Fikir Positif

Posted on 11th June 2010 by Mohd Khairudin in Renungan - Tags:

Test Power

Secara kebetulan pada 26 haribulan ni pergi KL, buka internet tengok ada event apa di KL ? Pada 27 haribulan ada Standard Chartered KL-Marathon. Daftar last semalam, so alang-alang nak pergi KL terasa nak lari pulak sebab dah lama tinggal bidang olahraga ni..Marathon..Merentas Desa mmm..Lebih kurang la tu. Ada lagi dalam 15 hari untuk berlatih..bukannya apa risau stamina tak cukup.  Kalau ikut kan nak je masuk yang Full Marathon tapi memandangkan terlampau jauh(42 km) fuh! Takut berasap kaki karang.  So aku amik yang Half-Marathon sudah la, saja nak test power kata orang.  Mana tau berkat usaha berlatih boleh bersaing dengan atlit-atlit dari Kenya tu..ahaks.

Apa-apa pun yang dibuat janji boleh memberi manfaat.  Leceh sikit tentang KL-Marathon ni tengok schedule dia start dalam 6.15pagi, waktu Subuh dalam 5.47pagi.. Sama-sama la fikir. InsyaAllah sempat lepas solat terus pergi kat Dataran Merdeka.  Yang penting mintak jauh dari lagha. Enjoy lari dan semasa kita lari boleh lah kita cuba selami mereka yang sedang menjadi pelarian seperti di Palestin. Bersyukur di atas nikmat daripada Nya kerana dapat minum dan makan serta bergembira di sini. Sebenarnya sewaktu kita dahaga akibat berlari dapat mendidik diri agar mensyukuri nikmat apabila kita dapat minum untuk menghilangkan dahaga.

Hidup di dunia ini cuma sementara. Walaubagaimanapun terpulang kepada pendapat masing-masing. Yang penting kita sentiasa berfikiran positif.  Dalam pembabitan kita dengan dunia moden, sains dan teknologi masa kini… kita seharusnya sedar dan mampu untuk mempertahankan diri daripada pelbagai bentuk ancaman. Musuh boleh berada di mana-mana. Kaedah peperangan sekarang tidak hanya bersenjatakan senapang, pedang, bom, meriam dll. Tetapi mediamassa, mediacetak, peristiwa-peristiwa yang sengaja diada-adakan merupakan antara teknik penaklukan dunia masa kini. Ehh! Patriotik lak..Apa-apa pun sama-sama kita renungkan dan kita tidak hanya memandang satu sudut dalam membuat sesuatu keputusan. Kita fikir dan fikir secara positif demi agama, bangsa dan negara.

p/s: cuti sem. biasa la cari aktiviti yang mana tahu boleh mendatangkan bukan sekadar pengalaman

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator