Bawak Laju Lagi..

Posted on 3rd December 2010 by Mohd Khairudin in Maklumat - Tags: ,

Lebih dua ribu gak duit aku lesap membayar saman ekor yang terkumpul untuk dua buah kereta yang dipakai semenjak tahun 2005. Huh! Tak balik modal..kih! kih!..paham paham je la.  Tajuk berita hari ni pun best gak ni..nampaknya confirm la ni.  Tak boleh nak dipertikaikan lagi ni.  Apa nak buat dah kita melanggar peraturan lalulintas, cuma apa yang kita terkilan kebanyakan kamera tersorok.  Mereka menyorok dalam kereta, dalam jeep..sudah lumrah manusia bila ada peluang asyik nak rembat je.  Lagipun masing-masing sibuk, itu yang menyebabkan kita tergopoh-gapah..bagi yang saja suka-suka atau nak eksyen bawak kereta laju tu tak pa la, saman pi la memang diorang tu dah prepare duit la kot. Yang kita ni bawak kereta, bawak lori gaji sebulan 6, 7 ratus kalau kena saman tinggal separuh, sedih la.  Memang biasanya boleh tangguh tapi nak tak nak kena bayar juga.  Ntah la tak tahu nak kata, kadang-kadang tu tanda had laju sekejap 80 km/j sekejap 90 km/j..tak jelas.  Kadang-kadang boleh pula diorang buat tembak(guna kamera) kat sini kemudian buat sekatan kat depan dan saman.  Kenapa tak buat macam tu aje?..Apa-apa pun akur saja lah sebagai rakyat  negara berdemokrasi berparlimen..Negara kita sudah lama merdeka, untuk lebih merdeka jangan Bawak Laju(melebihi had laju) Lagi.

p/s: Dipetik daripada The Star Online untuk maklumat lanjut sila klik

  

821 Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator