Berjiwa “MERDEKA”

Posted on 21st August 2010 by Mohd Khairudin in Maklumat,Perayaan,Renungan,Rujukan - Tags:

Sekarang kita semua berada di bulan yang amat bermakna buat kita semua. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sama-sama meraikan UlangTahun Kemerdekaan yang ke-53 bagi Negara kita Malaysia. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah Prosa yang secara kebetulannya diberi oleh pensyarah saya dalam satu subjek yang saya belajar. Oleh sebab Prosa ini kena dengan bulan kemerdekaan yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ni mari kita sama-sama teliti maksudnya. Yang paling penting sama-sama kita perteguhkan dalam diri kita semangat insan yang berjiwa “MERDEKA”;

Jiwa Hamba,’
Termenung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tiada penghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi
berpusing roda beralihlah masa
berbagai neka hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi
kalau hidup ingin merdeka
tiada tercapai hanya berkata
ke muka maju sekata maju kita
melemparkan jauh jiwa hamba
Ingatkan kembali kata sakti,
dari bahang kesedaran berapi
di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka’
Oleh Usman Awang
Saya bukan orang sastera tapi disebabkan tugasan 🙂 yang diberikan untuk mencari maksudnya maka saya membuat rujukan di Internet.  Saya pergi ke laman Dewan Bahasa & Pustaka.. Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Cari punya cari saya memang tak tahu nak buat macam mana akhirnya translate satu persatu 🙂 ;
Maksud Eksplisit(tersurat) yang hanya pada pandangan peribadi saya

Jiwa Hamba, = Semangat Abdi
Termenung seketika sunyi sejenak = terawang sekejap senyap sementara
kosong di jiwa tiada penghuni = tiada pada badan tanpa yang menghuni
hidup terasa diperbudak-budak = tidak mati merasa dianggap kanak-kanak
hanya suara melambung tinggi = cuma kata-kata yang kuat
berpusing roda beralihlah masa = berputar tayar berubah waktu
berbagai neka hidup di bumi = bermacam talam tidak mati di dunia
selagi hidup berjiwa hamba = selama tidak mati badan abdi
pasti tetap terjajah abadi = tentu kekal tertakluk selamanya
kalau hidup ingin merdeka = jika tidak mati mahu bebas daripada penjajah
tiada tercapai hanya berkata = kosong terlaksana cuma bertutur
ke muka maju sekata maju kita = ke hadapan mara sama menyeluruh mara saya dan kamu semua
melemparkan jauh jiwa hamba = melontarkan tidak dekat semangat abdi
Ingatkan kembali kata sakti, = sedarkan semula tutur hikmat
dari bahang kesedaran berapi = dari hawa bernyala keinsafan membara
di atas robohan Kota Melaka = di atas runtuhan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka = saya dan kamu semua bina diri yang bebas

Maksud Implisit(tersirat) yang hanya pada pandangan peribadi saya
Jiwa Hamba, = Semangat Yang Dijajah
Termenung seketika sunyi sejenak = tidak membuat sebarang perubahan
kosong di jiwa tiada penghuni = bekalan ilmu yang cetek tidak dapat berbuat apa-apa
hidup terasa diperbudak-budak = kebolehan yang ada dipandang rendah
hanya suara melambung tinggi = memang pandai bercakap besar
berpusing roda beralihlah masa = masa sentiasa beredar
berbagai neka hidup di bumi = banyak perkara perlu dibuat
selagi hidup berjiwa hamba = kalau masih berfikiran sempit
pasti tetap terjajah abadi = sudah tentu ditakluk sampai bila-bila
kalau hidup ingin merdeka = jika mahu bebas merdeka
tiada tercapai hanya berkata = jangan hanya pandai bercakap
ke muka maju sekata maju kita = bertindak mencari inisiatif untuk sama-sama maju ke hadapan
melemparkan jauh jiwa hamba = yakin terhadap diri sendiri dengan penuh keberanian
Ingatkan kembali kata sakti, = menghargai semangat perjuangan yang lepas
dari bahang kesedaran berapi = menghayati bagaimana rasa disiksa dan dianiaya
di atas robohan Kota Melaka = kesan daripada kejatuhan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka =
sama-sama kita sematkan dalam diri kita erti kebebasan daripada belenggu penjajah

Semoga dapat sama-sama kita menghayati erti sebenar Kemerdekaan. Mari sama-sama kita hayati saat-saat bersejarah Tanahair kita

p/s: mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan. Cadangan dan teguran amat dialu-alukan

  

3,879 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator