Baru-baru ini saya telah ditawarkan untuk membuat satu iklan dengan menulis tajuk-tajuk yang berkaitan dengan benda yang perlu saya iklankan.  Seorang wakil daripada sebuah syarikat pengiklanan secara online telah menghubungi saya.  Sebenarnya sudah lama saya register dengan syarikat ni dan sudah ramai blogger yang menerima bayaran hasil daripada pemasangan iklan pada blog cuma saya je baru berpeluang hee.. Wakil syarikat tersebut memaklumkan jumlah bayaran RM200 sekiranya saya dapat menulis post-post yang memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Pada mulanya saya risau kalau-kalau saya tak dapat memenuhi syarat yang sepatutnya dipenuhi.  Lebih-lebih lagi blog saya tidak lah mempunyai ranking yang tinggi dalam senarai Alexa.  Bagi saya ini merupakan satu kesempatan dan peluang yang perlu saya “grab”.  Akhirnya saya terima offer tersebut dan di atas sokongan serta “feedback” daripada wakil syarikat semua post-post saya “approve” 🙂 .

Rezeki kan sapa-sapa pun boleh dapat kalau ada rezeki cuma kena usaha la sikit.  Kita boleh mengharap yang blog kita boleh buat duit tapi jangan terlalu mengharap kelak kita juga yang kecewa.

Apa yang ingin saya berkongsi di sini jika anda berminat untuk blogging, carilah domain yang sesuai dan senang untuk di indek dalam enjin carian. Jika ada blog, teruskan menulis selagi hasil penulisan anda dirasakan cukup berinformasi.  Jika baru untuk bermula dalam dunia blogging, elakkan daripada tidak membenarkan pembaca “copy” kandungan blog anda..be open mind..k.  Jadi lah diri kita sendiri dan kita akan sentiasa cuba memperbaiki kesilapan yang kita nampak hasil daripada maklumbalas rakan-rakan dan para pelawat.  Saya pun still belajar tentang dunia blogging ni..sama-sama la tegur-menegur ya

9 visitors online now
3 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 20 at 06:27 pm UTC
This month: 30 at 08-01-2020 06:55 pm UTC
This year: 83 at 03-12-2020 10:38 pm UTC
All time: 139 at 07-20-2019 03:14 pm UTC