“Best!” Main Layang-layang

Posted on 13th April 2010 by Mohd Khairudin in Keluarga,Percutian - Tags: , ,

Entri kali ni jika dibaca dalam keadaan tergesa mungkin tak faham. Bagi mereka yang bergelar ibu dan ayah semoga kita dapat sama-sama memahami, menghargai dan menghayati erti kasih sayang kita sekeluarga.

Petang Ahad lepas kami sekeluarga bersiap untuk pergi jalan-jalan, kata mama juga sambil beli ikan dan sayur di Pasar Tani/malam tepi pantai, Kuala Perlis. Cuaca agak panas aku dibekalkan dengan topi yang telah dibeli olehku sendiri dari Wang Kelian. Apa yang membuatkan aku cukup tertarik dengan topi yang aku pakai ni kerana ia mampu melindungi, menutupi semua bahagian kepala dan telinga daripada panas serta ia boleh diterbalikkan. Ia juga mempunyai dua lubang kecil di sebelah kiri dan kanan. Warna dan rekabentuknya juga boleh tahan. Dalam keadaan biasa jika dikenakan dengan seluar pendek bawah lutut nampak seperti ala “tourist”..Tapi sebab aku yang pakai maybe lebih kepada petani :mrgreen: .

Kami bertolak sebaik sahaja selesai Solat Asar. Semasa dalam perjalanan sebelum singgah mengisi minyak kereta tiba-tiba mama kata “rasa lapar lah”. Kebetulan ada orang menjual popia basah dan popia goreng. Terdetik difikiranku mungkin mereka ni lah antara Jutawan Senyap yang diceritakan oleh Dato’ Dr Rusly B Abdullah(Chef Li). Sesungguhnya 90% hasil keuntungan(kekayaan) menerusi perniagaan. Kami singgah membeli popia selepas mengisi minyak kereta. Perjalanan mengambil masa +/-30 minit ke destinasi dengan menyusur Highway Kuala Perlis-Chanlun(kononnya)..kemudian menyusur tepi pantai(berselut sebab air laut surut).

Semasa tiba di pasar tersebut kelihatan para peniaga baru saja buka gerai. Orang pun tidak seramai waktu kami datang sebelum ni. Orang jual ikan dan sayur pun tak kelihatan lagi. Mungkin malam baru buka…atau dah tak beroperasi. Whatever lah, kami beli satay sebab Asyraaf dan Khairil suka sangat..sampai comot baju abah ni. Kami cari “port” di atas batu di tepi pantai. Sebaik saja duduk tiba-tiba ada sorang pak cik ni cuba menaikkan satu lagi layang-layang(sebelum ni sudah ada satu wau bentuk pari). Memang dah agak dah mesti mama yang excited..suruh pergi tanya ada jual ke tak? Padahal si Asyraaf je yang selalu mintak abah buat layang-layang. Aku buat lah layang-layang dengan sehelai kertas dan bertalikan benang jahit pakaian yang aku belajar masa kecik-kecik dulu 🙂 . Bagi memenuhi hasrat hati anak sulungku..Kemudian berlari lah Asyraaf dengan memegang benang yang diikat pada sehelai kertas. Kata mama..”sedihnya..nanti abah beli “ayang”. Mama! Ayang tu..Asyraaf tunjuk pada kertas yang diikat dengan benang sambil senyum dan ketawa apabila layang-layangnya naik.

Aku tersentuh bila teringat Asyraaf main layang-layang dalam rumah. Semua ni gara-gara dia ikut pengasuhnya balik kampung. Aku berjalan ke tempat pak cik yang sedang melihat layang-layang pari dan jerungnya. “Layang-layang ni jual ke?”. “Jual juga tapi yang ni RM300”, semua sama. Huhu! Ini makan elaun aku sebulan ni. “Yang biasa biasa tak ada ke? Budak-budak nak main”. “Ada tapi hari ni tak bawa. So kami tengok je laa. Selepas bersembang dengan beliau patutla layang-layang dia “advance”, rupa-rupanya beliau biasa join Festival Layang-Layang…Thailand, Singapore dll.

Kami masih tak puas hati, tak kan dalam banyak -banyak kedai di pasar ni tak ada orang jual layang-layang yang biasa punya. Kami berjalan kemudian mama jumpa sorang mak cik yang jual barang mainan. Mak cik tu offer layang-layang rupa ala helang dengan harga RM15. Maka tercapai lah hasrat si sulung ni main ayang! :mrgreen:

Bila mama tanya best tak main layang-layang? Jawabnya “Best!” . Kami berangkat pulang setelah mentari hampir terbenam. Pada masa tu kami lihat banyak “Burung Berpasangan” duduk berdua-duaan atas batu di tepi pantai.

  

17 Comments »

  1. lama tak main permainan seperti ini… masa kecik2 dlu pernah la.. 😆

    Comment by zik — May 2, 2010 @ 3:04 am

  2. kalau tak sebab anak yang nak main masa angin timur pun segan den 🙂 .

    Comment by mohdkhairudin — May 7, 2010 @ 2:39 am

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator