Berjaga-jaga Dengan Nama “Mohd Khairuddin”

Posted on 30th July 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Dalam beberapa hari yang lepas terdapat satu video yang dirakam dan kemudiannya dimuat naik ke YouTube oleh seorang ibu yang rindu akan anaknya.  Saya telah menonton video tersebut sebaik sahaja dihantar oleh seseorang.  Saya cukup terkejut setelah menyedari akan kandungan video itu.  Ia mengaitkan tentang seorang yang bernama Mohd Khairuddin.  Mungkin ia bukan urusan saya untuk campur tangan tetapi seseorang yang dileteri oleh emaknya dalam video terbabit memiliki nama yang hampir sama dengan saya.

Nama Mohd Khairuddin telah muncul pada “banner iklan” di internet.  Ia dimulai dengan video YouTube yang mana memaparkan emaknya sedang berleter dan mendedahkan banyak benda lucu serta cerita-cerita yang memalukan beliau.  Walaubagaimanapun ramai orang suka bertanya…Ramai yang suka membuat andaian dan ulasan yang tidak beralas.  Kadang-kadang ia bertukar menjadi keterlaluan sehingga jenuh untuk dijelaskan terutamanya bagi soalan-soalan yang tidak diundang dan membosankan seperti…Adakah ini mak awak?

Saya BUKAN Mohd Khairuddin yang dimaksudkan dalam video ini.  Nama saya Mohd Khairudin dengan 1 ‘d’ dan BUKANNYA 2 ‘d’.  Perempuan dalam video ini pun saya tak pernah jumpa..of course BUKAN Mak saya.  Saya tidak buat benda memalukan seperti “BANGAU” yang diceritakan dalam video ini.  Saya tidak tahu apa-apa tentang semua ini atau iklan video tentang apa sebenarnya.  Mereka TIDAK ADA KAITAN APA-APA PUN dengan saya.  Jadi…TOLONG BERHENTI bertanya saya tentang perkara MENGARUT ni..PLEASE STOP ASKING ME ABOUT ALL THIS NONSENSE..www.youtube.com/mohdkhairuddinsmum

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: +1 (from 1 vote)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

Juara Piala Dunia 2010

Posted on 12th July 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Awal pagi tadi terjawab sudah persoalan tentang pasukan bolasepak negara manakah yang akan menjulang Piala Dunia 2010. Pertembungan di antara Belanda dan Sepanyol yang memakan masa lebih kurang 121 minit memang sengit. Perlawanan terikat 0-0 sehingga di heret ke masa tambahan. Akhirnya pada minit ke 115 Andres Iniesta berjaya menewaskan penjaga gawang Belanda hasil daripada hantaran oleh Cesc Fabregas. Dengan keputusan jaringan Sepanyol 1 Belanda 0 maka berakhirlah harapan Jurulatih Belanda untuk meninggalkan skuad Orange dengan Hadiah yang berprestij itu. Maka Sepanyol telah dinobatkan selaku Juara Bolasepak Piala Dunia 2010. Tahniah buat Gergasi Bolasepak Eropah, Sepanyol.

Semoga selepas ini pasukan negara kita juga akan mampu bersaing dan bertambah maju di persada antarabangsa seiring dengan semangat Malaysia Boleh! di arena bolasepak

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark

Pengumuman:Proses penukaran email

Posted on 8th July 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Salam hormat kepada semua. Saya ingin memohon maaf kerana membuat penukaran email baru untuk alamat google saya. Mulai saat ini juga nama feed bagi blog saya akan berubah. Untuk meneruskan penerimaan maklumat daripada blog saya secara terus ke email rakan-rakan semua sila daftarkan semula alamat email atau subscribe blog saya semula. Terima kasih.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Mengenang Detik KL-Marathon

Posted on 3rd July 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Malam tu (26th Jun 2010) aku kunci jam handset dan jam tangan untuk bangun pada pukul 4.15 pagi. Alhamdulillah 4.30 pagi kami berangkat dengan kereta. Biasa la KL, jalan simpang sini sana atas bawah maka aku memang sesat barat la kalau pergi sorang.. Dalam pukul 5.35 pagi sampai lah ke Masjid Negara. Isteri, anak dan adik ipar aku stay di Masjid. Sebaik sahaja selesai Solat Subuh aku pun bergerak bersendirian walaupun tak biasa di KL. Aku follow rakan-rakan pelari yang lain. Handset dan Wallet aku tinggalkan bersama wife aku, hanya duit saja aku bawak untuk telefon hee..Minat punya pasal. :-)

Setibanya di tempat permulaan larian, sekretariat dia kata cepat untuk kategori half marathon lima minit lagi untuk mula. Apa lagi (read more…)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Sukan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark