Kaedah Untuk Berhenti GDI

Posted on 22nd January 2011 by Mohd Khairudin in Belajar,Maklumat,Pendapatan,Pendidikan,Rujukan - Tags:

Post ni tidak berniat untuk membuat sebarang manipulasi atau sabotaj tetapi untuk membantu rakan-rakan yang tidak tahu bagaimana cara untuk berhenti GDI atau dengan kata lain “terminate GDI”.  Bagi saya GDI memang bagus tapi saya tidak boleh memberi komitmen bagi menjayakan bisnes ini.  Tambahan pula sistem marketing GDI yang terkini bagi saya kurang sensitiviti terhadap kepercayaan sesetengah pihak.  Baiklah saya hanya berkongsi cara saya untuk berhenti GDI..maksudnya pihak GDI tidak berhak lagi untuk mengenakan caj ke atas kad kita.

Berbalik kepada terma dan syarat Global Domain International(GDI). Hanya satu sahaja kaedah yang dibenarkan iaitu dengan menelefon wakil syarikat yang bertugas(saya pun kurang pasti apa pangkatnya) dan maklumkan kepada dia bahawa anda mahu berhenti.  Itu keputusan muktamad anda setelah segala usaha yang telah anda lakukan.  Jika ditanya kenapa? Hanya $10 or anything else just stick pada your own final decision okay..That’s all.  Walaupun begitu tidak salah untuk cuba log in ke member area dan hubungi support.  Pilih cancellation kemudian taip mesej menyatakan kita ingin berhenti.  Jika terpaksa( cara ini tidak digalakkan), hanya biarkan balance pada debit card anda untuk fee kad sahaja..tapi masalahnya anda tidak boleh pula nak guna kad tersebut, nak pakai PayPal..  Jika anda guna kad kredit maklumkan kepada provider kad anda(citibank, maybank, eonbank etc.) supaya block.

Perkara seperti ini kita tidak perlu risau, bab block tu tidak seharusnya berlaku..telefon saja ke no +17606023000(jika anda di Malaysia) bila lagi nak speaking :-), cakap apa masalah kita..benda boleh bincang. Global Domain ialah salah sebuah syarikat yang tersenarai dalam .Inc 500, top 50 company, member of DSA..diorang ni professional.  Cuma bila kita nak semua benda tu terlampau mudah..itu yang menjadikan mentaliti kita fikir benda ni renyah..sedangkan semua ni perlukan hitam putih, diorang pun perlukan bukti untuk sebarang hal kerana setiap syarikat mesti membuat laporan setiap tahun kewangan..rasanya tidak perlu saya jelaskan..bila lagi kita nak belajar berurusan dengan dunia luar, jauh perjalanan luas pemandangan 🙂 Ok Good Luck!

p/s: post ni saya tujukan khas kepada rakan-rakan yang risau sebab kad kena caj tiap bulan tapi tak tahu macam mana nak berhenti. Bagi yang rasa sesuai dengan bisnes GDI just continue go on..tuah ayam nampak di kaki…:-)

  

No Comments »

No comments yet.

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator