Windows7 dan Kaspersky 2009

Posted on 31st March 2010 by Mohd Khairudin in Kongsi Produk,Renungan - Tags: , , , ,

Dua tiga hari ni berkali-kali mencuba untuk update database Kaspersky Anti-Virus 2009(KAV2009) dengan Windows7 tapi “obsolete” “corupt”. Saja cuba-cuba rupanya memang tak masyuk dua ni…tak ngam! Terpaksa lah upgrade kepada Kaspersky Anti-Virus 2010KAV2010). Ahh! Alang-alang tukar kepada Kaspersky Internet Security 2010(KIS2010) terus je lah sebab selalu sangat online di internet. Sebenarnya apa sangat perbezaan kedua-dua anti-virus ni? Ntahla mungkin KIS memang exclusive untuk penggunaan internet yang lebih advance yang mana memerlukan tahap keselamatan yang tinggi. Manakala KAV lebih kepada menentang virus. Kalau nak tahu lebih lanjut jom kita sama-sama rujuk Kaspersky Lab.

Ingin juga ku kongsi kan di sini bahawa “puas hati” rasa.. bila lihat paparan Windows7 ni dengan design dan configurasi pergerakan ala-ala flash, CSS dan java sistem yang canggih. Jelas Windows7 adalah hasil kajian yang dibangunkan selepas Windows Vista(sebenarnya aku pun tak pernah pakai si Vista nih! Kua! Kua! Kua! 😆 ). Walaupun begitu pernah ku lihat kawan-kawan ku yang menggunakan Vista. Best juga bila klik zuup keluar, klik! Klik! Zuup! Zup! keluar dan begitu juga bila ia ditutup. Mereka yang biasa guna Windows-Windows ni lebih daripada faham lah ya apa yang dimaksudkan. Emm..Teknologi sekarang ni makin canggih, tak terjor yeop! Kalau kita tak follow.

Persoalannya sekarang adakah Microsoft boleh mengekalkan harga yang tinggi terhadap produk-produk seperti window2-windows ni? Saja je ni nak kita sama-sama fikir sebab Ubuntu pun dah semakin advance betul tak? Ubuntu percuma 🙂 . Sebut kata percuma ni laju je warga kita..Ha ni mat salleh yang cakap. Bukannya apa, warga kita ni kalau bab save budget boleh dibanggakan, Tip Top kata orang..aku pun sama.

Umum je minyak naik pukul berapa, sejam sebelum tu confirm tersumbat stesen minyak, bukannya apa sejarah hidup sampai je giliran aku dah habis minyak. Tapi tak tahu lah kot-kot pemilik stesen saja kelentong huhu..Harap-harap perisian yang original tak ada lah mahal sangat lepas ni agar kita semua tak terkapai-kapai format komputer berkali-kali. Apa-apa pun sekarang ni beratus juta Virus, so pastikan kita sama-sama menggunakan anti-virus yang dapat mematahkan serangan musuh-musuh kita samada secara online mahupun offline.

 

  

10,630 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator