Perisian Advance System Care

Selepas menggunakan Windows7 pada laptop ni aku dapati ia menjadi “slow” sangat, so aku cuba Advance System Care. Kira nak naikkan taraf mutu laptop le ni..biar laptop Acer Aspire 5540 pun 🙂 . Berbekalkan RAM yang telah diupgrade maka ku cuba juga system ni. Jika sebelum ni ku telah mencuba RegistryEasy tapi untuk Windows7 ni mungkin aku boleh teruskan dengan ASCpro .


Selepas mencuba kira ok la dan memang sesuai untuk mereka yang busy dan selalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk memantapkan dan membuat services pada komputer/laptop. Ingat kereta, motor saja ke kena services..Sama la benda-benda guna sistem elektrik dan elektronik ni lagi nak dijaga. Jangkahayat dia pun jadi pendek jika tidak dijaga dengan baik seperti memasang(ON) 24 jam tanpa sistem penyejukan yang sesuai dsb. Berbalik kepada ASC ni memang sesuai la untuk Windows7. Ya la sebab aku pakai hehe. Apa-apa pun belum cuba belum tahu, jika nak try sistem turbo dia cuba dulu Advance Sistem Care Free dengan download di sini .

Walaubagaimanapun lain orang lain citarasanya. Melayu tak semestinya kawin dengan Melayu betul tak? Ia bergantung kepada penilaian sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman. Mungkin anda pandai membahagikan masa untuk menjaga sistem komputer anda. Apa-apa pun ni sedikit “description” tentang Advance System Care Professional;

Top System Utility for Your Superior PC Health Advanced SystemCare Professional provides an always-on and automated, all-in-one PC care service with anti-spyware, privacy protection, performance tune-ups, and system cleaning functions. Advanced SystemCare Professional, award-winning flagship product of IObit, is recommended most often by IT experts and editors around the world.

Canggih sungguh perisian-perisian masa kini, mesti hebat programmer yang membuat programming untuk sistem-sistem seumpama ini. Tapi semua tu bukan mustahil jika kita berazam untuk lakukan. Tak kira lah apa-apa pun sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan bersama. Apalagi cuba sekarang Advance System Care Professional V3.5 bagi mempermudahkan kerja-kerja anda dalam manjaga LapTop /PC kesayangan anda.

*Perhatian ini hanya sekadar pandangan

Dikesempatan ini marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara kita Din Beramboi yang telah kembali ke Rahmatullah..Sememangnya pemergian beliau amat dirasai.Al-Fatihah

  

9,190 Comments »

  1. salam,
    info yg menarik… :mrgreen:

    dah add link di http://myjazmanie.com/bloggers-links/

    Comment by etomyam — April 6, 2010 @ 11:53 am

  2. Ai See Man.. laju betul. Terima Kasih kerana sudi add walaupun blog saya ni pr tak dak 😆

    Comment by mohdkhairudin — April 6, 2010 @ 12:04 pm

  3. lau sy gne ASC pro ni,sistem lain mksd sy prisian lain xkn terjejas ke

    Comment by ayu,.. — April 13, 2010 @ 2:25 pm

  4. @ayu,.., saya tidak tahu perisian apa yang awak guna..tapi as long as saya pakai ni belum ada yang terjejas :-), cuba dulu yang demo..kalau tak sesuai uninstall je la..cadangan je 🙂

    Comment by mohdkhairudin — April 13, 2010 @ 8:17 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator