Google Adsense

Posted on 9th February 2011 by Mohd Khairudin in Blogger,Blogging,Maklumat,Menjana Wang,Renungan - Tags:

“Tak Yah klik nanti dia dapat duit”, “Perangkap ni, nanti dia yang untung”, “Betul ke Google Adsense boleh buat duit?” dan banyak lagi persepsi dan persoalan tentang Google Adsense. Sudah lama juga tak update blog, walaupun ‘busy’ sket.. demi menjaga reputasi blog, maka hari ini saya ingin menyentuh tentang menjana wang “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” dengan Google Adsense.  Semua orang boleh “buat duit” dengan Google Adsense..Saya jadikan Google Adsense antara kerja “part time” saya.  Aaa..aa! Ya la yang klik! Klik! Dapat duit atau lebih dikenali sebagai Pay Per Klik.  Sebenarnya banyak program Pay Per Click(PPC) cuma yang benar-benar boleh dilihat dengan jelas ialah Google Adsense.  Tak percaya? Ha.. tu dia kat bawah tu:

Sumber daripada shoemoney.com.

Mungkin semua ni sudah lapuk bagi sesetengah pihak, bagi saya ia masih relevan selagi syarikat Google menyediakan Google Adwords.  Walaubagaimanapun masih ramai di luar sana yang menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan.  Ramai yang memanipulasikan Google Adsense dengan cara yang salah.  Kalau boleh saya tak mahu lah cakap tapi rasanya “Haram” pendapatan yang diperoleh hasil daripada “illegal click”(klik sendiri atau bersekongkol dengan kawan-kawan..you click I, I click you) melainkan memang kita klik sebab kita benar-benar ingin tahu “apa benda ni?”..So kita klik.  Jangan pula klik pada code yang kita “paste” dalam laman atau blog kita sendiri nanti tak pasal-pasal jadi illegal click dan kita tidak lagi dibenarkan untuk memiliki akaun Google Adsense(Google Adsense Account Disabled hu..hu..).

Begitu juga dengan syarikat-syarikat yang lain seperti nuffnang, adbrite, bidvertiser..Apa yang penting buat dengan cara yang betul.  Bagaimana?  Cara yang halal iaitu dengan niat untuk membantu individu atau mana-mana syarikat yang membuat pengiklanan menerusi syarikat Google dalam Google Adwords.  Dengan ini kita log in dan “copy&paste” Google Adsense source code ke laman atau blog kita :-)..tapi kena make sure juga content yang akan Google Adsense paparkan demi menjaga Agama, Bangsa dan Negara betul tak?  Pada pandangan saya Google Adsense ni lebih kurang macam..kita ada tanah(blog atau laman web) dekat tempat-tempat strategik seperti simpang 3, 4(blog yang mempunyai ranking alexa/pagerank boleh tahan la)..kita bina tempat sewa(sediakan space) untuk mana-mana individu/syarikat(Google Adsense) untuk menampalkan banner iklan.  Kemudian orang-orang yang lalu-lalang akan melihat banner-banner iklan tersebut(orang datang melawat blog kita) dan membeli produk atau perkhidmatan daripada pengiklan-pengiklan tersebut(kalau Google Adsense pula orang klik pada iklan).

Pro dan kontra nya ialah samada orang yang lihat banner-banner iklan akan beli atau tidak produk atau perkhidmatan yang diiklan, individu/syarikat yang menyewa tetap kena bayar sewa melainkan syarat apabila produk/perkhidmatan berjaya dijual baru bayar sewa..macam PayPal la pulak.  Berbalik kepada Google Adsense pula hanya seseorang klik sahaja ads maka sistem merekodkan nilai sen yang telah dipersetujui oleh pengiklan dengan syarikat Google.  Maknanya di sini tidak semestinya pelawat yang hadir ke blog kita membeli produk/perkhidmatan tersebut baru kita dapat “earn” atau dengan kata lain Google Adsense bukan Pay Per Sale.

Apa yang sukarnya ialah trafik.  So apa yang perlu dibuat selepas “copy&paste” kod yang telah kita setting dalam akaun Google Adsense ialah fokus kepada “content” blog kita. Jika ada rakan-rakan atau pelawat yang klik pada iklan Google Adsense atas “pub-…” kita maka ada lah rezeki kita selagi tidak ada “illegal click”.  Jangan sesekali mencuba untuk klik sendiri atau meminta/mengarahkan sesiapa untuk klik kan iklan tersebut. InsyaAllah sikit-sikit lama-lama jadi bukit 🙂 selagi ada Google Adsense dan selagi blog dikemaskini serta usaha menambahbaik isi kandungan blog. Berikut antara contoh iklan Google Adsense:

p/s: apa saja pautan(link) yang bermaklumat atau apa sahaja yang dicari diinternet ni klik jer..bukan kena bayar pun kecuali bil. broadband / streamyx. (Kalau anda klik(sebab ingin tahu lebih jelas maklumat yang anda benar-benar tidak tahu) pada Google Adsense(ads by Google) bukan anda pun yang kena bayar. Siapa kena bayar? Syarikat Google.  Syarikat Google? Daripada individu/syarikat yang membuat iklan dengan Google(Google Adwords) .  Semoga perkongsian maklumat ini berguna buat semua yang baru kenal Google Adsense. Ops! Lupa kalau dah sah benda tak elok jangan la klik dan tengok sebab internet ni pun macam-macam ada kan

  

2 Comments »

  1. Salam,..camne nk join ni?

    Comment by HELMI — March 16, 2011 @ 5:34 pm

  2. @HELMI, Wslm, mudah je signup di laman Google Adsense. Lepas tu tunggu pihak google adsense team approve. Jangan lupa isikan butir-butir peribadi yang sah. Terima kasih

    Comment by Mohd Khairudin — March 16, 2011 @ 5:54 pm

Leave a comment

Mohd Khairudin Dot Com

↑ Grab this Headline Animator