Mengenang Detik KL-Marathon

Posted on 3rd July 2010 by Mohd Khairudin in Sukan - Tags: , ,

Malam tu (26th Jun 2010) aku kunci jam handset dan jam tangan untuk bangun pada pukul 4.15 pagi. Alhamdulillah 4.30 pagi kami berangkat dengan kereta. Biasa la KL, jalan simpang sini sana atas bawah maka aku memang sesat barat la kalau pergi sorang.. Dalam pukul 5.35 pagi sampai lah ke Masjid Negara. Isteri, anak dan adik ipar aku stay di Masjid. Sebaik sahaja selesai Solat Subuh aku pun bergerak bersendirian walaupun tak biasa di KL. Aku follow rakan-rakan pelari yang lain. Handset dan Wallet aku tinggalkan bersama wife aku, hanya duit saja aku bawak untuk telefon hee..Minat punya pasal. 🙂

Setibanya di tempat permulaan larian, sekretariat dia kata cepat untuk kategori half marathon lima minit lagi untuk mula. Apa lagi tergopoh-gapah cari posisi dan cuba untuk warm up. Kemudian kami dilepaskan, mak ai ramainya..inilah kali pertama aku menyertai event marathon yang boleh dikatakan famous juga la. Sepanjang larian memang aku tak berhenti lari, aku potong orang dan orang potong aku, orang amik air aku pun minum air. Nak buat macam mana tengah bersukan minum sambil jogging jawab dia.

Selepas 13 km kaki mula rasa lenguh-lenguh dan mencucuk. Lepas sorang..sorang berhenti untuk betulkan kaki 🙂 . Aku pun terpaksa berjalan sebab kejang lutut macam dicucuk jarum dan melecet jari kaki. Selepas berjalan hampir 30 minit aku kembali berlari kerana hasrat aku untuk habiskan larian. Akhirnya aku berjaya menghabiskan larian, amik finisher medal kemudian pulang ke Masjid Negara. Sekurang-kurangnya aku dan family telah pergi ke Masjid Negara 🙂 dan menunaikan solat di sana. Sekarang tunggu sijil yang katanya akan di poskan ke alamat semasa mendaftar. Dua jam lebih pun ok la tu bagi aku untuk Standard Chartered KL-Marathon 2010 (Half-Marathon).

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator