal saja. Bawa kereta on aircond full pun masih tak sejuk. Periksa punya periksa ingatkan gas aircond sudah habis, jadi pergi lah tambah gas aircond. Selang beberapa hari lepastu benda yang sama berulang lagi. Aku mulai pening memikirkan masalah ni. Nak tak nak aku bukannya pomen atau pemilik kedai services aircond. So pergi lah sekali lagi tapi kali ni letak kereta di kedai services aircond selepas berjaya kenal pasti punca masalah. Kali ni lain sebab pemilik kedai memang memberi komitmen yang memuaskan. Ya lah air cond je pun(tapi basah juga lah baju dibuatnya). Hantar pagi sabtu kemudian ambil petang ahad. Kawasan paip penghawa dingin yang bocor dipotong dan dikimpal. Semasa pergi ambil pada petang ahad nampak macam dah ok lagipun sudah satu hari berada di kedai penghawa dingin tersebut.
Selepas beberapa hari, pada hujung minggu perancangan untuk balik ke Ipoh telah dipersetujui oleh kami sekeluarga. Namun “ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari”. Penghawa dingin kereta hanya mengeluarkan angin dan tidak sejuk langsung. Memandangkan petang Jumaat bercadang untuk balik ke Ipoh maka kami pergi ke kedai tersebut sekali lagi untuk mengisi gas air cond.
Peringatan: Sila elakkan daripada menggunakan gas aircond jenis CFC-12 kerana ia tidak mesra OZON. Cuba tukar kepada HFC-134a
Setibanya di kedai terbabit dalam keadaan ribut dan hujan yang lebat, kedai pula tutup
, maka bertolak la ke Ipoh dalam keadaan kereta tanpa aircond. Hanya menggunakan angin daripada kipas sahaja tidak dapat memberikan keselesaan kepada kami sekeluarga terutamanya Asyraaf dan Khairil. Sesekali abah terpaksa membuka tingkap untuk me recycle angin dalam kereta dan mama pula terpaksa mengipas dua putera ku agar mereka boleh melelapkan mata sementara menunggu masa untuk tiba di Ipoh. Perjalanan mengambil masa dalam 4 Jam, Fuh! Panas woo..
Apa nak buat, balik baiki kat Ipoh juga lah, Ipoh Mali tara tipu punya! Yang aku herannya bila sampai je ke kedai services di Ipoh tak sampai 5 minit dia buka bonet dan amik lampu kemudian katanya paip tu lembap, bocor. So kena tukar yang baru. Terbang lagi RM125, tawar..tawar dapat kurang RM10. Tunggu dekat setengah jam Alhamdulillah sejuk. Begitu lah serba sedikit perkongsian cerita tentang hal ehwal semasa kereta yang kami duk naik. Mungkin perkara-perkara sebegini pernah berlaku kepada kengkawan atau bakal dihadapi oleh kita pada masa akan datang khususnya bila pakai kereta. Biasa la ada cabaran baru ada kemajuan hehe..


belum pernah kene tang air cond tuh..tapi kalau bab air cond kurang sejuk..biase sgtlah..lagi satu..bile bukak jer air cond..kadang2..kete terus je padam enjin..adeh..nak tak nak..kene jalan tutup aircond..oh..panasnye..huhu..
[Reply]
muhajirinbinyusuf Reply:
November 22nd, 2012 at 5:03 pm
saye specialist car air-con ,kalou injin mati bile bukak air con itu masaalah nya ialah timing minyak rendah
[Reply]
Comment by hafizmd — May 5, 2010 @ 4:08 pm
gas aircond kurang kot..Saya pun bukannya tahu sangat. Thanks for comment
[Reply]
Comment by mohdkhairudin — May 7, 2010 @ 2:34 am
HAIRUDIN CAR AIRCOND SERVICE
NO.34,JALAN4 TAMAN BERTAM JAYA CHENG,
76450 MELAKA…TEL:0122962270
Ini adalah alamat saya kalau saudara ingin ke bengkel saya…insyaallah saya akan bantu saudara….waranty juga saya akan berikan …wallahhuallam….askum
[Reply]
mohdkhairudin Reply:
June 2nd, 2010 at 11:06 am
@hairudin, wslm,Terima kasih. InsyaAllah jika ada masalah lagi selepas ni saya akan hubungi saudara. Buat masa sekarang ni dah ok. Alang-alang kita ada Mekanik Melayu ni..Bukan apa susah sikit nak dapat Mekanik Melayu yang berkaliber sekarang ni. Bagi mereka yang tinggal di Melaka khususnya, bolehlah berkunjung ke Bengkel Hairudin jika mengalami masalah yang memerlukan khidmat mekanik. Semua la kita jemput ke bengkel jika perlukan khidmat daripada beliau
.
[Reply]
rahim Reply:
July 30th, 2011 at 11:35 am
@mohdkhairudin,
Salam.Agak malang nasib.Walau bagaimanapun aircond dah ok oklah tu.Saya ada bengkel repair aircond tapi kat Sungai Petani Kedah.Insyaalah kami sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan berniaga sambil menolong orang kita daripada mengalami masalah yang sama macam encik.
Alamat bengkel saya
No 4 Rumah Kedai Taman Sutera Jaya,( Bersebelahan Maktab Perguruan Sungai Petani )
08000 Sungai Petani.
tel:0195400912 / 0174079431 Muhd. Ikhwan.
[Reply]
fendy Reply:
August 5th, 2011 at 9:57 am
sg petani ke? insyalah kami akn berkunjung ke sana
Comment by hairudin — May 31, 2010 @ 5:03 pm
Saya baru pakai kereta second Hyundai Matrix tahun 2007,baru 10 bulan pakai.Baru baru ini saya ke Muar hantar anak balik ke sekolah asrama melalui Highway KL – JB,Nak jadi cerita,agaknya setelah melewati exit Jasin,air cond kereta tetiba menjadi panas.Apa lagi terpaksa lah buka tingkap supaya suhu tak terasa panas sangat.
Pelik juga,kereta baru 3 tahun air cond dah tak sejuk,mungkin gas dah habis ke? Dalam hati tertanya tanya juga boleh ke gas akan habis jika sistem air cond berada dalam keadaan baik/tiada kebocoran.Nak juga tanya sesiapa yang ada pengalaman pakai kereta Matrix mengalami nasib yang sama.
[Reply]
mohdkhairudin Reply:
June 16th, 2010 at 3:09 pm
@zahrin, kena isi@tambah gas aircond untuk pastikan samada coil aircond bocor atau gas habis..jika selepas isi@tambah gas tu tak sejuk atau cepat panas dalam masa yang singkat..emm.. sistem aircond(kereta)tu perlu bawa ke mekanik aircond (seperti HAIRUDIN CAR AIRCOND SERVICE). Bagi mengelakkan daripada kerugian zahrin terus jumpa mana-mana mekanik aircond sebab kedai jual gas aircond tu biasanya kalau kita cakap tambah, diorg tambah je. Lagi bagus jika pergi jumpa mekanik yang pakar tentang aircond(bukan kedai untuk tambah gas aircond semata-mata). Walau apa pun sekadar berkongsi dan hanya pendapat saya saja..Jika ada sahabat-sahabat@pelawat yang pernah alami seperti saudara zahrin sila kongsikan di sini. Semoga perkongsian di sini dapat memberi manfaat bersama
[Reply]
Comment by zahrin — June 16, 2010 @ 7:57 am
Terima kasih info tersebut.Hairan juga,tak kan kereta baru 3 tahun boleh habis gas atau cooling coil bocor.Saya pun ada juga kereta Wira dibeli pada tahun 2002.,baru2 ini dalam bulan Mei 2010 saya sudah pun ganti compressor,cooling coil yang dah rosak.Memang patutle sebab dah lama sangat.
[Reply]
Comment by zahrin — June 16, 2010 @ 4:20 pm
Mengenai air cond Hyundai Matrix: Untuk mengetahui apa punca air cond kereta tersebut tidak sejuk pada mulanya saya cuba buka bonet hadapan dan dalam masa yang sama saya hidupkan engin dan air cond.Pelik saya perhati tidak ada air cond dicharge on dan off.Lagi satu kereta ini tidak mempunyai tabung dryer bertingkap untuk lihat kandungan gas masih ada atau tidak.
Saya syak bahawa mungkin wiring air cond rosak atau fius blow.
Keesokan hari saya terus ke woksyop(melayu) untuk buat diagnosis.Pada mulanya Foreman memeriksa tekanan gas dalam sistem dan mendapati gas masih banyak.Ini bermakna tiada kebocoran dalam sistem tersebut.Kedua foreman memeriksa fius air cond dan benarlah fius tersebut telah blow.Apabila diganti fius barulah air cond dapat dicharge tetapi fius blow lagi dalam masa tak sampai seminit.
Melalui pengalaman foreman beritahu bahawa yang menyebabkan fius blow adalah magneto coil yang terdapat sebelah air compressor bersama pulley yang rosak/terbakar.
Oleh kerana air compressor masih elok,setelah berbincang saya cuma ganti magneto coil dan ganti sekali tali air cond,tali alternator dan gas termasuk upah.Kos kesemuanya adalah RM350.Mahal ke ? atau berpatutan?
Cerita dan pengalaman ini saya nak berkongsi bersama kepada semua pemilik kereta supaya dapat mengetahui apa punca sebenar kereta rosak dan tanya pendapat rakan yang berpengalaman dahulu sebelum kereta nak dihantar ke woksyop supaya tidak mudah ditipu.
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
June 21st, 2010 at 1:20 pm
@zahrin, suatu perkongsian yang amat bermanfaat. Terima kasih kerana sudi berkongsi di sini. Harap ada lagi rakan-rakan yang sudi berkongsi untuk kita ketahui dengan lebih lanjut tentang tindakan-tindakan dan kos-kos yang sepatutnya berkaitan air cond ni.
[Reply]
Zahed Reply:
January 5th, 2011 at 12:07 pm
Kejadian yang sama berlaku pd kereta Hyundai Matrix (2007)sya petang semlm. Setelah dibawa ke bengkel, mekanik memeriksa fius aircond yg mmg dh confirm blow. Fius diganti ttp slps dihidupkan enjin, fius tu blow lagi.
Mekanik kemudiannya memeriksa magneto coil & mengesahkan ianya sudah terbakar. Selepas deal, kos ganti magneto coil+ gas+labour charge RM250/=.
Terima kasih atas panduan yang diberikan dalam blog ini yg membolehkan sya berkongsi pengalaman dlm menangani situasi seumpama ini.
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
January 5th, 2011 at 3:20 pm
@Zahed, terima kasih kerana sudi kemari. Ini lah antara matlamat blog
[Reply]
suid bin mustafa Reply:
September 29th, 2011 at 6:35 am
SALAM , ZAHED LAGI SATU KENA CHECK JUGA CABIN FILTER KALAU KOTOR SANGAT NANTI ANGIN YANG KELUAR TAK BERAPA KUAT …LOCATION CABIN FILTER TU LETAKNYA DI BELAKANG GLOVE BOX
[Reply]
Comment by zahrin — June 21, 2010 @ 8:49 am
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
September 2nd, 2010 at 6:16 am
@omurice, mmm..Info yang cukup berguna nih.Terima Kasih
[Reply]
Comment by omurice — September 1, 2010 @ 3:08 pm
Trima kasih atas komen2 dan petunjuk2 bernas, saya menggunakan kia serento 2nd dalam umur 7 tahun, selepas saja beli keta dalam masa 8 bulan pakai, air cond dah tak berfungsi, lepas periksa di kedai aircond, mereka gantti cooling coil dalam rm600, lepas ganti tak sampai sebulan datang balik ke kedai yang sama, mereka syorkan ganti compressor, skali lagi terbang rm650, tak sampai sebulan dah tak sejuk balik, kali ni mereka sarankan ganti apa nama benda bersirip dekat radiator tu, condenser kalau tak silap, saya belum buat kerana kos dah terlalu mahal, satu lagi kemuskilan saya, waktu menggunakan airkond, bau angin akond seolah2 seperti bau gas airkond, ada mana2 rakan yang boleh memberikan komen? trima kasih
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
November 27th, 2010 at 11:17 pm
@Jason Lakasa, Boleh tahan juga spare part aircond Kia Sorento ni ya?..pemilik/pekerja kedai aircond tu memang cukup kelayakan ke tak tu..ke saja memang kereta yang suka buat onar..ntahla ada ke sapa-sapa yang boleh berkongsi ni silakan..terutamanya mereka yang pakai Kia Sorento. Terima kasih Jason
[Reply]
Comment by Jason Lakasa — November 26, 2010 @ 12:43 am
aircond kereta ak pon dh x brpe sejuk..anto g kdai services aircond diorg kata services + gas je..total dlm 95 hinggit..pomen tu kata klu x de bocor..klu bocor emm x thu la nk ckp mcm mna..duit..duit..mcm ni la gaya org pkai kereta..rosak repair je la..kna la saving duit utk kereta..huhu
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
January 15th, 2011 at 10:58 pm
@ajuera, kereta dah lama tak service aircond, nanti boleh la compare harga bila service..duk kerap tambah gas je. Macam tu la gayanya,lagi besar kereta..besar la kosnya, kalau canggih..canggih la juga belanjanya
. Terima kasih kerana sudi berkongsi
[Reply]
suid bin mustafa Reply:
September 29th, 2011 at 6:40 am
SALAM , BIASANYA KALAU AIR COND SYSTEM TAK ADA KEBOCORAN X PERLU ISI GAS …KECUALI KALAU ADA KEBOCORAN KENA ISI DAN KENALPASTI DIMANA KEBOCORAN TERSEBUT BARU SELESAI MASSALAH DAN MENYELAMATKAN OZONE KITA DARI TERCEMAR OLEH KEBOCORAN TERSEBUT.
[Reply]
Comment by ajuera — January 15, 2011 @ 6:11 pm
nak tanya..area KL..kat mana kedai aircond yg bagus dan murah
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
March 5th, 2011 at 11:22 pm
@lie, terima kasih kerana berkongsi di blog ni. Kalau area KL saya tak pasti mungkin ada rakan-rakan lain yang sudi berkongsi maklumat. InsyaAllah saya cuba tanya kawan-kawan di KL. Kepada kawan-kawan dan pelawat yang tahu di mana tempatnya sila kongsi untuk manfaat bersama. terima kasih
[Reply]
suid bin mustafa Reply:
September 29th, 2011 at 6:32 am
SALAM, KALAU BERKESEMPATAN AREA BANGI BENGKEL SAYA DISEKSYEN 7 BERHAMPIRAN JPJ BANGI …
SUID AUTO & AIR COND SERVICE
28 JLN 7/7B SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI
BANGI SELANGOR
0389256970 /019 311 3837 /SUID
[Reply]
Hanip Reply:
July 8th, 2012 at 6:21 pm
sy dah pakai kereta wira 1.5 selama 8 thn tak pernah service aircond (1. sebab aircond sejuk selalu ) . cuma tambah gas 1x jer thn lepas …. sekarang air cond x boleh on lg kalau on engine mati…. pomen ckp compressor dah jammed… tapi still boleh jalan sebab pulley tak jammed…
soalan:-adakah saya perlu tkr compressor shj atau ada benda lain lagi kena tukar… estimated cost bpe? (takut kena tipu ) -bangi-
Uncle Raja Reply:
July 28th, 2012 at 5:53 pm
Sa@suid bin mustafa,
Uncle Raja Reply:
July 28th, 2012 at 6:02 pm
@lie, Kedai aircond suid kat sec 7, bangi..
Dah pernah hantar keta..memang ok & tak sembelih
Kalau kedai lain sekitar kl biasanya suka sembelih bila tiba bab aircond ngan allignment…kena berhati2…sy dah 30 tahun kat kl..
Ni first time jumpa kedai org melayu yg jujur dan panadai pasal aircond.
[Reply]
Comment by lie — March 4, 2011 @ 9:35 pm
SALAM BRO..
AIRCOND KERETA SAYA LAMBAT SEJUK PADA WAKTU SIANG/PANAS.. RASA SEJUK DIA PUN X MEMUASKN HATI WALAUPUN DAH BUKA MAKSIMUM.. TP BILA MALAM BRU BUKA 1 TAKUK JE SAYE PLAK X THN SEJUKNYE.. ADAKAH SEBAB GAS DAH HABIS..MCM MANE NAK TAHU GAS AIRCOND DAH HABIS???
-TOYOTA VIOS-
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
June 8th, 2011 at 6:42 pm
@K.A., Waalaikummussalam, pandangan saya mungkin sebab bahang panas/terik matahari menyebabkan perkara ni berlaku..lagipun suhu sebenar kita tidak tahu. Udara yang berada dalam kereta seolah ter”vakum” dalam kereta terutamanya apabila diletakkan di bawah terik matahari lebih-lebih lagi hanya sedikit sahaja tetingkap dibuka(jgn buka luas sgt pula) sebab itu akan melambatkan udara panas keluar serta keseimbangan terma. Waktu malam standard kita akan rasa sejuk sebab bahang matahari terlindung..Itu dari segi logik. Kalau gas dah habis hanya angin sahaja yang akan keluar biasanya tak kan berlaku tak tahan sejuk tu. Cara mudah untuk kita kenal samada aircond masih elok atau tak ialah, sewaktu siang hari buka maksimum dan letak tapak tangan pada salur keluar aircond dalam 4,5 saat pada dashboard tu..kalau boleh rasa sejuk sampai ke tapak tangan tu kira ok lagi la tu..Kalau tak sejuk boleh la pergi check gas aircond kemudian tambah gas(jika perlu)..Lepas tu kalau dalam masa seminggu atau tak sampai seminggu tak sejuk balik maknanya aircond kereta perlu diservice..Service aircond kereta perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali(servis bukan hanya tambah gas, minyak compressor, tukar filter tapi lebih daripada tu..berjam juga la…perlukan masa sebab kena buka dashboard)..sumber daripada mereka yang bikin/servis aircond.. harap dapat membantu
[Reply]
suid bin mustafa Reply:
September 29th, 2011 at 6:49 am
SALAM , CUACA SEKARANG MMG PANAS TERUTAMA KALAU LETAK KERETA DALAM KAWASAN TERBUKA ..CUBA AMALKAN BUKA SEDIKIT TINGKAP KERETA SEMASA PARK UTK MEBOLEHKAN PENGEDARAN UDARA BERLAKU ..
BYK FAKTOR MENYEBABKAN AIR COND KURANG SEJUK
TEKANAN GAS KURANG , FAN MOTOR KURANG LAJU PUSINGANNYA , COMPRESSOR KURANG PRESSSURE , CABIN FILTER KOTOR DAN AIR COND LAMA TAK DISELENGARA
[Reply]
Comment by K.A. — June 8, 2011 @ 10:17 am
aircond kereta saya tidak sejuk lagi walaupun kipas berfungsi.setelah dperiksa kat kedai aircond,mekanik britau yang compressor sdh rosak perlu dtukar baru.kos rm75o jenama patco1500cc.adakah bebaloi?sebelum ini pun ada masalah yang sama saya tukar termostat rm100 ok,adakah masalah juga menyebabkan masalah ini,saya tak mau kena tipu.untuk kes ini ada bunyi yang tak mengkekek apabila enjin kereta dihidupkan dan bertambah nyaring ababila aircond d on,apa pula masalahnya.minta penjelasan pihak saudara.kereta saya proton saga 1.3 aerobak 1997.dari srwak.tq
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
June 28th, 2011 at 10:29 pm
@silai seran, sebenarnya saya hanya berkongsi pengalaman tentang aircond rosak pada kereta yang saya pakai..saya bukan mekanik..maybe ada sapa2 yang boleh jawab..bunyi mengkek macam mana ntah tu?? Apa yang saya tau soal bunyi tu memang berbeza bila aircond dibuka dan ditutup, juga berbeza antara kereta baru dengan kereta yang dah lama..macam kereta kia yg saya pakai lebih lima tahun bunyi dia memang makin bising..walau apa pun kalau ada maklumat nanti saya sampaikan kepada awak, terima kasih kerana sudi berkongsi di blog ini. Satu lagi jika risau takut ditipu sila survey ke kedai-kedai/bengkel aircond yang lain sama.
[Reply]
Comment by silai seran — June 28, 2011 @ 2:15 pm
bunyi mengkek abila enjin dihidupkan
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
July 30th, 2011 at 4:58 pm
@silai seran, biasanya orang kata bunyi tali kipas
[Reply]
Comment by silai seran — June 28, 2011 @ 2:18 pm
salam..tuan2. mohon bantuan @ pandangan. aircond kereta GEN-2 sy pun problem. petang tadi saya baru balik dari kg..tengahari panas terik..selepas 1 jam perjalanan..tup2 kesejukan + blower angin= aircond kereta semakin lama semakin perlahan teru sx sejuk…sampai 1 masa saya park tepi jalan & off enjin. yg peliknya..selepas tu sy start enjin semula..kesejukan + blower angin= aircond keter tu ada semula..adakah ini tanda2 sistem aircond nk kong…?
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
September 8th, 2011 at 9:24 pm
wslm, rasanya lebih elok segera rujuk dengan worksyop(aircond)..compressor problem ke atau gas kurang ke atau ada sebarang kebocoran halus ke. terima kasih kerana berkongsi di sini
[Reply]
suid bin mustafa Reply:
September 29th, 2011 at 6:55 am
SALAM .. KLU DARI PENGALAMAN SAYA MUNGKIN SENSOR PADA COOLING COIL TU ROSAK ATAU CABIN FILTER TU KOTOR SANGAT ..BIASANYA KALAU BERLAKU MCM TU OFFKAN AIR COND DALAM 5 MINUTE DAN ONKAN SEMULA .
KENA REFER BENGKEL AIR COND TYE APA PENDAPAT MEREKA.
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
October 4th, 2011 at 11:52 pm
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk berkongsi informasi yang amat berguna di blog ni. Harap kita dapat merungkai segala masalah yang mungkin berkaitan aircond yang kita dialogkan di sini untuk kemudahan bersama
[Reply]
Comment by azman — September 2, 2011 @ 5:02 pm
assalamualaikum..saya pemilik kereta lama toyota corona TT140 mengalami masalah aircond kereta.hampir 4 kali saya isi gas selang tak sampai 2 bulan isi lagi..yang paling teruk selang 2 minggu baru-baru ni hantar ke kedai aircond comperessor dikatakanya rosak terpaksa ganti dg yg baru tak sampai sebulan sejuk hilang lagi hanya angin sahaja..bosan dg masalah yang sama beribu duit habis saya biarkan sahaja sampai sekarang..kalau jalan 2 memang panaslah yang kesianya anak meleleh peluh tak sampai hati nak tengok..kepada yang pakar aircond mohon pertolongan anda..
[Reply]
Comment by awang — October 3, 2011 @ 10:09 pm
berapa sebenarnya harga untuk pengisian gas air cord kereta jenis mpv.
[Reply]
Comment by azam — November 28, 2011 @ 5:39 pm
azman,sistem aircond kereta kamu ada masalah tu,kemungkinan besar ada bocor.
kena ke bangkel cek lg la,tapi pasti kan mekanik tu jumpa part mana yang bocor,baru ganti.
[Reply]
Comment by roger — December 10, 2011 @ 1:33 pm
assalamualaikum,
VIOS saya model terbaru mengalami masalah kurang sejuk bila RPM tinggi iaitu melebihi 1000. Apabila kereta statik atau berhenti air cond OK. Saya dah tukar expansion valve, drier dan filter. Masalah tetap sama. Apabila keta ststik saya ram enjin 2000 RPM compressor akan cut out. Kena tunggu lama baru compressor kemabli cut in. Ada yg mencadangkan saya tukar compressor….tapi saya bercadang nak tukar dulu cluthplate and magnetic coil. Apa pendapat saudara?
[Reply]
Comment by Atarmezy — February 1, 2012 @ 4:17 pm
Assalamualaikum,
sy guna wira SE taun 2006. masalahnya aircond akan jadi xsejuk bila berhenti lama kat traffic light atau dalam jem. kalau kereta bergerak aircond xder masalah tp bila dah stop lama kat traffic light atau tiada pergerakan aircond tiba2 akan jadi panas. perlu on off aircond & drive kereta supaya bergerak. mcm ada kaitan ngn rpm lak.
apa komen saudara
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
March 17th, 2012 at 9:32 am
@Yusrie bangi, wslm, mana2 kereta pun rasanya aircond akan menurun tahap sejuk dia bila berhenti, cuba bandingkan bila guna angin dalam dan angin luar..try check gas aircond dan bila last service aircond. terima kasih kerana sudi berkongsi
[Reply]
Hamdan63 Reply:
August 4th, 2012 at 12:05 pm
Sebenarnya sistem aircond ni, kalau berhenti dia panas dan jalan dia sejuk sebab, engine radiator dan aircon radiator dia duduk sekali berlapis….kalau fan radiator aircond rosak dia cuma harapkan fan radiator engine nak bagi di sejuk…mana cukup…..sebab tu bila dia jalan sejuk…cuba tengok engine temp masa dia stop dan masa dia jalan laju….ada beza….serena saya dah kena macam tu…sekali, la ni buat hal lagi….rasa macan nak kena tukar sendiri…je..tau la sikit sikit…
[Reply]
Comment by Yusrie bangi — March 16, 2012 @ 5:53 pm
sekadar nak berkongsi
bila berhenti aircond tak sejuk cuba cek kipas pada condensor berpusing ke tak .tugas kipas pada condensor ni untuk menyejukkan angin panas . masa jalan angin dari luar akan menyejukkan condensor.. kipas condensor tak pusing pun akan menyebabkan ekon panas
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
March 24th, 2012 at 3:02 pm
@chehussin, maklumat seperti ini yang kita mahukan, terima kasih
[Reply]
Comment by chehussin — March 23, 2012 @ 4:16 pm
Kalau area rawang atau selayang atau berhampiranya, kedai aircon mana yang boleh dipercayai untuk di service?
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
April 23rd, 2012 at 9:34 pm
@Ahmad, nampaknya belum ada warga Rawang atau Selayang atau berhampirannya untuk reply ni..Halo! Selayang! Halooo Rawang! Tolong le sedara kita ni..thanks for came here
[Reply]
Comment by Ahmad — April 21, 2012 @ 1:05 pm
As-salam
saya menggunaka MB model c200 year 2001
permulaan perjalanan air cond sejuk
setelah lebih kurang 3jam perjalanan air mula buat ragam ,angin depan dah mula kurang angin dan tidak sejuk.
kedudukan angin pada pada panel aircond ditamabah daripada 3 ke no 4,5,6 speed baru sejuk
apa cadangan tuan tentang masalah saya
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
May 16th, 2012 at 11:27 pm
@raudz, Wslm, emm MB tu, saya bukannya biasa sangat, jika encik nak tahu lebih lanjut better bawa ke bengkel aircond. Walaubagaimanapun secara peribadi rasanya problem pada compressor. Ada tak siapa2 yang biasa dengan problem aircond pada kereta MB yang dimaksudkan?
[Reply]
muhajirinbinyusuf Reply:
November 22nd, 2012 at 5:16 pm
@raudz, cooling coil kena cuci,,bila cooling coil koto maka angin dari pada blower tak keluar kuat,,,madlan specialist car air cond service,,area datok keramat hp,01126209759
[Reply]
Comment by raudz — May 14, 2012 @ 11:30 am
sy dah pakai kereta wira 1.5 selama 8 thn tak pernah service aircond ( sebab aircond sejuk selalu ) . cuma tambah gas 1x jer thn lepas …. sekarang air cond x boleh on lg kalau on engine mati…. pomen ckp compressor dah jammed… tapi still boleh jalan sebab pulley tak jammed…
soalan:-adakah saya perlu tkr compressor shj atau ada benda lain lagi kena tukar… estimated cost bpe? (takut kena tipu ) -bangi-
[Reply]
muhajirinbinyusuf Reply:
November 22nd, 2012 at 5:22 pm
@Hanip, saye specialis car air cond di madlan specialist car aircon service ,,area keramat dekat lrt damai,,,011-26209759
,bila commpressor jemmed dan kat dalam gas dah nampak koto,,tu bermakna ,compressor kena tukar dan air-cond sistym kena cuci in side pipe air cond tq
[Reply]
muhajirinbinyusuf Reply:
November 22nd, 2012 at 5:24 pm
@Hanip, hubungi saye specialist car air-service 01126209759
[Reply]
Comment by Hanip — July 8, 2012 @ 5:49 pm
Nak tanya kalau magnet pully aircond rosak berapa harga
[Reply]
Mohd Khairudin Reply:
August 27th, 2012 at 10:31 pm
@saadon,ntahle diorang ni tak tahu kot, ada tak sapa2 yang tahu?
[Reply]
muhajirinbinyusuf Reply:
November 22nd, 2012 at 5:12 pm
@saadon, rm 150semua jenis kereta, siap pasang tambah gas,,,0112620959 area datok keramat
[Reply]
Comment by saadon — August 16, 2012 @ 10:43 am
Assalam bro2.
Kereta saya ada masalah dengan air-con tak sejuk, 3 hari lepas top-up gas. Lepas 3 hari dah panas balik. Adoi macam ada leak. Mana workshop yang ok dan tak sembelih. Kereta matrix dah 5 thn pakai baru problem dengan air-con ni.
[Reply]
Comment by Amry — December 4, 2012 @ 12:41 pm