Masa Itu Emas

Posted on 18th August 2010 by Mohd Khairudin in Maklumat - Tags:

Dalam menjalani kehidupan, hari berganti hari..Siang berganti malam, terbitnya fajar di setiap permulaan hari dan senja berlabuh bagi mengalukan malamnya.  Kita manusia sentiasa menghitung waktu.  Masa yang kita ada amat bernilai.  Pernahkah kita terfikir ” KALAULAH DULU AKU BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH..MUNGKIN AKU DAPAT LEBIH BAIK DARI SEKARANG”.

Sesungguhnya masa tidak menuggu kita.  Keputusan mesti dibuat untuk masa depan. Kadangkala kita alpa dengan kedudukan, kelebihan dan kemewahan yang kita ada. Kita menjadi kabur tentang masa depan dan terpengaruh dengan “kata-kata manis” dan pandangan orang lain tanpa menghiraukan keperluan serta kehendak diri.  Adakala kita menurut perasaan suka, duka, kecewa, marah, sedih..semasa melayari erti kehidupan.  Apa yang pasti “Kita merupakan khalifah di muka bumi ini”..Tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara mesti dilaksanakan.  Benarlah “MASA ITU EMAS”.  Siapa yang tidak mahukan emas?….Eh! Apa yang aku melalut ni? Tak apa la sambil tunggu buka puasa.

Sebenarnya ada sedikit pengumuman untuk semua:

Pengambilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kemasukan sesi Disember 2010 telah berlangsung bermula 16 Ogos 2010 hingga 19 September 2010.

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator