Mohd Khairuddin Sebenar Telah Muncul

Posted on 9th August 2010 by Mohd Khairudin   Online   (2)

Hmm…Akhirnya muncul juga si anak Mak yang terlibat dengan scene “BANGAU” tu ya.  Ingatkan dah turut belayar bersama dengan si tanggang.  Eh! Mintak simpang semua itu daripada berlaku sekarang ni.  Nampaknya tiada lagi sambungan video yang “slumber” daripada “MohdKhairuddin’s Mum” selepas ini.  Ingatkan video-video tu boleh buat koleksi drama :-) .  Apa tidaknya kerana orang yang dimaksudkan telah pun turut sama muncul dalam video YouTube;

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang motif sebenar video-video sebelum ni.  Ramai yang telah memberi reaksi..komen sama ada positif atau pun negatif.  Ini menunjukkan ramai yang memberi respon dan juga “alert” dengan apa yang ada di internet.  Sememangnya kekeliruan yang berlaku yang mana disebabkan oleh video-video itu mempunyai mesej penting yang perlu dipertimbangkan.  Tidak dinafikan bahawa saya sendiri terpedaya dengan taktik dan juga teknik serta gaya bahasa yang telah digunakan oleh mereka berdua.  Sudahkah terjawab persoalan anda?

Saya sendiri tidak menyangka bahawa video-video tersebut rupa-rupanya sebuah “ad campaign”.  So, hopefully this will be the end of any more confusion kerana Mohd Khairuddin yang sebenar telah sama-sama kita lihat dan dengar tentang pengakuannya dalam video di atas.  Mungkin boleh kita pelajari bagaimana Mohd Khairuddin kata “spend money very well”..Belum cuba mana tahu.  Kita mesti turut sama belajar berbelanja dengan baik.  Oh! Ya..tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mencari Mohd Khairuddin yang namanya 2 d (“dd”) boleh terus ke laman sesawang www.mohdkhairuddin.com.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 5.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: +1 (from 1 vote)
Mohd Khairuddin Sebenar Telah Muncul5.0101
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Belajar,Keluarga,Maklumat
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

2 Comments »

  1. hehehehhe

    baru taw cite ni hari ni..

    hehhe

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    [Reply]

    Comment by Nina' — August 11, 2010 @ 8:59 am

  2. itu la pasal kalau nak buat drama pendek sangat..buat cerpen boleh la kot hehe. T.kasih kerana sudi beri komen :-)

    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.1_1037]
    Rating: 0 (from 0 votes)

    [Reply]

    Comment by Mohd Khairudin — August 11, 2010 @ 12:21 pm

Leave a comment