Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri

Posted on 10th September 2010 by Mohd Khairudin in Perayaan,Percutian - Tags: , ,

Perancangan pada Raya tahun ni balik Ipoh dahulu lepas tu baru balik ke Kelantan.  Biasanya traffic jam akan mengambil masa lebih kurang sejam hingga lah tiga jam.  So kalau tak dengar radio, pasang cd dalam kereta untuk mengurangkan “tension” dan “penat”..maklum lah kereta mannual.  Walaubagaimanapun keseronokan suasana menyambut Raya, ziarah-menziarahi membuatkan semua tu okay saje 🙂 .  Hanya kadang-kadang “berang” dengan pemandu yang memotong ikut sebelah kiri jalan, lorong dua jadi tiga..ada juga ex. berlagak bila ada awek duduk sebelah..sebab jalan tu mak bapak diorang yang punya  😀 ramai yang nak cepat.

Selepas sampai di Ipoh rasa tak “complete” pulak masa dalam perjalanan sebab radio kereta sudah rosak 😥 .  Jadi..bawa lah ke kedai aksesori kereta di mana radio tersebut dibeli dan siap pasang.  Check punya check punca kerosakan disebabkan radio telah bertukar menjadi tabung..huhu. Banyak syiling ada dalam tempat masuk cd…Biasa laa anak-anak sedang belajar.

Nak tak nak terpaksa tukar dengan radio dan pemain cd baru..RM4xx terbang.  Walaupun begitu kami amat berpuas hati dengan services dan kualiti bunyinya.  Selain itu tak sangka pulak boleh cucuk pendrive terus, selain boleh guna SD memori kad.  Kira boleh laa kot walaupun RM4xx..

Baiklah di kesempatan ini saya ingin berpesan untuk diri sendiri dan rakan-rakan serta para pelawat..beraya lah bersama keluarga sanak dan saudara serta kawan-kawan, erat kan lah hubungan silaturrahim sesama kita.  Usah dipersiakan hari yang Berbahagia dan Mulia ini dengan tidur di rumah, duduk di tepi pantai dsb..Aidil Fitri setahun sekali.  Akhir kata saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan dan para pelawat yang sudi singgah di blog ini.

p/s: InsyaAllah selepas ini saya akan berkongsi tentang bagaimana saya dibayar RM2xx untuk menulis blog.

  

19 Comments »

  1. selamat hari raya
    wow dibayar rm200 menulis blog.best ni

    Comment by Wan Perlis — September 14, 2010 @ 4:26 pm

  2. kira ok la tu,radio baru untuk hari raya..selamat hari raya..

    Comment by khairolghani — September 14, 2010 @ 8:13 pm

  3. @Wan Perlis, boleh la..rezeki..sapa-sapa pun boleh kalau ada rezeki kan 🙂

    Comment by Mohd Khairudin — September 15, 2010 @ 7:07 pm

  4. @khairolghani, ye la selepas terbang $$$$ huhu. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

    Comment by Mohd Khairudin — September 16, 2010 @ 6:29 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator