Cek Daripada Nuffnang Sudah Sampai

Posted on 10th December 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Alhamdulillah, cek yang ditunggu telah sampai dengan selamat :-) . Ingatkan surat hutang tadi hehe..Apa-apa pun tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang Sdn Bhd kerana memberi peluang untuk saya membuat iklan berbayar tempoh hari.  Pada mulanya macam tak percaya pun ada.. sebab blog saya ni bukannya tinggi trafik pelawat, ya la tu..Rezeki atas usaha yang mesti dihargai.  So ingin saya berikan sedikit pandangan di sini kepada yang memiliki blog tu bukan sahaja hanya menulis blog, “update”. Tidak semestinya menulis blog setiap hari tapi cuba kita sama-sama “create” suatu kelainan yang relevan dengan keseluruhan yang ada pada blog kita seperti rekabentuk, kandungan, maklumat, pautan dan mungkin nama domain kita sendiri..tanamkan sikap untuk kemajuan(self-improvement) kita bersama(pandai-pandai je aku).  Selain itu jangan lupa untuk mematuhi terma dan syarat tidak kira samada dengan Nuffnang atau syarikat-syarikat lain yang kita sertai.

Dahulu, Saya sering tertanya-tanya betul ke menulis blog boleh dapat duit? Sebab sebelum ni hanya dapat sen sen je kan.  Namun saya tetap yakin bahawa bidang penulisan blog sebenarnya boleh pergi lebih jauh jika dimanfaatkan dengan betul.  Sekarang terjawab sudah.  Sumber-sumber yang digunapakai dalam dan luar negara yang telus serta maklumat-maklumat terkini yang tepat(hasil pengalaman sendiri lagi elok) sememangnya menjadi sesuatu yang kita sendiri tidak sangka ia sebenarnya bernilai pada pandangan orang.  Apa yang penting kita tulis blog kemudian kita tanya diri kita kenapa trafik tak naik-naik ? :-) Kenapa tak ramai orang nak datang ? Jika tujuan kita ingin menjadi penulis blog yang boleh dikategorikan “sambil menyelam sambil minum air”.  Berbeza dengan pemilik blog yang menulis blog mengikut musim dan menulis diari atau lirik semata-mata.  Menulis blog semata-mata kerana duit seolah-olah kita sedang memaksa diri sendiri dan akhirnya kita membuang tenaga, masa dan wang ringgit. Tulis lah blog dengan tenang tanpa tekanan dan tanpa paksaan :-) . Setakat ni saja idea yang terlintas..lain orang lain pendapatnya..mari-mari sumbangkan pandangan dengan memberi komen.

Bil. domain + hosting RM115/year..ye ye :-)

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Blogger,Blogging,Menjana Wang
Senarai keywords:
Share/Bookmark

Perbaharu Lesen Kenderaan Motor

Posted on 4th December 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan dan para pelawat cara untuk perbaharu Lesen Kenderaan Motor dengan lebih senang dan murah.  Maybe dah ramai yang tahu cuma tak apply, maklum lah ia melibatkan internet, hujung jari ni :-) . Of course kita gunakan Myeg. Roadtax akan dihantar ke tangan pemilik.

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Rujukan
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark

Bawak Laju Lagi..

Posted on 3rd December 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Lebih dua ribu gak duit aku lesap membayar saman ekor yang terkumpul untuk dua buah kereta yang dipakai semenjak tahun 2005. Huh! Tak balik modal..kih! kih!..paham paham je la.  Tajuk berita hari ni pun best gak ni..nampaknya confirm la ni.  Tak boleh nak dipertikaikan lagi ni.  Apa nak buat dah kita melanggar peraturan lalulintas, cuma apa yang kita terkilan kebanyakan kamera tersorok.  Mereka menyorok dalam kereta, dalam jeep..sudah lumrah manusia bila ada peluang asyik nak rembat je.  Lagipun masing-masing sibuk, itu yang menyebabkan kita tergopoh-gapah..bagi yang saja suka-suka atau nak eksyen bawak kereta laju tu tak pa la, saman pi la memang diorang tu dah prepare duit la kot. Yang kita ni bawak kereta, bawak lori gaji sebulan 6, 7 ratus kalau kena saman tinggal separuh, sedih la.  Memang biasanya boleh tangguh tapi nak tak nak kena bayar juga.  Ntah la tak tahu nak kata, kadang-kadang tu tanda had laju sekejap 80 km/j sekejap 90 km/j..tak jelas.  Kadang-kadang boleh pula diorang buat tembak(guna kamera) kat sini kemudian buat sekatan kat depan dan saman.  Kenapa tak buat macam tu aje?..Apa-apa pun akur saja lah sebagai rakyat  negara berdemokrasi berparlimen..Negara kita sudah lama merdeka, untuk lebih merdeka jangan Bawak Laju(melebihi had laju) Lagi.

p/s: Dipetik daripada The Star Online untuk maklumat lanjut sila klik

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
       Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat
Senarai keywords: ,
Share/Bookmark

Larian Serentak 1Malaysia

Posted on 2nd December 2010 by Mohd Khairudin   Online   (0)

Lari-lari..kita lari..siapa mahu lari boleh lah mendaftar untuk Larian Serentak yang akan diadakan pada 11 /12/2010 ni. Tarikh tutup penyertaan 06/12/2010.  Apa-apa pun sama-sama lah kita menyokong usaha-usaha positif seperti ini.  Atlet-atlet kita telah banyak menyumbang dalam menaikkan nama negara kita dalam dan luar negeri, di pentas antarabangsa.  Dalam pada itu, bersama lah kita fokus ke arah memperkukuhkan perpaduan sesama kita.  Program seperti ini sebenarnya dapat menambah kenalan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Program seperti ini juga sedikit sebanyak dapat membendung gejala-gejala negatif selain dapat memupuk gaya hidup yang sihat.  Semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan terkawal.  Jadi..marilah kita sama-sama menjayakannya dan jangan lupa untuk memastikan alam sekitar terpelihara..Botol-botol, plastik-plastik minuman buang dalam tong ya serta pergaulan juga mesti dijaga :-)

p/s: Maklumat lanjut sila layari www.yakeb.org.my

VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.1_1037]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails        Jom kita sama-sama kuasai Bahasa Inggeris? Ketahui Teknik Rahsia menyelesaikan Matematik dengan mudah, ringkas & pantas!
Dikategorikan dalam: Maklumat,Sukan
Senarai keywords:
Share/Bookmark