Masa Kian Cepat Berlalu

Posted on 28th May 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Sedar atau tidak tempoh Latihan Industri telah pun berakhir.  Report perlu disiapkan walaupun dihimpit oleh perjalanan masa yang mustahil untuk dihentikan.  Hanya berbekalkan sedikit rujukan, pengalaman dan perancangan yang tidak seberapa menjadi teman bagi meneruskan kudrat untuk menyiapkan laporan.  Tekanan kian memuncak apabila si ibu pergi berkursus. Si anak-anak tidak mahu berenggang bak kenggaru dibuatnya hehe..  Begitulah cabaran yang bakal menjadi suatu kemanisan dalam hidup. 

Selang lima hari maka si ibu tamat berkursus dan tiba masa untuk menghantar ibu dan adik pula ke kampung.  Besar harapan untuk aku membuat report.. dengan kehadiran mereka. Namun begitulah hakikatnya apabila cucu atau anak sedara yang sentiasa tinggal berjauhan.  Lima hari berlalu tanpa ada peluang untuk membuka laptop.  Masa semakin cepat berlalu, kini tiba di kampung dengan beg yang terkandung laptop, pen drive dan semua dokumen yang berkaitan.  Juga tidak terusik malah pelbagai aktiviti yang tidak termasuk dalam jadual perancangan. 

Biasalah sebab dah lama tak balik kampung.  Lima hari rasa sekejap saja. Walau apa pun aku rasa puas kerana sudah lama tidak pergi ke pantai dan melihat laut yang bersih dengan alunan ombaknya mampu membawa tekanan yang ada bersamanya. Selain itu menikmati antara makanan kegemaran. Makanan ini telah dikomersilkan oleh mak su aku(saja melawak).  Orang-orang kampung memang gemar makan kuih dari mak su ni.  Jika bercerita tentang kuih atau makanan aku juga cuba mencari “Tapai Ubi Kayu Goreng” tapi hampa kerana tidak ada orang yang menjualnya.

Yang ada hanya Pisang dan Ubi Goreng.  Semua ni gara-gara haiwan penyodok yang telah meranapkan semua kebun ubi kayu ayahku. Jika tidak, tiada menjadi masalah untuk aku makan tapai ubi kayu yang memang famous(melawak lagi) di kampung aku.  ”Lompat Tikam”. Itulah nama panggilan yang aku kenal sejak dulu, kini dan mungkin selamanya..mungkin ada nama lain. Sememangnya Masa Kian Cepat Berlalu, selepas balik dari kampung barulah ada masa untuk buat report.

   

p/s: Sama-sama kita elak kerja bertangguh :mrgreen:

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Makanan,Percutian,Renungan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment