Berjaga-jaga Dengan Nama “Mohd Khairuddin”

Posted on 30th July 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Dalam beberapa hari yang lepas terdapat satu video yang dirakam dan kemudiannya dimuat naik ke YouTube oleh seorang ibu yang rindu akan anaknya.  Saya telah menonton video tersebut sebaik sahaja dihantar oleh seseorang.  Saya cukup terkejut setelah menyedari akan kandungan video itu.  Ia mengaitkan tentang seorang yang bernama Mohd Khairuddin.  Mungkin ia bukan urusan saya untuk campur tangan tetapi seseorang yang dileteri oleh emaknya dalam video terbabit memiliki nama yang hampir sama dengan saya.

Nama Mohd Khairuddin telah muncul pada “banner iklan” di internet.  Ia dimulai dengan video YouTube yang mana memaparkan emaknya sedang berleter dan mendedahkan banyak benda lucu serta cerita-cerita yang memalukan beliau.  Walaubagaimanapun ramai orang suka bertanya…Ramai yang suka membuat andaian dan ulasan yang tidak beralas.  Kadang-kadang ia bertukar menjadi keterlaluan sehingga jenuh untuk dijelaskan terutamanya bagi soalan-soalan yang tidak diundang dan membosankan seperti…Adakah ini mak awak?

Saya BUKAN Mohd Khairuddin yang dimaksudkan dalam video ini.  Nama saya Mohd Khairudin dengan 1 ‘d’ dan BUKANNYA 2 ‘d’.  Perempuan dalam video ini pun saya tak pernah jumpa..of course BUKAN Mak saya.  Saya tidak buat benda memalukan seperti “BANGAU” yang diceritakan dalam video ini.  Saya tidak tahu apa-apa tentang semua ini atau iklan video tentang apa sebenarnya.  Mereka TIDAK ADA KAITAN APA-APA PUN dengan saya.  Jadi…TOLONG BERHENTI bertanya saya tentang perkara MENGARUT ni..PLEASE STOP ASKING ME ABOUT ALL THIS NONSENSE..www.youtube.com/mohdkhairuddinsmum

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: +1 (from 1 vote)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment