Juara Piala Dunia 2010

Posted on 12th July 2010 by Mohd Khairudin in Sukan - Tags: ,

Awal pagi tadi terjawab sudah persoalan tentang pasukan bolasepak negara manakah yang akan menjulang Piala Dunia 2010. Pertembungan di antara Belanda dan Sepanyol yang memakan masa lebih kurang 121 minit memang sengit. Perlawanan terikat 0-0 sehingga di heret ke masa tambahan. Akhirnya pada minit ke 115 Andres Iniesta berjaya menewaskan penjaga gawang Belanda hasil daripada hantaran oleh Cesc Fabregas. Dengan keputusan jaringan Sepanyol 1 Belanda 0 maka berakhirlah harapan Jurulatih Belanda untuk meninggalkan skuad Orange dengan Hadiah yang berprestij itu. Maka Sepanyol telah dinobatkan selaku Juara Bolasepak Piala Dunia 2010. Tahniah buat Gergasi Bolasepak Eropah, Sepanyol.

Semoga selepas ini pasukan negara kita juga akan mampu bersaing dan bertambah maju di persada antarabangsa seiring dengan semangat Malaysia Boleh! di arena bolasepak

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator