Pengumuman: Status Member GDI

Posted on 18th August 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dalam GDI kerana tidak dapat memberi komitmen walaupun saya masih memiliki rakan ahli GDI yang bersama dengan saya. Dikesempatan ini saya mohon maaf kepada rakan-rakan yang sudi bersama dengan saya dalam GDI.

Saya juga dapat rasakan bahawa GDI bukan untuk saya pada masa ini tambahan saya tidak mempunyai keupayaan untuk menarik minat prospek untuk menjadi ahli-ahli yang baru. Tidak saya nafikan bahawa sistem GDI bagus dan saya telah menerima banyak kali komisen tapi ini adalah keputusan ikhlas saya sendiri dan saya doakan mana-mana rakan yang masih meneruskan GDI semoga berjaya. Terima Kasih.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Posted on 13th August 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Hari ini telah masuk hari ketiga kita melaksanakan Ibadah Puasa.  Semoga kewajipan yang kita laksanakan ini dapat meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.  Rahmat dan keredhaan dari Ilahi senantiasa ditagih oleh insan yang kerdil di dunia yang fana ini.  Semoga kita sentiasa tidak lalai dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh pancaroba.

Sentiasa berdoa dan memohon kemaafan di atas segala kesalahan yang lepas.  Berazam untuk sentiasa menjadi seorang manusia yang baik dalam segenap segi yang mana menepati landasan Islam dan mengharap agar dijauhkan daripada segala bala bencana.  Semoga Ramadhan kali ini dapat kita sama-sama manfaatkan kelebihan yang disediakan olehNya.  Ku tahu diriku banyak membuat dosa semoga Ramadhan kali ini lebih manfaatnya untukku berbanding sebelumnya dan ku harap aku akan bertemu semula dengan Ramadhan yang seterusnya.  Selamat Berpuasa, Selamat mengerjakan Solat Terawih dan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk seluruh Muslimin dan Muslimat.  Dalam kita mengerjakan ibadat di bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita beramal dalam mengharapkan untuk bertemu dengan “Malam Seribu Bulan”.

psstt!..Ingat Puasa dulu..Sempurnakan Ibadah di bulan Ramadhan dulu baru ingat Raya :-)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Renungan
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark

Mohd Khairuddin Sebenar Telah Muncul

Posted on 9th August 2010 by Mohd Khairudin   Online   (2)

Hmm…Akhirnya muncul juga si anak Mak yang terlibat dengan scene “BANGAU” tu ya.  Ingatkan dah turut belayar bersama dengan si tanggang.  Eh! Mintak simpang semua itu daripada berlaku sekarang ni.  Nampaknya tiada lagi sambungan video yang “slumber” daripada “MohdKhairuddin’s Mum” selepas ini.  Ingatkan video-video tu boleh buat koleksi drama :-) .  Apa tidaknya kerana orang yang dimaksudkan telah pun turut sama muncul dalam video YouTube;

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang motif sebenar video-video sebelum ni.  Ramai yang telah memberi reaksi..komen sama ada positif atau pun negatif.  Ini menunjukkan ramai yang memberi respon dan juga “alert” dengan apa yang ada di internet.  Sememangnya kekeliruan yang berlaku yang mana disebabkan oleh video-video itu mempunyai mesej penting yang perlu dipertimbangkan.  Tidak dinafikan bahawa saya sendiri terpedaya dengan taktik dan juga teknik serta gaya bahasa yang telah digunakan oleh mereka berdua.  Sudahkah terjawab persoalan anda?

Saya sendiri tidak menyangka bahawa video-video tersebut rupa-rupanya sebuah “ad campaign”.  So, hopefully this will be the end of any more confusion kerana Mohd Khairuddin yang sebenar telah sama-sama kita lihat dan dengar tentang pengakuannya dalam video di atas.  Mungkin boleh kita pelajari bagaimana Mohd Khairuddin kata “spend money very well”..Belum cuba mana tahu.  Kita mesti turut sama belajar berbelanja dengan baik.  Oh! Ya..tidak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mencari Mohd Khairuddin yang namanya 2 d (“dd”) boleh terus ke laman sesawang www.mohdkhairuddin.com.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 5.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: +1 (from 1 vote)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Belajar,Keluarga,Maklumat
Senarai keywords: , ,
Share/Bookmark