Mengenang Detik Penang Bridge International Marathon(PBIM) 2010

Posted on 25th November 2010 by Mohd Khairudin in Sukan - Tags:

Pada hari sabtu yang lepas kami sekeluarga telah bertolak ke Pulau Mutiara di mana tempat bermulanya Larian Penang Bridge International Marathon(PBIM) 2010.  Kami mencari-cari arah di mana letaknya hotel yang telah ditempah.  Cadangnya mahu tinggal di hotel Estin tapi biasalah lambat buat tempahan so full.  Maka terpaksalah ambil kawasan Geogtown.  Tanpa menggunakan GPS dan hanya menggunakan peta yang diprint daripada Google Maps kemudian sampai juga ke hotel R**al Penang.  Semasa membuat tempahan saya telah memaklumkan bahawa saya ingin tempah sekali dengan transport ke Queensbay Mall di mana berlangsungnya start & finish PBIM.  Jadi bayaran akan dicaj sekali dengan transport iaitu tambah RM10.

Walaubagaimanapun selepas tiba di hotel tersebut mereka kata transport sudah penuh dan tiada nama saya dalam senarai untuk transport ke PBIM program.  Haiyaa! Begini lah jadinya bila sesuatu perkara dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan diambil mudah. Kan dah tak pasal-pasal aku tulis di blog.  Dah la pukul 12.30 malam nak kena pergi ke Queensbay..apa nak buat dah alang-alang sampai ke Penang so naik teksi je lah RM40.00..huhu! Maka sampai lah ke tempat program.

Pada pukul 3.00 pagi kami mulakan larian, keadaan kesihatan(selesema 🙁 ) menyebabkan saya tak mampu untuk memperbaiki rekod sendiri untuk 21 km. Hanya boleh buat dalam masa 2 jam 20minit berbanding 2 jam 12 minit di KL-Marathon.  Walaupun begitu saya mampu tersenyum kerana berjaya menamatkan larian 🙂 walaupun kami terpaksa mengharungi hujan yang cukup lebat dalam pukul 4.15 pagi..mandi awal kami semua huhu!..bertambah selesema aku..

Anyway time-time begini lah boleh seronok-seronok berlari beramai-ramai, yang best masa tengah lari tengok depan ramai orang, tengok jalan sebelah sana(kiri) masa tengah jambatan sudah ada mamat-mamat gelap ops!, siapa lagi Kenya punya orang la..every year diorang je yang gondol hadiah beribu-ribu.  Tengok belakang fuhyoo! Ramainya pelari..Apa-apa pun masing-masing target la nak sampai mana, usaha setakat mana kan? Berlatih pun seminggu dua, nak lari berbatu-batu..pikir la..Akhirnya dapatlah nombor 847 daripada 4192 yang tersenarai dalam Half-Marathon kategori malam tu.  Yeehhaaa! Negara-negara lain pun ada yang masih di belakang..Kata orang memang tak elok bersukan atau berlari lewat malam, tidak baik untuk paru-paru dan jantung, so don’t try this at home..hehe, saya sebab jenis yang gemarkan sukan ekstrem ni biasa la orang lain boleh buat kita pun nak buat selagi tak salah.  Lagi pun aktiviti sebegini boleh membantu dalam bidang tugas kita, boleh bawak masuk SKT kui kui dapat sijil kui kui..Setakat ni saja la kot..Bersama Kita Martabatkan Sukan di Negara kita di persada antarabangsa.

  

26 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator